Search This Blog
Sunday, 16 October 2011
Motivasi
Kita tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada kita. Kita menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk, sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, kita akan dapat yang buruk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment