Search This Blog

Monday 20 July 2009

Cabaran


Hai selamat bertemu lagi,

Tergerak hati ini nak bercerita tentang cabaran-cabaran yang ditempuhi sepanjang belajar di UK ni. Mungkin juga cabaran-cabaran ni serupa walau di mana sahaja kita berada, atau mungkin cabaran-cabaran ini bersifat lebih personalized, tertakluk kepada pengalaman individu. At least, harap-harap apa yang aku tulis nih boleh sedikit sebanyak membantu rakan-rakan dan ex-students yang teringin nak sambung belajar. Sekurang-kurangnya bolehlah bersiap sedia mental, fizikal dan emosi. Apapun, cabaran belajar nih apatah lagi buat PhD ni memang banyak! Memang menuntut kesabaran yang tinggi. Kalau tak sabar, boleh bungkus beg angkat kaki.... cabaran-cabaran ni boleh dikategorikan kepada 2 - academic dan personal.


Cabaran akademik memang banyak sekali. Nak tak nak tak boleh lari, kena hadapi jugak. Apapun, macam supervisor aku cakap...'it is an intellectual journey where you will learn all sorts of things, learn about yourself, your strength and weaknesses and which eventually, matures youself'.

First thing, supervisor/s.... the most important person! jangan main-main. Kalau salah pilih, boleh merana wooo... To Reshma - you've got to choose your supervisor! Sebabnya, supervisor inilah yang akan menentukan hidup mati kita dalam perjuangan kita ini. Sebaik-baiknya kita kenalah cari supervisor/s yang pakar/arif dalam bidang kita supaya dia dapat membantu dan guide kita dalam proses tersebut. Tambah pulak, supervisor/s ni la yang nak tegur kita ke kalau kita out of track ke, salah pilih teori ke dan apa apa saja lah bab-bab belajar nih. Hubungan dengan supervisor kena BAIK. Kalau tak, susah hidup!Betul... jgn tak caya. Apa dia cakap dan suruh buat, baik buat... jangan sampai dia naik angin.... So far, pengalam aku dengan Tom dan Nigel ok aja. Tom banyak membantu. Nigel tu kurangla sket sebab dia second supervisor je tapi dia killer abis! Aku selalu tak tahu apa yang dia hendak. Susah sket la dengan dia nih. Nigel nih university yang bagi. Tom pulak aku pilih sendiri. Tom ni baik tapi dia sgt cerewet dan expectation dia terhadap semua kerja aku tersangatlah tinggi. Jadi aku kenalah sentiasa berusaha untuk mencapai expectation dia tu. Kalau korang nak tahu, aku jumpa Tom seminggu sekali dan kadang-kadang 2 kali seminggu. Huh betul... tak bohong.... Kalau hantar kerja kat dia, semua benda dia akan betulkan termasuklah perkataan yang aku guna tu..... kalau orang tak biasa mesti terkejut tgk comment dia yang berjela-jela. Penuh dakwat merah dan arrow yang bersepah-sepah. Apa nak buat, kena tahanlah. Tapi yang bagusnya, aku dapat tahu mana silap aku dan apa yang dia hendak, apa yang dia suka dan tak suka. Aku tak nak lah mcm sesetengah supervisor yang bila hantar kerja dia kata semua very good, tapi last last minute, semua salah! Lagi tension. Tak macam supervisor lain, dia tak pernahlah bagi aku article tapi dia bagi aku buku yang berlambak-lambak untuk aku baca. Kalau you all nak tahu, Tom ni sangat caring dan understanding. Masa aku baru-baru sampai dulu, lepas register kat uni, dia siap jumpa family aku dan bawa kitaorang makan kat satu restoran malaysia kat glasgow nih. Lepas tu, dia dan bini dia bawa kitaorang jalan-jalan dan siap tunjuk lagi kat mana nak ambil bas, bas apa nak naik, kat mana kedai buku terbesar di Glasgow dan lain-lain. Dia siap tanya lagi 'have you found accomodation yet? Do you want me to search for you?' Huh..bagus betul... terkejut jugak mula-mula tu sebab tak pernah jumpa supervisor yang macam nih kat malaysia. Masa aku dan anak-anak sakit dulu, dia lah yang risau lebih. Hari hari telefon tanya khabar dan offer bantuan smapai aku naik segan. Kami jarang jumpa kat fakulti sebab dia tengah sabatical leave. so kami banyak beremail, telefon dan jumpa di tempat-tempat tertentu seperti restoran kat west end tu.
Apapun, aku bersyukur sangat sebab dikurniakan supervisor yang pandai, baik dan memahami tapi pada masa yang sama tegas dan cerewet.


