Anda biasa dengar ayat tu?
Mungkin pernah dan mungkin juga tidak. Tapi tak bermakna ayat-ayat seperti di atas tidak wujud kerana saya sendir pernah dengar ayat-ayat tersebut dituturkan.
Kita sering membaca tentang adab seorang pelajar terhadap guru. Walau bagaimanapun, kita juga harus tahu bahawa pelajar juga mempunyai hak semasa menuntut ilmu.
Sepanjang pengalaman saya membuat pemerhatian di sekolah-sekolah, pelbagai jenis guru ytang teklah saya jumpa dan pelbagai jenis alasan juga yang saya dengar. Jadi apa kata, kita sama-sama tingkatkan ilmu kita supaya kita sama-sama faham tugas dan tanggungjawab kita yang diamanahkan.
Berikut disenaraikan adab guru terhadap pelajar buat peringatan kita bersama. Moga kita sama-sama dapat muhasabah diri kita dan memoerbaiki diri kita masing-masing.
- Ihtimal (banyak bersabar menanggung kesusahan)
- Lambat marah
- Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
- Meninggalkan takbur atas sekalian hamba ALLAH kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
- Memilih tawadhu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
- Meninggalkan bergurau dan main-main.
- Kasih-sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
- Membimbing murid yang bebal.
- Tidak memarahi murid yang bodoh.
- Tidak malu dengan berkata "cikgu tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya.)
- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
- Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
- Melarang murid daripada ilmu yang memudaratkan.
- Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari ALLAH dengan ilmunya.
- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardu Ain. Dan ilmu yang fardu Ain itu ialah yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan takwa.
- Memperbaiki diri sendiri dengan takwa sebelum ia menyuruh orang lain supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat dari percakapannya. (ilmunya)
No comments:
Post a Comment