Search This Blog

Sunday, 19 July 2009

Hari ini dan semalam...

Hari ni tak pergi mana-mana pun setelah penat berjalan semalam... alah window shopping kat silverburn shopping centre. Bak kata orang 'terapi minda'.... untuk menghilangkan rasa tension yang semakin menggunung tinggi dengan buku dan article semakin menggunung.... anak-anak pulak, legalah... sebab dapat pergi Build-A-bear Workshop.... dapat buat bear sendiri seorang satu... bagus jugak kedai tu, at least, bagi pengalaman pada kanak-kanak untuk buat sendiri teddy bear mengikut citarasa masing-masing. Siap boleh dress-up lagi. Tapi, mak ayah kena siap duit je lah.

Hari ni pulak disebabkan cuaca pun mendung je...aku buat keputusan untuk mengemas rumah... spring clean.... abis satu rumah... hish... spring clean...? walau dah penghujung summer nak masuk autumn....

Two days ago, seorang sahabat dah abis belajar.... balik Malaysia lah.... ramai sahabat-sahabat yang datang membantu mengangkat barang-barang masuk ke dalam kontena. Alahai.... banyaknya barang dia.... memang pengumpul barang-barang. Tak katalah, mungkin, dah lama duduk sini, barang-barang yang ada tu sayang nak dibuang, lebih baik dibawa balik. Boleh jugak guna nanti...

Bila terkenang Malaysia tu... alahai seronoknya. Rasa tak sabar nak balik. Rindu betullah kat tanah air tumpah darahku. At least, sekarang ni dengan pelbagai pengalaman yang ada, semakin tinggi rasa patriotik ku terhadap tanah air tercinta. Betapa aku bangga menjadi rakyat Malaysia! Walaupun Malaysia itu kecil tetapi bagiku Malaysia tetap hebat, sehebat negara-negara maju di dunia ini. Walau duduk jauh di perantauan, nasib baiklah adalah sahabat yang rajin menghantar barang-barang keperluan ke sini... terima kasih lah Ainal dan Kak Ina sebab ingat kat kitaorang kat sini. Aku sungguh bertuah dapat kawan-kawan yang sentiasa ingat... terima kasih sekali lagi...












1 comment:

  1. tgah bayang berapa kontena la puan aida nak bawak balik nanti..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...