Maaflah sudah beberapa hari aku tak menulis di ruangan ini. Bukannya apa, sibuk cuba try test buat kuih raya! he he he.... tak pernah seumur hidup aku buat kuih raya, entah apa kena tahun ini, aku buat kuih raya la pulak. Dulu masa duduk Aussie pun tak pernah buat kuih raya. Kat sini pulak tiba-tiba muncul keinginan. Aku ni cuba sedaya upaya nak mewujukan suasana raya untuk anak-anak walaupun, tak ada apa yang bestnyer beraya di sini. Itulah sebabnya aku berusaha untuk buat apa-apa yang patut... he he he... kuih-kuih aku ni tak lah lawa macam kuih orang yang buat jual tu, tapi setakat nak makan anak beranak je... kira oklah. Macam hubby aku cakap, janji rasa sedap sudah.... he he he rupa tak penting. Jadi aku pegang prinsip tu ler....
So far, aku dah buat beberapa jenis kuih (dibantu oleh suami dan anak-anak). Adalah samprit sikit, rempeyek, tart gulung, mazola, chocolate rice dan biskut gajus. Kira ok ler tu. Ni aku nak share gamber sikit... fidah kau jangan jeles.... kau beli.... aku buat sendiri.... keh keh keh....first time aku buat kuih nih....
ok tak? Ok la tu kan.... untuk orang yang biasa buat kuih. Selalu aku hulur duit je dapat kuih... kali ini try test buat sendiri... keh keh keh... ada bakat jugak aku nih....
Yang ini pulak biskut mazola ku yang tak seberapa.... hu hu hu..
Inilah samprit ku yang simple...... he he he
ni tart gulung aku.... ala tak berapa jadik la pulak, masa gulung tu susah sket... tak pe lah... kira ok la for beginners..... he he he
Manakala yang ini pulak, aku tak tau nama apa sebabnya aku main hentam buat aje... biskut koko je kot nama dia... he he he... bolehlah ek....
Yang ini pulak, aku 'buat' kat Tesco Rutherglen..... he he he he he he he he he... sedap tu! Habuan budak budak yang datang ke rumah!
Sekarang pulak nak fikir menu pagi raya pulak. Tahun-tahun yang lalu, aku selalu buat lodeh, ketupat, kuah kacang, rendang, ayam masak merah, dll. Tahun ni aku nak buat apa yek? Ada suggestion?
No comments:
Post a Comment