Secondly, kuliah, tutorial, assignments, article, books - ha.... yang ni semua lagi tak leh elak. Belajar kat Strathclyde ni, setiap p/g diberi ruang sendiri untuk menyiapkan tugas masing-masing. Senang citer, ada opis sendiri la. Semua kelengkapan disediakan daripada komputer, alat tulis, fotostat dan segal-galanyalah. Nak apa-apa, ambil je kat stor. Oklah... opis kat sini tak sama lah mcm kat malaysia. Kat sini bila kerja, masing-masing buat kerja. Tak dak sesiapa pun nak menyembang. Lain kan budaya mereka. Bagus! Kelas tak lah hari-hari tapi bila tiba waktu tu, sepanjang hari dari pagi sampai malam. Dalam seminggu tu adalah 2 hari untuk kelas, 3 hari untuk PG research seminars dan research group. Sabtu ahad duduk rumah. Tapi aku selalu kat library jelah. Bawa sekali budak-budak duduk dalam library. Kat sini tak leh ponteng-ponteng. Kelas tu punya la jauh dan kena mendaki bukit dan tangga yang tinggi-tinggi. Dari rumah pun kena jalan kaki pergi uni. Nak kata jauh tu, jauh lah jugak dalam 45 min jalan kaki. Kalau tak naik bas. Tetapi selalunya jalan kaki lah. Elok jugak, ini kira exercise jugaklah. Kalau kat malaysia kita turun naik kereta je. Sekarang dah jadi student, so terpaksalah. Kalau nak bawa kereta, kos tinggi tu! Penat memang penat tapi tulah sacrifice. Selain daripada tu, kenalah spend banyak masa (walaupun penat) mencari sumber-sumber, buku, article dsb. Lepas tu kena baca. Mana boleh tak baca! Satu hari kena habis lebih kurang 15 article. Kadang-kadang satu article kena ulang baca banyak-banyak kali sebabnya tak paham-paham. Bab membaca ni memang lah susah sket. Dictionary kena duduk sebelah sebab manalah tau, tiba-tiba ada benda nak kena rujuk ke. Satu perkara kat sini memang best, sebab.... sumber memang banyak.... semua benda ada... online tak online, semua ada.... kursus dan workshop pun banyak. Kita boleh apply untuk attend. Percuma je. Cuma antara malas dengan tidak je. Malas tu pun cabaran gak..... sebab tak dak ubat nak cure!

Lagi satu, masalah bahasa. Mula-mula ada jugaklah masalah sikit, sebab tak faham Scottish English. Bayangkan, perkataan dan bunyinya langsung tak sama dengan English yang selalu kita belajar, dengar dan guna masa kat malaysia tu. Ielts pun tak menggambarkan ability kita untuk paham scottish english. Tapi sekarang ni dah ok lah. Kena tune sikit telinga tu.

Masalah cuaca pun sama jugak. Kat sini, aku kena bergelut dengan cuaca. Kalau kat malaysia tu, senang panas sepanjang tahun kecuali monsun. Kat sini, setiap 3 bulan tukar cuaca. Baju pun berubah ikut cuaca begitu juga dengan mood. Yang paling tak tahan tu, kesejukannya menusuk hingga ke tulang belulang! Macam mana nak study kalau sejuk. Kalau heater rosak memang nahas. Duvet pulak memang kena beli yang tebal. Itulah the first thing yang aku cari masa mula-mula sampai dulu.

Lagi satu pengaruh kawan-kawan. Kat sini kena pandai pilih kawan. Dulu mak aku selalu kata, kawan tu penting... kawan tulah yang akan mempengaruhi hidup kita. Kalau salah pilih, jawabnya tak study la. Asyik enjoy je bila nak siap kerja. Tak berkawan pun tak boleh juga. Kita perlukan kawan untuk minta pertolongan dan bantuan. Kat sini konsep dia, sharing dan tolong menolong. Ye lah, masing-masing jauh dari keluarga. Jadi, kawan-kawan tu jadi keluarga. Special thanks tu Shikin, Nani, K. Zah, Khaliza dan Mai. Apapun, terima kasih juga pada bonda tercinta yang selalu memberi nasihat dan sentiasa mendoakan kami di sini.

