Search This Blog

Tuesday 12 October 2010

Sindrom pasca peradaban

Dear all,

Below is an interesting article by S. M Zakir which i'd like to share with all of you out there. Happy reading!!




ARKIB : 10/10/2010

Sindrom pasca peradaban

Manusia dalan kategori ini menurut Bennabi, tidak lagi tahu untuk mencapai tujuan hidup mereka dengan tidak tahu titik mereka bermula dan tidak tahu titik mereka harus berakhir. Mereka menjadi 'titik yang tergantung' dalam perkembangan sejarah dan peradaban. Malek Bennabi memberikan alegori manusia mediocre ini ibarat 'penggembala tanpa ternakan dan petani tanpa tanah serta bajak'. Manusia mediocre ini adalah manusia yang tercampak keluar daripada dimensi aktif peradaban atau disebut Bennabi sebagai al rajul al kharij min al hadara.
Malik Bennabi menyatakan masyarakat pasca peradaban yang terperangkap oleh sindrom pertengahan ini seperti air yang keluar dari tangki atau kolah yang tidak berguna lagi setelah membasuh kotoran. Ia tidak boleh masuk kembali ke dalam tangki, sepertimana manusia yang telah tercampak keluar tadi (al rajul al kharij min al hadara) tidak boleh lagi masuk ke dalam peradaban lantaran telah lumpuh pemikiran mereka. Maka mereka hanya mampu menjadi pengekor kepada sejarah dan bukan pencetus kepada sejarah.
Sebenarnya Malik Bennabi merujuk keadaan ini kepada masyarakat Islam yang runtuh dan lemah setelah jatuhnya umat Islam ke bawah penjajahan Barat. Beliau mengkaji sejarah kejatuhan umat Islam dan melihat titik kejatuhan itu bermula apabila umat Islam yang hidup dalam kegemilangan perlahan-lahan mula lumpuh pemikiran dan kerohanian mereka oleh kerana terperangkap dalam sindrom pertengahan itu. Seterusnya mewujudkan umat Islam sebagai masyarakat mediocre, yakni hilang daya intelektual, moral, jatidiri yang menjadi penyangga tamadun Islam.
Banyak sebab yang mengakibatkan merebaknya sindrom pertengahan ini. Bahkan ia muncul dalam konteks dan milieu masing-masing. Sindrom pertengahan yang merebak di Malaysia, khususnya dalam masyarakat Melayu juga mempunyai sebab dan akibat daripada konteks ekonomi, politik dan sosial yang berlangsung dari dekad ke dekad.
Namun sindrom pertengahan yang merebak dalam dunia sastera yang akhirnya melahirkan sastera mediocre adalah akibat daripada kegagalan ahli-ahli sastera mengembangkan sastera serius yang mengangkat pemikiran-pemikiran baru. Sepertimana yang disebut tentang kompromi terhadap citarasa pembaca, sifat populis, dan sentimen nostalgik telah menjadikan sastera Melayu semakin kecil dan lembik. Keberanian memberontak, melanggar konvensi dan meneroka pemikiran baru yang kompleks sering berbentur dengan elemen-elemen yang membentuk jiwa mediocre tadi.
Ketaksuban
Ia akhirnya mendorong ke arah penulisan sastera ringan, popular ataupun sastera yang terperangkap dalam ketaksuban diri. Adalah keterlaluan untuk merendahkan penulisan sastera ringan dan popular atau nostalgik dan sebagainya itu. Namun membiarkan sastera Melayu reput dalam rumah kayu yang usang adalah suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku.
Dalam mencari titik kekuatan sastera melalui pelbagai strategi termasuk berkompromi dalam bentuk-bentuk ringan dan popular, ahli-ahli sastera tidak seharusnya mengecilkan ruang kepada kehadiran sastera serius yang mengangkat pemikiran atau tema yang kompleks. Begitu juga dalam mencari jatidiri sastera melalui kecintaan terhadap alam tradisi tidak seharusnya menjadikan nostalgia dari era lepas sebagai titik kepada penilaian mutu sastera.
Ini adalah kerana sikap yang berlebih-lebihan terhadap dua perkara ini hanya akan melahirkan sastera mediocre yang tidak memberikan ruang kepada perkembangan pemikiran serta bentuk yang baru dan kompleks dalam dunia sastera. Pemikiran yang kompleks sepertimana kata Malik Bennabi adalah permulaan kepada metodologi dan pemikiran saintifik yang menjadi asas kepada pembangunan tamadun. Sebaliknya sindrom pertengahan yang mengalah kepada tuntutan mediocre hanya akan membentuk peradaban kebendaan yang kosong (thingness civilization) atau disebut Malik Bennabi sebagai hadara shayiyya.
Pembangunan prasarana intelektual melalui penulisan sastera yang serius, kompleks dan mengangkat pemikiran masa hadapan perlu menjadi keutamaan ahli-ahli sastera yang bijaksana pada masakini, sekaligus mengurangkan dominasi sastera mediocre yang semakin membarah dalam dunia sastera mutakhir.

