Search This Blog

Monday 30 July 2012

Happiness is....

‎"Happiness is an action and a decision that each person makes for themselves.

People who choose to see their cups as half full,who are able to roll with the punches,who are flexible and are able to make the best of situations,are all consciously choosing to be happy. 

This is a personal decision.

Happiness is not so much about what happens in your heart as much as it is about what happens in your head.

So though you may not be able to change the circumstances you find yourself in, you can certainly change your perception of and attitude towards them.

So please go ahead and choose to be happy!"

Wednesday 25 July 2012

Ikan Tiga Rasa

Hari ini bercadang nak masak ikan siakap 3 rasa sebagai juadah berbuka puasa petang nanti. Nak share sikit resepi... jom...


1 ekor Ikan Siakap
Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan


Kuah:

1 biji bawang besar - potong dadu
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili padi - potong kecil
1 inci halia - dihiris kecil
1 biji tomato - potong dadu
Segenggam nenas - yang dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

Ikan dibersihkan dan ditoskan
Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knoor.Pastikan semua bahagian di lumur rata
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
Goreng ikan tersebut (deep fry)
Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain
Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
Kacau sebentar
Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
Masukkan air sedikit
Tambahkan garam, gula dan ajinomoto
Biarkan kuah mereneh seketika
Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.

Tuesday 24 July 2012

Dugaan Di Bulan Puasa

Bulan puasa ni bak kata orang akan ada macam macam dugaan untuk menguji kesabaran dan ketabahan kita dalam menjalani ibadah ini dan kita juga tahu bahawa di bulan yang mulia ini syaitan semua kena ikat, makanya jika kita masih membuat perkara yang tidak baik itu, boleh dikatakan bahawa di dalam diri kita itu sendiri wujudnya suara suara syaitan! Menakutkan bukan? Seharusnya kita takut pada diri sendiri, suara hati sendiri dan lebih berusaha untuk mendekatkan diri pada Pencipta.

Bercerita sedikit pasal Ramadhan, tahun ni, awal awal lagi sudah terima dugaan. Apa tidaknya, baru sahaja mula berpuasa I twisted my wrist dan injured arm. Belum pun sembuh bab tangan, twisted ankle pulak. Ninterkini sejak hari Ahad, demam dan tonsilitis lah pula. Haish... Mcm mcm lah.... Nak buat mcm mana.... Dugaan orang berpuasa. Sakit macam mana pun, puasa tetap kena puasa. Tahan sahaja. Tambah-tambah sakit ini mencuci dosa dosa. Makanya, bersabarlah.

Apapun, saya berdoa agar segala kesakitan ini cepat sembuh dan semoga perjalanan puasa kami sekeluarga lebih smooth dan segala amal ibadat diterima olehNya. Amin ya rabbal alamin.

Puasa oh Puasa

Alhamdulillah sehingga hari ini anak saya yg kecil tu berjaya berpuasa penuh. Walaupun pada mulanya saya agak berasa cuak dengan kemampuannya ditambah dengan cuaca Malaysia yang panas dan humid, faktor waktu persekolahan yang awal dan panjang, beg sekolah yang berat dan mcm mcm lagi, nampaknya beliau dapat menghadapinya dengan tabah.

One thing about my wee girl is she never demanded anything for iftar or sahur. I kept on asking her if she'd like to have anything for iftar and I will definitely get it for her from bazaar ramadhan. To mu surprise, she simply replies, 'mommy I will have what you are having'. Oh my.... as mothers i just do not know what to say. Sayu rasa di hati...

Frankky speaking, this is my wee girl's first time berpuasa di tanahair and I really hope that she'll manage to finish the rest of ramadhan.

To my dearest daughter, I am very proud of you!!!! Keep it up sweetheart. Doa mommy is always for you. Love u always!!! XOXO






Monday 16 July 2012

Inginkan Kaki yang Cantik?

Petua Untuk Sihatkan Kaki

1. Kasut anda sepatutnya besar sedikit daripada kaki. 
2. Selalu bertukar kasut dan ketinggiannya untuk mengelakkan sesetengah otot kaki tidak bergerak langsung. 
3. Kerap buka kasut dan gerakkan kaki apabila berpeluang berbuat demikian untuk memberinya peluang bernafas. 
4. Pakai kasut yang selesa bukan yang menyeksa untuk bergaya.
5. Berkaki ayam di rumah. Ia baik untuk semua sendi, tulang dan otot kaki bekerja dengan seimbang.
6. Apabila lama duduk, pusing-pusingkan buku lali dan kaki untuk melancarkan pergerakan darah.
7. Biasakan berjengket jika menaiki tangga rumah.
8. Pusing-pusingkan bola tennis atau pingpong pada tapak kaki.
9. Letakkan pensel di atas lantai dan cuba ambil dengan jari kaki.
10. Urut selalu dengan kasut refleksi atau pengurut elektrik ataupun jari.

Petua Untuk Menambah Rezeki


1. Menunaikan solat dengan penuh khusyuk.
2. Rajin melakikan solat sunat Dhuha.
3. Mengerjakan solat Fajar dan Witir di rumah.
4. Tidak membincangkan soal keduniaan selepas menunaikan solat Witir.
5. Membaca surah Al-Waqiah. Baca pada waktu tengah malam terutamanya ketika orang lain sedang tidur.
6. Membaca Surah Al-Mulk
7. Membaca Surah Al-Muzammil
8. Membaca Surah Al-Lail. .
9. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W. setiap hari.

Petua ISLAM Untuk Menangani Hati Runsing



Apabila hati kerunsingan bacalah " La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin " (doa Nabi Yunus) banyak kali.

Petua Untuk Elak Sihir



1. Baca Al-Fatihah

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255) Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4) Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam. Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali ) Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak 100 kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq" Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Koleksi Petua Untuk Meredakan DEMAM


Petua 1:
Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda. Lakukan sehingga benar-benar sembuh.

Petua 2:
Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Petua 3:
Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Petua 4:
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Petua 5:
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Petua 6:
Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.

Petua 7:
a. Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas.
b. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut.
c. Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Petua 8:
Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.

Petua 9:
Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

Petua 10:
Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.

Petua 11:
Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.

Petua 12:
Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan 2 kali sehari. Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...