Search This Blog

Friday, 23 September 2011

Hormati hak orang Melayu



Oleh Mohd Amin Jalil
bhnews@bharian.com.my


Seminar Abim lulus enam resolusi
SEREMBAN: Seminar Islam dan Cabaran Semasa sempena Muktamar Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Ke-37 yang berakhir di sini, kelmarin, meluluskan enam resolusi, termasuk mengingatkan semua pihak agar tidak cuba melunturkan hak istimewa orang Melayu dan pelbagai aspek berkaitan kepentingan bangsa itu.
Resolusi itu meminta supaya angin perubahan yang melanda atas nama globalisasi, liberalisasi dan hak asasi tidak dijadikan alasan untuk melunturkan hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi seperti termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Seminar disertai 800 peserta dari seluruh negara itu juga meluluskan resolusi mengingatkan semua pihak tidak membentuk persepsi baru mengenai pensejarahan Malaysia kerana ia akan mengundang bahaya terhadap kestabilan dan keharmonian masyarakat.
Resolusi ketiga meminta rakyat prihatin dan cintakan keamanan mempertahankan kontrak sosial sebagai asas pembinaan negara serta bangsa dan pembentukan masyarakat majmuk, selain menolak usaha mencetuskan ketidakharmonian hubungan kaum.
Seminar juga mendesak kerajaan memperbaharui komitmen dasar utama pendidikan, kebudayaan untuk pembinaan perpaduan nasional

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...