Search This Blog

Sunday, 7 July 2013

Ek Eleh Macamlah Dia Bagus Sangat



Salam semua,

Biasa dengar ayat di atas? Itulah ayat-ayat biasa yang saya terima bila berhadapan dengan pelajar-pelajar saya terutama apabila pelajar saya adalah lebih dewasa daripada saya. 


Bila bergelumang dengan dunia pendidikan ini, banyak cabaran yang perlu dihadapi. Bukan setakat untuk menyampai maklumat dan ilmu agar dapat difahami dan dimanafaatkan oleh pelajar tetapi terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah pelajar. Adakala karenah-karenah yang amat menyentuh hati. 

Dulu, masa saya mengaji, kami seringkali diingatkan oleh guru-guru kami (professor2) tentang adab sopan terhadap guru-guru kami dan juga adab semasa menuntut ilmu. Jadi di sini tidak salah jika saya ingin menulis sedikit tentang adab murid terhadap guru (yang saja tujukan khas buat anak murid saya) agar kita lebih menghormati insan yang cuba mendidik kita menjadi insan yang lebih sempurna. Sebagai manusia, kita sering lupa dan alpa. Jadi, tidak salah jika kita sering saling memperingati

Ketahuilah wahai saudaraku sekalian, tidak sah ilmu tanpa adanya adab dan tidak sahlah adab itu melainkan diketahui oleh kedua-dua belah pihak. 


Tambah-tambah, sebagai orang Melayu dan Islam, kita dikenali dengan ketinggian adab sopan dan tatasusila. Adab sopan dan tatasusila tidak lapuk dek zaman walau secanggih manapun dunia ini. Dengan menjaga adab sopan tidak menjadikan kita manusia yang jumud ataupun mundur. Malah kita akan lebih dekat dengan tuhan kerana menjaga hubungan sesama manusia itu amat dituntut dalam Islam. 






Apakah yang dimaksudkan dengan adab?

“Sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemudahan akhlak.” Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk memberi contoh dan teladan yang terbaik dalam kehidupan sehairan kita. Contoh yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad bukan sahaja khusus dalam bidang pentadbiran atau dakwah semata-mata. Ia merangkumi seluruh aspek dan keperluan kehidupan. Adab dan akhlak yang dipraktikkan oleh Nabi s.a.w. telah menjadi Islam dan Negara Islam cemerlang dan berjaya.

Keampunan dan kekutan Islam dan tamadun Islam ketika zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat bukanlah kerana hebatnya pasukan tenteranya atau kekayaan hasil keluarnnya, tetapi ia sebenarnya teletak pada adab, akhlak dan peribadi umat Islam yang tidak ada bandingannya.

Islam berkembang keseluruhan pelusuk dunia kerana kecantikan dan keindahan akhlak dan peribadi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islamnya. Adab yang diajarkan oleh baginda s.a.w. bukan sahaja sesama umat Islam malah kepada semua termasuk makhluk-makhluk lain yang berada di sekitar kita. 

Inilah keindahan dan kesempurnaan adab yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. yang amat dikagumi oleh semua termasuk bukan yan bukan Islam.
Para Ilmuan Islam terdahulu amat menekankan tentang pengjian adab sebelum mereka mempelajari ilmu. 


Seorang alim telah berkata kepada anaknya,”Wahai anakku, jadikan amalmu ibarat garam da adabmu ibarat tepung. Yakni perbanyakkanlah adab seperti perbandingan banyaknya tepung dan garam dalam sutu adunan. Banyak adab dengan sedikit amal salih lebih baik daripada amal dengan sedikit adab.


Adab Pelajar Terhada Guru


Sifat pertama yang perlu ada pada setiap pelajar di dalam menunaikan hak terhadap guru ialah menghormati guru. Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu kepada pelajar. Pelajar juga wajib menghormati guru kerana kedudukan pelajar yang menerima ilmu darinya. Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam pernah bersabda (yang bermafhum):

“Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya “
(Riwayat Ath-Thabrani)

Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam juga mengingatkan akan hak pelajar terhadap guru dalam sabda baginda:

“Tidak termasuk umatku orang yang tidak mengagongkan orang besar dari kami, tidak mengasihi orang kecil dari kami, dan tidak mengetahui hak orang alim dari kami “
(Riwayat Ath-Thabrani)

Sayyidina Ali Radhiallahu ‘anh pernah memberi pesanan dalam soal menghormati guru dengan berkata:

“Hak seorang alim (guru) yang wajib atas dirimu ialah: memberi salam kepada semua orang yang berada dalam majlisnya, dan mengkhususkannya dengan berjabat tangan. Hendaklah duduk berhadapan dengannya, tidak boleh menunjuk jari di hadapannya, tidak boleh mengerling mata dengan orang lain di hadapannya, tidak menyebut kata-kata orang lain di hadapannya, tidak boleh mencaci orang di hadapannya dan sekiranya dia melakukan kesilapan hendaklah maafkannya. Muliakanlah dirinya kerana Allah SWT, dan kiranya dia memerlukan sesuatu, hendaklah segera menghulurkan bantuan kepadanya, jangan memuji-muji orang lain di dalam majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika dia keberatan, jangan merasa jemu duduk bersamanya. Anggap dia laksana lebah dan dirimu menunggu sesuatu yang akan jatuh daripadanya pada bila-bila masa sahaja”.

