Search This Blog

Wednesday, 15 July 2009

Liku hidup

Orang tua-tua selalu berkata, dalam hidup pasti banyak onak dan duri. Inilah yang aku alami sejak menjejakkan kaki dibumi scotland ni.

Pertama kali sampai, aku terkejut dengan suhu dibawah paras beku! SEJUKnya Ya Rabbi.... tuhan je yang tahu....mengigil walau dah pakai pakaian panas berlapis lapis.... nasibku pulak agak kurang elok pada hari tu, kena tahan dengan polis airport. Nak tahu pasal apa.... sebab katanya tak boleh ambil gambar kat airport. Puaslah aku menjawab dengan mereka... bahawa yang kami ni baru sampai.... jadi teringin nak ambil gambar kat airport. Setahu aku kat KLIA tak pe pun ambil gambar, tapi kat sini lain pulak. Lepas soal siasat dan butir-butir kami diambil kami pun menuju ke ruang menunggu. Punya terkejut, nama international airport tapi punya la teruk dan kecil. Airport kepala batas lagi canggih!!!!! Hidup Kepala batas!!!Lepas tu, orang yang sepatutnya datang menjemput tak nampak muka....puas tunggu dekat 2 jam... batang hidung pun tak nampak....akhir sekali, apalagi alternative baru, telefon rakan seperjuangan yang kebetulan ada dirumah. Kesian kat kawan tu, terpaksalah jemput kami di airport. Lepas makan kami pun dihantar ke sebuah rumah sahabat untuk bermalam. Esoknya kami berjaya mendapatkan rumah sendiri!!!!!! Lega!!!

Tapi masih ada kejutan!!! Dulu sebelum menjejakkan kaki dibumi glasgow ni, ingatkan dapat duduk rumah 'english cottage' dan kami harapkan suasana yang 'English'. Alangkah terkejutnya bila diberitahu bahawa di Glasgow banyak rumah Flat! dan tempat ini dipenuhi dengan warga pakistan yang sudah menetap lama. Kalau kawan-kawan nak tahu, datang sini macam pergi Pakistan lah!! Payah jugak nak jumpa orang putih. Rumah pulak, kecil, sempit dan mahal. Pathetic!! Bayangkan, saiz rumah cuma sebesar bilik office yang dibahagi 4. Ya Allah, tuhan je yang tahu perasaan tika itu- nak menangis, sedih, tension. Mulalah rasa nak balik! Kawasan sekitar pun tak condusive langsung! Selalu diganggu oleh insan-insan yang pelik dan selalu mabuk!! Tingkap, pintu selalu diketuk oleh orang-orang mabuk dan budak-budak jahat. Bayangkan, mana tahan bila orang suka buang sampah depan pintu rumah kita. Tension! Tak termasuk bulu-bulu anjing lagi yang bersepah-sepah. Setiap kali nak buka pintu rumah, pasti ada anjing yang terpacul depan pintu. Anjing pulak tok sah nak cerita.... banyak betul... besar besar pulak tu! Takut dibuatnya. Lama-lama baru tahu yang kawasan ni black area. Banyak kes. Patutlah banyak orang bergaduh. Selalunya geng-geng Checzh lah. Malam-malam pulak, orang atas selalu berdisko. Pasang lagu punya lah kuat! Berdangdut kot! Memang tension. Tapi nak tak nak duduk jugaklah selama 6 bulan. Bertahan je lah. Nak buat macam mana. Kalau tak cukup tempoh deposit hangus. Nak menghilangkan gundah gulana, tu yang asyik berjalan je, sana-sini. Tapi bila nak balik, ingat rumah, tension giler.

Bab-bab makan pulak, kami pandai-pandai explore sendiri. Makanan halal tak susah tapi banyak makanan pakistanlah- kari, kurma, chapati, ayam tandoori, kambing etc. Seafood susah sikit nak cari. Kecuali sesiapa yang ada kereta tu boleh lah pergi jauh sikit. Dapatlah cari seafood. Kami pun belajar-belajarlah makan makanan pakistan kat sini. Kata orang 'masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek'. Kami pun ikutlah pepatah tu.... lama-lama mana boleh jadi, cari punya cari, jumpalah Chung Ying (kedai cina). Apalagi dapat lah beli belacan dan barang-barang oriental. Ikan masin, sotong kering semua ada. Lega betul! Tak lah tension sangat.

Baru-baru ni, pindah rumah. Legalah sikit. Bermulalah hidup baru di sini. Barulah ada privacy walaupun masih rumah flat. Kali ni kami duduk tingkat 3. Rumah pun, luaslah sikit daripada rumah lama tu. Bolehlah nak bergerak dan bernafas. Tak dak sapa boleh kacau lagi. Lagipun, di sini banyak mat saleh. Ok lah sikit.

Sekarang barulah boleh concentrate nak study ke apa ke. Harap-harap nanti bolehlah catch up. Jarak rumah dengan uni pun tak jauh. Bolehlah. Supervisor pun ok lah. Boleh tahan walaupun dia tu cerewet sikit. Tapi dia baik gak.

Sebenarnya, tak seronok mana pun datang sini walau masa kat malaysia tu ramai kata best. Tak tau lah. Mungkin pengalaman dan waktu yang membezakan. Lepas ni, jangan haraplah nak datang Glagow lagi. Tak mau!!! nak mengaji pas tu balik cepat-cepat!!!!





4 comments:

  1. gud aida ...permulaan yg baik..teruskan menulis so that i can layanzzz

    ReplyDelete
  2. orang tua-tua kata "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.."
    we all are facing challenges in upgrading ourselves. but do remember, allah has better plans for us.

    good luck in everything you do.. jgn lupa souveniers untuk saya!! :p

    ReplyDelete
  3. tak lupa punya! u r my favourite boy!

    eh gelang pearl i tu bila nak sampai entah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...