Wednesday 29 September 2010

Ilham Sang Pujangga

Article yang sangat menarik yang saya fikir perlu untuk dikongsi bersama semua... happy reading.


ARKIB : 26/09/2010 Utusan Malaysia

 

MAAF, saya bukan orang yang layak untuk itu. Saya sudah lama berhenti menjadi seorang penulis. Bahkan, sudah bertahun saya tidak menulis walau sebaris puisi pun. Bertahun ini, dunia saya adalah dunia akademik berkaitan psikologi. Kalau kamu mahu berdebat tentang Teori Kelaziman Abraham Maslow, kepercayaan purba Jean Paul Sarte atau sama-sama mencincang pegangan Vygotsky, ya saya boleh melebarkan jeda untuk itu. Tetapi tidak untuk ini.”
Bebola mata Dzulizah tampang ke ruang meja yang berselerak. Penat menaiki komuter dari Seremban ke Serdang masih belum hilang, peti kerongkongnya seperti mahu menggagau apabila hasratnya ditolak Profesor Aminuddin mentah-mentah. Namun, dia sedar usaha tanpa mengenal erti putus asa dan mengalah pasti merubah segala dan dengan itu dia memberanikan diri membuka bicara.
“Tuan, saya pinta jasa baik tuan untuk membantu saya. Kalau pun pertemuan yang diselimuti ketergesaan ini bukan hanya untuk memastikan saya lulus dalam tesis kerja kursus tahun akhir saya, setidak-tidaknya bukankah ia juga amal jariah berguna melalui perkongsian ilmu? Saya terpanggil untuk membuat kajian dan membahaskan beberapa pandangan tokoh akademik tentang sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Dan, saya yakin tuanlah orangnya kerana bidang pengajian tuan adalah berkaitan dengan perkembangan awal sastera moden negara. Malah, saya tahu, tuan merupakan seorang penulis yang hebat pada dekad 70-an.” Balas Dzulizah. Pandangan mata gadis kacukan Bajau-Banjar ini bagai berkecai jatuh ke lantai, reaksi spontan seorang insan yang menagih simpati.
“Apa yang kamu harapkan daripada saya? Saya bukanlah seorang penyair agung. Saya tidak fikir saya dapat membantu kamu menyiapkan tugasan kamu itu. Pergilah cari orang lain yang jauh lebih berkelayakan. Benar, memang saya pernah akrab dengan dunia penulisan puisi suatu waktu dahulu, tetapi tidak sekarang. Walaupun Ijazah Doktor Falsafah saya adalah dalam bidang ini, namun saat ini saya lebih selesa mendalami ilmu psikologi pendidikan. Sudah lama saya meninggalkan dunia sastera ini. Malah, sejak bertahun dahulu saya mula berpandangan pesimis terhadap dunia ini.”
“Pesimis? Maksud tuan? Tuan, kerja menulis bukanlah satu kerja yang hina. Berapa banyak keruntuhan peradaban dunia bermula daripada coretan setinta pemikiran dari panahan sebatang pena sasterawan? Sejarah telah membuktikan, betapa empayar Greek, Babylon, Turki Uthmaniyah, China, dan India, malahan Kesultanan Melayu Melaka sendiri mengalami keagungan dan keruntuhan hasil daripada tulisan-tulisan yang merupakan senjata penyebaran pemikiran dan falsafah.
Tulisan-tulisan itu nyata berkuasa untuk membina dan menumbangkan walau sebuah kerajaan terhebat di dunia sekali pun. Ya, jangan lupa juga deklarasi kemerdekaan kita yang digerakkan oleh penulis-penulis yang tegar menyebarkan pemikiran anti-penjajah dan komunis. Nama-nama seperti Usman Awang, Pak Sako, Asraf, Rahim Kajai dan A. Samad Ismail merupakan tokoh legenda dalam usaha ini. Mereka insan yang membakar semangat juang bangsa kita untuk menentang penjajah.”
II
“MENGAPA sukar sangat untuk Walid menerima abang, Idah?" bicara Aminuddin bersenandung melankolik. Irama pilu. Gelagat sepasang anak kecil berbangsa Iran yang berkelahi tidak sedikit pun mencuri pandang.
“Pada Walid, penulis itu golongan yang tidak punyai masa depan. Golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Alasan Walid, Walid tidak mahu Idah hidup susah. Walid tidak mahu Idah merempat sekiranya bersuamikan seorang penulis. Kata Walid, berapa sen sangatlah duit honorarium yang diperoleh seorang penulis. Tidak seberapa, dan kalau ada pun hanya cukup-cukup makan.” Kornea mata Faridah berkaca. Titis jernih seperti berebut-berebut mahu mengalir keluar, namun tersekat dek emosi yang masih bisa dikawal.