Pengalaman ini mungkin applicable pada kawan-kawan dan mungkin tidak. Aku sekadar berkongsi pengalaman yang ada.

Sunday 19 July 2009

Hari ini dan semalam...

Hari ni tak pergi mana-mana pun setelah penat berjalan semalam... alah window shopping kat silverburn shopping centre. Bak kata orang 'terapi minda'.... untuk menghilangkan rasa tension yang semakin menggunung tinggi dengan buku dan article semakin menggunung.... anak-anak pulak, legalah... sebab dapat pergi Build-A-bear Workshop.... dapat buat bear sendiri seorang satu... bagus jugak kedai tu, at least, bagi pengalaman pada kanak-kanak untuk buat sendiri teddy bear mengikut citarasa masing-masing. Siap boleh dress-up lagi. Tapi, mak ayah kena siap duit je lah.

Hari ni pulak disebabkan cuaca pun mendung je...aku buat keputusan untuk mengemas rumah... spring clean.... abis satu rumah... hish... spring clean...? walau dah penghujung summer nak masuk autumn....

Two days ago, seorang sahabat dah abis belajar.... balik Malaysia lah.... ramai sahabat-sahabat yang datang membantu mengangkat barang-barang masuk ke dalam kontena. Alahai.... banyaknya barang dia.... memang pengumpul barang-barang. Tak katalah, mungkin, dah lama duduk sini, barang-barang yang ada tu sayang nak dibuang, lebih baik dibawa balik. Boleh jugak guna nanti...

Bila terkenang Malaysia tu... alahai seronoknya. Rasa tak sabar nak balik. Rindu betullah kat tanah air tumpah darahku. At least, sekarang ni dengan pelbagai pengalaman yang ada, semakin tinggi rasa patriotik ku terhadap tanah air tercinta. Betapa aku bangga menjadi rakyat Malaysia! Walaupun Malaysia itu kecil tetapi bagiku Malaysia tetap hebat, sehebat negara-negara maju di dunia ini. Walau duduk jauh di perantauan, nasib baiklah adalah sahabat yang rajin menghantar barang-barang keperluan ke sini... terima kasih lah Ainal dan Kak Ina sebab ingat kat kitaorang kat sini. Aku sungguh bertuah dapat kawan-kawan yang sentiasa ingat... terima kasih sekali lagi...












Friday 17 July 2009

Fun Park


Masa pergi Aberdeen ari, kami sempatlah singgah kat satu tempat nie, seronok betul! Sunset Boulevard namanya! Tempatnya ala-ala macam Genting tapi Genting tu canggih lagi la. Kat sini kira ok jugaklah.

Apalagi, semua pun enjoy sakan. Semua pun kami try. But, the worst is the spinning bowl! It made us sick... truly sick! spinning bowl plus spinning head! ahaks....




Look at my little princess, she was a bit upset because I said that we have to take picture before they start playing! She was sulking of course!

For my eldest, she was absolutely fearless! She tried everything! Awesome! but not for mummy...

As for my hubby, he enjoyed the trip but he just can't stand everything that spin.....

She seemed a bit happier later on.... she loved this one the best!

Thursday 16 July 2009

Car hunting










Ha ha ha look....nice car eh! My favourite! Gosh!
This one is nice to0..... oh...it's so difficult to make decision...





haah...maybe this one!
great right? outstanding!








what about this one?
























or this?
















more choice...




































































































Day out





Well, apart from Starbucks and Coffee Bean, we hang out a lot at Costa too. They have great coffee.

Look.... great coffee great smile!



















My girls....they are having hot chocolate! Tempting isn't it... the little one is digging out the croissant!













Love u!


















Love you both!

Fun Day at The Craft Studio


We had fun this morning at the Craft Studio. There were so much to do and we really enjoyed it. We would like to share our days with you....

I am painting my very own coin box..... it looked nice isn't it.


This is my sister. She had her own coin box too. She painted them red!!What a colour!! mine is blue and green.



And Mummy was busy taking our pictures.......


My sister looked so serious..... well, she's always like that.....


