Salam semua,
Apa khabar? Harap-harap semua sihat sahaja la di samping keluarga yang tercinta. Macam mana hari ini dan semalam? Ok? Harap-harap ok la... dapat menyelesaikan segala tuntutan hidup dan tanggungjawab dengan sempurna. Anak-anak pulak macam mana? Harap-harap sihat jugak la.
Hari ini aku nak berkongsi dengan semua pasal event the day before yesterday masa aku pergi Victoria Informary, hospital tu...
Haaaa.... aku menghabiskan masa dekat hospital dah beberapa minggu dah. Tapi tak lah hari-hari cuma beberapa hari je dalam seminggu.
Ceritanya macam ni, kaki kiri ku mempunyai masalah sikit disebabkan beberapa kali jatuh tangga, jatuh motor dan sebagainya. Jadi, sekarang nih aku tak berapa bolah nak berjalan. Bolehlah jalan sekejap-sekejap. Kalau pergi sekolah kena pakai drebar, klu naik bas, jawabnya aku tak pergi ler. Kalau turun naik tangga dan bukit kena ada orang tolong pimpin klu tak, sah sohih memang jatuh tergolek punya. So, eversince last week, aku pun berjumpa doktor. Jadi macam-macamlah ujian yang dibuat ke atas aku ni semata-mata nak memastikan apa masalah kakiku ini.Terasa macam guinea pig kejap. Tapi tak apa janji kakiku bolah baik...... dianataranya mula-mula they thought eczema, jadi bagi ubat eczema.... tapi kaki ku jadi makin teruk pulak. Jumpa doktor lagi dan dia bagi pulak ubat lain. Tak baik jugak. Then, doktor pun amiklah darah aku, konon-konon nak tengok kalau ada masalah lain. Check darah, semua ok. Lepas tu, pergi x-ray pulak. Seharian aku kat Victoria Infirmary menunggu untuk di x-raykan. Taklah lama sangat....
Aku nak cerita sikit pasal hospital diaorang.... huh.... memang cantik dan canggih! Bangunan baru dan cantik serta canggih. Semua kelengkapan ada. Semua cukup. Misi-misi pun semua baik-baik dan friendly tak lah macam sesetengah gomen kat Malaysia tu yang asyik tau nak marah dan tarik muka. Aku dipahamkan bahwa kat sini, walau penat mana sekalipun mereka, mereka tetap akan senyum dan layan patient dan customer dengan baik waima hospital kerajaan sekalipun. Itu piagam pelanggan diaorang. Bagus tu, misi-misi kat mesia pun kenalah macam tu barulah orang yang sakit tak bertambah sakit. Sakit badan satu hal tambah pulak sakit hati tengok perangai dan sikap misi yang tak reti nak layan patient. Tambah pulak misi kat wad bersalin.... lagi kureennnnnggggggggg!
Ok berbalik pada kakiku, takut aku tengok hopsital nih.... bukan apa, punyalah besar dan canggih. Bilik x-ray pun canggih giler macam bilik operation pulak rasanyer. Kalau kat tempat kita tu macam ala-ala Hospital Selayang dengan HUKM. Tapi canggih sini lagi ler. Tapi sayangnya result x-ray aku lagi dua minggu baru boleh dapat. Lepas tu, barulah aku boleh mula physiotheraphy.... he he he ...... jadi lagi dua minggu baru la tau apasal dengan kakiku ini.... tak dapat ler aku nak cerita sekarang.
Alahai, macam-macam betul dugaan aku kat sini..... tak dapat nak bayangkan perasaan aku nih. Dah lah tengah sibuk pening, kaki pulak bermasalah! he he he.... dugaan dugaan dugaan..... apapun aku harap tak ada yang teruk ler. Kawan-kawan lain kat sini pulak, ada dua tiga orang masuk wad sebab demam teruk. sampai muntah-muntah darah dan ada yang langsung tak boleh bangun sampai kena papah! Huh! entahlah.... macam-macam. Takut rasanya..... nak kata cuaca, tengok orang putih tu elok aje pulak. Tak ada masalah pun. Entahlah. Tak tahu nak nak buat hypothesis apa....
Kawan-kawan kat Malaysia, tolong ler doa-doakan kami semua kat sini agar sihat walafiat yek. Mudah-mudahan semua dapatlah meneruskan perjalanan hidup kami dengan lancar. Amin.
Oppsss......setakat ini dahulu, sehingga bertemu di lain lembaran.....
Salam mesra,
noor
No comments:
Post a Comment