Search This Blog

Friday, 18 September 2009

Buat Ayah Bonda....

Aduhai Bonda Tercinta dengarilah rintihanku,

Gema takbir berkumandang di aidilfitri mulia ini menjadikan syawal kali ini penuh syahdu. Di angin lalu, anakanda menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan anakanda. Ampunilah anakanda dari segala dosa dan halalkanlah makan minum anakanda. Sesungguhnya aidilfitri kali ini tidak bermakna tanpa bonda di sisi. Ku panjatkan doa ke hadrat Illahi agar dipanjangkan umur kita agar dapat bertemu lagi...

Buat ayahanda tercinta, walaupun kau sudah lama meninggalkan kami, ku panjatkan doa ke hadrat Illahi  tanda ingatan tidak lekang dihati. Ku pohon ampun dan maaf di atas segala dosa-dosaku. Semoga rohmu dirahmati olehNya. 

Duhai ayah bonda, jasamu membesarkan dan mendidikku tidak terbalas. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan ayah dan bonda yang menyayangi dan mengasihiku... di sini ingin ku ucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin





Dari anakanda yang amat merinduimu,
noor



P/s: Khas untuk ayah dan bondaku.....

http://www.getalyric.com/listen/zsk3Cx9pgzM/jamal_abdillah_saleem_lambaian_aidilfitri_full_song_


Hari ini Jumaat....

Salam semua,

Hari ini hari Jumaat 18 September 2009. Raya dah semakin dekat sangat. Ramadhan pula hampir meninggalkan kita. Sungguhun aku gembira untuk menyambut Aidilfitri tetapi aku juga sedih kerana bulan yang mulia, penuh nikmat dan keberkatan ini akan meninggalkan kita. Jika ada panjang umur, tahun hapadan pulalah kita bertemu dengan Ramadhan.

Walau apapun, di sini aku dan seisi keluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua kenalan, rakan, sahabat dan taulan seandainya ada tersalah silap, terkasar bahasa, tersinggung perasaan dan sebagainya. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan. Aku juga mohon di halalkan makan dan minum. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Bagi sesiapa yang berkelapangan, jemputlah datang ke rumah bersama-sama menyambut raya (no telefon +4407552378754, +4407552378753).












Thursday, 17 September 2009

Persiapan Raya

Salam semua,


Maaflah sudah beberapa hari aku tak menulis di ruangan ini. Bukannya apa, sibuk cuba try test buat kuih raya! he he he.... tak pernah seumur hidup aku buat kuih raya, entah apa kena tahun ini, aku buat kuih raya la pulak. Dulu masa duduk Aussie pun tak pernah buat kuih raya. Kat sini pulak tiba-tiba muncul keinginan. Aku ni cuba sedaya upaya nak mewujukan suasana raya untuk anak-anak walaupun, tak ada apa yang bestnyer beraya di sini. Itulah sebabnya aku berusaha untuk buat apa-apa yang patut... he he he... kuih-kuih aku ni tak lah lawa macam kuih orang yang buat jual tu, tapi setakat nak makan anak beranak je... kira oklah. Macam hubby aku cakap, janji rasa sedap sudah.... he he he  rupa tak penting. Jadi aku pegang prinsip tu ler....

So far, aku dah buat beberapa jenis kuih (dibantu oleh suami dan anak-anak). Adalah samprit sikit, rempeyek, tart gulung, mazola, chocolate rice dan biskut gajus. Kira ok ler tu. Ni aku nak share gamber sikit... fidah kau jangan jeles.... kau beli.... aku buat sendiri.... keh keh keh....first time aku buat kuih nih....




 
ok tak? Ok la tu kan.... untuk orang yang biasa buat kuih. Selalu aku hulur duit je dapat kuih... kali ini try test buat sendiri... keh keh keh... ada bakat jugak aku nih....

Yang ini pulak biskut mazola ku yang tak seberapa.... hu hu hu..

Inilah samprit ku yang simple...... he he he

ni tart gulung aku.... ala tak berapa jadik la pulak, masa gulung tu susah sket... tak pe lah... kira ok la for beginners..... he he he 
  
Manakala yang ini pulak, aku tak tau nama apa sebabnya aku main hentam buat aje... biskut koko je kot nama dia... he he he... bolehlah ek....

Yang ini pulak, aku 'buat' kat Tesco Rutherglen..... he he he he he he he he he... sedap tu! Habuan budak budak yang datang ke rumah!

Sekarang pulak nak fikir menu pagi raya pulak. Tahun-tahun yang lalu, aku selalu buat lodeh, ketupat, kuah kacang, rendang, ayam masak merah, dll. Tahun ni aku nak buat apa yek? Ada suggestion?



Friday, 11 September 2009

Pening lagi

Dear Friends,


Aku baru sahaja selesai bermesyuarat dengan supervisor. Tension! Tension! Tension....
Nape lah aku menyusahkan diri buat Phd nih.... hu hu hu hu

Apa lagi macam-macam la komen dia, aku tak tau la.... you all  yang lain buat macam mana. SUSAH la....benda-benda nih semua! Macam mana lah aku nak fikir macam mana dia fikir. Tahap aku fikir tak sampai macam tahap dia fikir lagi! Susah betul!!!!!!! Banyak yang aku nak kena buat nih.....Macam tak sanggup je nak baca semua komen-komen dia tuh walaupun kitaorang dah discuss tadi! berjela-jela. Siap kena marah lagi. Aku nak tahu... korang pernah kena marah tak dengan supervisor? Aku? biasa dah, dah lali dah... bukan marah pong pang pong pang... marah secara professional la. Tapi, aku nak buat macam mana... aku tak nampak apa yang dia nampak! Kalau aku nampak apa yang dia nampak dah lama aku jadi doktor dah! Aku nih baru lah nak bertatih!

Hishk, hisk, aku tension! Macam nak balik jek rasa......tolong...... tolong...

Thursday, 10 September 2009

All About Football

Hi everyone,

Yesterday, Glasgow had a big footbll match in Hampden Stadium: Scotland Vs Holland.

And we.....

 
 


met a bunch of Holland supporters! So, we took pictures with them. Look at their happy, friendly faces! These pictures were taken before the match. You should see them! Not only this group but the rest of the supporters! They all came in various styles and actions!  

Haaa...... sempat jugaklah.... its funny to see many kinds of human beings in this world...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...