Oh gosh.... the colour didn't seem right... never mind!



It was fun......


Bila Melayu Lupa Diri

Baru sebentar aku dikejutkan berita seorang rakan yang baru sahaja diberhentikan kerja kerana menegakkan kebenaran. Alangkah anehnya dunia ini, apabila sesorang yang berusaha untuk menegakkan keadilan dan kebenaran di buat sebegini- dimalukan dan dihukum. Mengapa ini harus terjadi dalam dunia yang dianggap serba moden, terbuka dan adil? Mengapa kebenaran harus disorok? Mengapa mesti berselindung? Mengapa manusia lebih mementingkan hal-hal peribadi hingga mengetepikan bab-bab bangsa dan agama? Binggung bila memikirkan perangai manusia 'moden' dan kononnya 'terbuka dan adil'. Namun, Tuhan pasti lebih mengetahui apa yang terjadi dan pasti ada hikmahnya untuk setiap perjuangan yang dilakukan untukNya.

Cuaca

Kata orang cuaca boleh mempengaruhi mood seseorang. Ada betulnya pendapat nih. Kalau cuaca terang, mood pun terus ceria. Tapi kalau cuaca gelap, gloomy maka mood pun jadi gloomy lah. Mulalah jadi malaskan! Tapi sebagai manusia, mood kita tak seharusnya bergantung kepada cuaca sahaja. Gloomy atau tidak, kita sendiri yang kena tentukan. Kita haruslah mencari jalan agar kita tetap segar dan ceria sepanjang masa. Macam orang tua-tua kata, kalau ada kemahuan disitu ada jalan.

Wednesday 15 July 2009

Ni masa pergi Largs. Dapat jugaklah tengok laut dan pantai. Walau tak dak pantai berpasir putih macam kat Pulau Kapas tu.

Car boot

Kalau nak tahu, benda paling glamer kat sini ialah car boot sale. Cukup glamer dikalangan rakyat tempatan dan juga student-student malaysia. Pantang ada car boot je, pasti dapat jumpa rakyat rakyat malaysia. Apa taknya, kat sini lah diaorang nak beli barang yang canggih-canggih dan murah. Kalau kat Malaysia, harga barang-barang tu berbelas-belas ribu. Kat sini murahlah sebab terpakai. Murano, Royal Albert, Royal Doulton, Wedgewood, Royal Stafford dan macam-macam lagilah. Italian Furniture pun ada. Punya lah hebat. Banyak orang kat sini siap bawa beg troli lagi sebab nak beli barang banyak. Berat! Tak larat nak jinjing!!!!

Kami pun belajar lah beli benda-benda tu kat sini. Dah abang kakak kata murah!!! Rasa-rasanya nanti balik kena lah bawa balik kontena.

Liku hidup

Orang tua-tua selalu berkata, dalam hidup pasti banyak onak dan duri. Inilah yang aku alami sejak menjejakkan kaki dibumi scotland ni.

Pertama kali sampai, aku terkejut dengan suhu dibawah paras beku! SEJUKnya Ya Rabbi.... tuhan je yang tahu....mengigil walau dah pakai pakaian panas berlapis lapis.... nasibku pulak agak kurang elok pada hari tu, kena tahan dengan polis airport. Nak tahu pasal apa.... sebab katanya tak boleh ambil gambar kat airport. Puaslah aku menjawab dengan mereka... bahawa yang kami ni baru sampai.... jadi teringin nak ambil gambar kat airport. Setahu aku kat KLIA tak pe pun ambil gambar, tapi kat sini lain pulak. Lepas soal siasat dan butir-butir kami diambil kami pun menuju ke ruang menunggu. Punya terkejut, nama international airport tapi punya la teruk dan kecil. Airport kepala batas lagi canggih!!!!! Hidup Kepala batas!!!Lepas tu, orang yang sepatutnya datang menjemput tak nampak muka....puas tunggu dekat 2 jam... batang hidung pun tak nampak....akhir sekali, apalagi alternative baru, telefon rakan seperjuangan yang kebetulan ada dirumah. Kesian kat kawan tu, terpaksalah jemput kami di airport. Lepas makan kami pun dihantar ke sebuah rumah sahabat untuk bermalam. Esoknya kami berjaya mendapatkan rumah sendiri!!!!!! Lega!!!