Sehubungan dengan hadith di atas serta pesanan Sayyidina Ali Radhiallahu ‘anh, Dr.Abdullah Nasih Ulwan membuat beberapa kesimpulan akan adab-adab pelajar terhadap gurunya :

1. Seorang pelajar hendaklah merendahkan dirinya di depan guru, jangan keluar daripada pendapat dan arahannya. Merendahkan diri terhadap guru adalah satu kemuliaan dan ketinggian. Imam Ghazali ada menyatakan :

“Ilmu itu hanya akan diperolehi dengan merendahkan diri dan memperhatikannya...”

Imam Ahmad berkata kepada Khalafu’l-Ahmar:

“Aku tidak pernah duduk kecuali di hadapanmu, kami telah diperintahkan untuk merendahkan diri terhadap orang yang kami ambil ilmunya “

2. Seorang pelajar hendaklah memandang gurunya dengan kemuliaan dan meyakini bahawa gurunya memiliki darjat yang tinggi. Imam Syafi’i ada menyatakan:

“Pernah aku menyimbak (membuka) lembaran kertas di depan Malik dengan lembut kerana kewibawaannya, agar dia tidak mendengar gemerisiknya “

Ar-Rabi’ berkata :

“Demi Allah, aku tidak berani meminum air sedangkan As-Syafi’i melihatku kerana rasa hormat kepadanya “ 

Pelajar-pelajar juga hendaklah dilatih supaya tidak memanggil gurunya dengan kata-kata “kamu”, tetapi dengan mengatakan “wahai guruku atau wahai ustazku”, kerana kata-kata panggilan yang baik merupakan pengikat rasa kasih sayang antara murid dan gurunya.

3. Hendaklah pelajar mengetahui hak-hak terhadap gurunya dan tidak melupakan jasa gurunya sehingga ke akhir hayat. Syu’bah berkata:

“Apabila aku mendengar hadis Rasulullah SAW daripada seseorang, selama itulah aku menghormatinya.” 

Sebaiknya seorang pelajar mendoakan kesejahteraan gurunya sepanjang hayat. Jika guru itu sudah wafat hendaklah diambil berat hal ehwal keturunan dan orang-orang yang mencintainya.

4. Jika guru menegur atau marah, maka hendaklah murid bersikap sabar. Hendaklah pelajar menganggap bahawa kemarahan guru adalah sebagai tanda kasih sayang guru terhadap pelajarnya. Para guru sebenarnya ingin memperbaiki kelemahan pelajarnya. Dengan sikap sedemikian, akan lahirlah rasa sayang para pelajar terhadap guru dan bermanfaatlah segala ilmunya bagi pelajar dalam urusan din, dunia dan akhirat.

Sebahagian ahli salaf berkata: 

“Barang siapa tidak sabar dalam belajar, maka dia akan buta huruf selama hidupnya. Dan barang siapa bersabar di dalamnya, dia akan mendapat kemuliaan dunia dan akhirat.”

5. Hendaklah pelajar duduk di hadapan gurunya dengan sopan, tenang, merendahkan diri dan hormat sambil mendengar dan memberi sepenuh perhatian kepada gurunya.Seorang pelajar juga haruslah menghindarkan segala perbuatan yang tidak sopan terhadap gurunya.

6. Janganlah pelajar berjumpa gurunya di kelas, rumah atau tempat khusus sebelum mendapat izin daripadanya. Sebaiknya seorang pelajar menghadap gurunya dalam keadaan sempurna, dengan badan dan pakaian yang bersih, terutama jika dia hendak ke majlis ilmu. Kerana majlis ilmu adalah majlis zikir, pertemuan dan ibadah.

7. Apabila seorang pelajar mendengar gurunya menyebut sesuatu dalil hukum, menceritakan sesuatu syair, membawa sesuatu berita atau mengemukakan sesuatu ilmu, hendaklah dia mendengar dengan penuh perhatian seakan-akan dia belum pernah mendengar sama sekali.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan ada mengatakan bahawasanya memenuhi hak terhadap guru adalah wajib lebih-lebih lagi jika guru tersebut adalah dikalangan mereka yang bertaqwa dan beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Itulah adab-adab terpenting yang harus diamalkan oleh para pelajar dalam rangka untuk menjadi pelajar yang benar-benar berilmu, beradab dan bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala.





    Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..



    Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman.
    Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
    Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
    Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
    Jangan menyangkal kata-kata guru.
    Jangan mengumpat pelajar lain.
    Jangan berbisik di hadapan guru.
    Jangan berpaling kiri dan kanan.
    Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
    Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
    Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
    Rujuk guru dalam memilih ilmu.
    Jangan duduk tempat guru.
    Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
    Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
    Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
    Muliakan anak-anak guru.
    Selalu berhubung dengan guru.
    Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
    Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...