Assalamualaikum semua....
Apa khabar hari ini? Harap-harap semua sihat walafiat. Bagi kami semua di sini, alhamdullilah, sihat. Cuma cuaca jer sangat sejuk kebelakangan ini. Angin pun kuat juga. Ye lah dah fungsi dia nak meluruhkan segala daun-daun yang ada sebelum masuknya winter.
Di Universiti pula, bermulalah sem baru. Banyak muka-muka fresh. Di dewan pendaftaran pula, ramai student beratur panjang untuk mendaftar. Ala perkara biasa la tuh kalau duduk universiti nih. Untuk aku pulak, kami tak payah la beratur, register online je. Tapi nak dijadikan cerita, pendaftar uni aku ni pulak mess up dengan financial detail aku.... jadi aku tak bolehlah register online. Kalau nak register jugak aku kena bayar 10 000 pound sterling. Alamak, kecut perut aku! Status aku pulak sekarang ni, non registered PG student! Hak hak hak lawaks tul! Masalahnya kat sini bukan salah aku, salah pendaftar unilah. aku dah bagi surat pada mereka dari tahun lepas lagi. Aku pun bergegaslah ke pendaftar dan bendahari untuk menyelesaikan masalah. Setelah 1 jam berdialog, selesailah masalah aku ini. Walaupun tak susah mana, tapi leceh jugak bila jadi benda-benda macam ni. Semalam barulah aku secara rasminya full time PG student balik.
Sem ini, aku memang semakin sibuk. Kuliah, tutorial, class seminar, research seminar, research class, reading group, workshop etc. Penat. Penat otak dan juga penat berjalan sebab Uni aku nih bentuk muka buminya berbukit bukau. jadi nak menapak memanjat bukit dan segala tangga yang ada tu..... pernah sekali aku jatuh tangga sebab nak cepat pergi kelas. Memalukan tapi nak buat camne dah nak jatuh! Buat bodoh je lah. Nasib baik orang kat sini tak gelak tapi they all tanya "are you alright?" "let me help you". Pheww.... lega.... tapi sakit tak terkata kaki ku ini! Bagi aku bentuk mukabumi kat sini memang cabaran besar bagi aku yang bukan muda lagi lah.... he he he he.... tak percaya? meh la sini, aku bawa jenjalan satu uni.... boleh tengok kawasan nih..... tu lah, kalau nak belajar biar masa muda. Kalau dah berumur sket macam aku nih, susah gak! Mcm-mcm cabaran.
Jadi, aku nak minta maaflah awal-awal kalau aku tak sempat nak mengupdate blog sebabnya sem ni aku memang sibuk giler. Sorry yek..... bila-bila sempat nanti aku updatelah! Apapun kalian tetap disentiasa di hati!!!!!!!!!!!
Ainal, Fidah, Kak Melur, Kak Faizah, Kak Nas, Kak Aya, Zura, Kak Ina Jo, Kak Anisah, Kak Fahainis, Kak Nina, Kak Aton, Yatt Acid, Md Noor, Shikin, Nani, Nazuar, Nazli, Lan, Azman, Nash, Jane dan semua yang aku tak terlist.... terima kasih di atas ingatan kalian semua. Really appreciate it! Good luck to all of you too!
ikhlas tapi jauh,
noor
No comments:
Post a Comment