Tapi masih ada kejutan!!! Dulu sebelum menjejakkan kaki dibumi glasgow ni, ingatkan dapat duduk rumah 'english cottage' dan kami harapkan suasana yang 'English'. Alangkah terkejutnya bila diberitahu bahawa di Glasgow banyak rumah Flat! dan tempat ini dipenuhi dengan warga pakistan yang sudah menetap lama. Kalau kawan-kawan nak tahu, datang sini macam pergi Pakistan lah!! Payah jugak nak jumpa orang putih. Rumah pulak, kecil, sempit dan mahal. Pathetic!! Bayangkan, saiz rumah cuma sebesar bilik office yang dibahagi 4. Ya Allah, tuhan je yang tahu perasaan tika itu- nak menangis, sedih, tension. Mulalah rasa nak balik! Kawasan sekitar pun tak condusive langsung! Selalu diganggu oleh insan-insan yang pelik dan selalu mabuk!! Tingkap, pintu selalu diketuk oleh orang-orang mabuk dan budak-budak jahat. Bayangkan, mana tahan bila orang suka buang sampah depan pintu rumah kita. Tension! Tak termasuk bulu-bulu anjing lagi yang bersepah-sepah. Setiap kali nak buka pintu rumah, pasti ada anjing yang terpacul depan pintu. Anjing pulak tok sah nak cerita.... banyak betul... besar besar pulak tu! Takut dibuatnya. Lama-lama baru tahu yang kawasan ni black area. Banyak kes. Patutlah banyak orang bergaduh. Selalunya geng-geng Checzh lah. Malam-malam pulak, orang atas selalu berdisko. Pasang lagu punya lah kuat! Berdangdut kot! Memang tension. Tapi nak tak nak duduk jugaklah selama 6 bulan. Bertahan je lah. Nak buat macam mana. Kalau tak cukup tempoh deposit hangus. Nak menghilangkan gundah gulana, tu yang asyik berjalan je, sana-sini. Tapi bila nak balik, ingat rumah, tension giler.

Bab-bab makan pulak, kami pandai-pandai explore sendiri. Makanan halal tak susah tapi banyak makanan pakistanlah- kari, kurma, chapati, ayam tandoori, kambing etc. Seafood susah sikit nak cari. Kecuali sesiapa yang ada kereta tu boleh lah pergi jauh sikit. Dapatlah cari seafood. Kami pun belajar-belajarlah makan makanan pakistan kat sini. Kata orang 'masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek'. Kami pun ikutlah pepatah tu.... lama-lama mana boleh jadi, cari punya cari, jumpalah Chung Ying (kedai cina). Apalagi dapat lah beli belacan dan barang-barang oriental. Ikan masin, sotong kering semua ada. Lega betul! Tak lah tension sangat.

Baru-baru ni, pindah rumah. Legalah sikit. Bermulalah hidup baru di sini. Barulah ada privacy walaupun masih rumah flat. Kali ni kami duduk tingkat 3. Rumah pun, luaslah sikit daripada rumah lama tu. Bolehlah nak bergerak dan bernafas. Tak dak sapa boleh kacau lagi. Lagipun, di sini banyak mat saleh. Ok lah sikit.

Sekarang barulah boleh concentrate nak study ke apa ke. Harap-harap nanti bolehlah catch up. Jarak rumah dengan uni pun tak jauh. Bolehlah. Supervisor pun ok lah. Boleh tahan walaupun dia tu cerewet sikit. Tapi dia baik gak.

Sebenarnya, tak seronok mana pun datang sini walau masa kat malaysia tu ramai kata best. Tak tau lah. Mungkin pengalaman dan waktu yang membezakan. Lepas ni, jangan haraplah nak datang Glagow lagi. Tak mau!!! nak mengaji pas tu balik cepat-cepat!!!!






yang ni pulak sibuk tunggu fountain.......walaupun tak dak ikan kap macam kat malaysia tu... tapi bolehlah....


Jalan jalan



Semakin hari semakin timbul rasa gelisah dan bosan.... jadi timbul rasa di hati untuk menghiburkan hati yang gundah. Apa lagi jalan-jalan lah....ni lah gambar yang sempat diambil untuk tatapan teman-teman


sinar

Baru nak berjinak-jinak dengan dunia yang aku sendiri tak pasti........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...