“Tapi, bagaimana dengan kita? Cinta kita? Abang tahu, sebagai seorang penulis abang tidak mempunyai pendapatan tetap. Apa lagi nak sara kehidupan kita. Wang hantaran pun entah dapat entah tidak abang sediakan. Tapi Idah cuba yakinkan Walid. Yakinkan dia, yang abang akan bekerja keras untuk kehidupan kita. Menjadi seorang penulis memang tidak dapat menjamin kekayaan material, tetapi abang puas apabila abang dapat memberi kekayaan pemikiran dan pandangan kepada orang lain. Lagi pula, untuk menjadi terkenal kita perlu gigih berusaha. Bermula dari bawah, dan berdikit-dikit mencipta nama. Bila sudah ada nama, barulah dipandang tinggi dan kepakaran kita diperlukan. Kemudian, bila kita pakar dalam sesuatu bidang, barulah ada pendapatan yang tetap. Bila duit..”
“Cukuplah abang. Idah dah puas mendengar angan-angan abang. Telinga Idah dah naik pekak mendengar segala cemuhan orang, terutama Walid dan Ummi. Mereka seperti tidak merestui cinta kita. Sindir mereka, " apa dikenang keramaian raja, andai pakaian compang di sini sana”.
Aminuddin tertunduk kaku. Betapa pilu hati terasa dek sindiran sedemikian rupa. Dia kini berbelah bahagi. Antara dua cinta di hati. Cinta kepada dunia yang miskin pulangan harta majazi, tetapi menjamin keberkatan hakiki atau cinta kepada srikandi yang bertakhta di hati, namun bergelora cabaran yang melintangi. Dia pasrah dan sungguh, apa sahaja keputusan Idah, dia akan menerima dengan hati yang terbuka.
“Jadi, Idah nak tamatkan semuanya di sini?" soal Aminuddin. Hatinya kini luruh dengan dedaunan pilu yang berguguran di perdu rasa. Dia melihat Idah menganggukkan kepala. Kelibat kanak-kanak Iran sudah lama tiada, dan membentangkan persekitaran sepi, sesepi perasaan di hatinya.
“Idah minta maaf abang. Barangkali takdir telah tertulis bahawa antara kita tidak ada jodoh yang tercipta. Apa pun, teruskanlah langkah perjuangan abang dalam bidang penulisan jika itulah iktiqad dan kepercayaan abang. Al-Khindi pernah berkata, " sesuatu pekerjaan itu, andai dilaksanakan dengan istiqamah, ia adalah sebaik-baik amal dan jariah”. Idah tak pernah menghalang, malah cukup menggalakkan dan gembira andai kejayaan itu milik abang. Maafkan Idah, abang. Idah terikat dengan fitrah cinta. Cinta kepada ibu bapa memaknai segala-galanya, dan yang paling perlu diutama.”
Laksana serpihan kaca yang jatuh berderai dan berkecai, begitulah hati Aminuddin yang dipenggal dek kekusutan kewarasan akal. Baginya, kenyataan Idah pada hari ini merupakan talian penamat kepada hubungan cinta mereka. Cinta yang penuh tanda tanya dan berepisodkan kepiluan hingga ke akhirnya.
III
“Tuan, tuan tak apa-apa?” Soalan Dzulizah menebarkan helaian kenangan silam yang tadinya berkeping-keping berterbangan di indera memorinya. Maha Suci Allah, betapa dia terlupa pada tetamu seorang ini yang sewajarnya dia layan dengan sebaik-baiknya.
“Ah, saya tak apa-apa. Maaf, saya berfikir tentang sesuatu. Arwah isteri saya juga pernah membuat penyelidikan tentang proses kemerdekaan negara. Em, baiklah, saya boleh membantu awak. Tapi saya harap awak dapat memanfaatkan hasil perbincangan kita nanti sebaik-baiknya. Em, apa tajuk penulisan tesis awak?" soalan Profesor Aminuddin membuka cermin perbincangan yang memantulkan harapan. Tanda yang menunjukkan saat yang baik untuk menjuruskan permulaan yang memberangsangkan.
Sejarah
“Kesusasteraan Melayu Moden: Perkembangan Sejarah, Transisi Pemikiran dan Budaya. Saya perlu meneliti beberapa perkembangan penting dalam sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Barangkali beberapa tokoh dunia penulisan di Malaysia pada dekad tersebut, karya-karya yang telah dihasilkan, atau apa sahaja yang berkaitan.” Lancar sahaja bicara gadis ini terlontar. Sangat jelas pada gagasan dan konsepnya.
“Sebelum saya menceritakan lebih lanjut, apa yang perlu awak tahu ialah sejarah Kesusasteraan Melayu Moden bermula pada abad ke-19 atau lebih tepatnya pada tahun 1837. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau dikenali sebagai Abdullah Munsyi menjadi pelopor zaman ini. Beliau menumpahkan segala pengalaman beliau ketika belayar ke negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.” Tenang sahaja bicara awal Profesor Aminuddin membuka lembaran pengetahuan. Dzulizah mengangguk faham, sementara jemari runcingnya rancak menyalin setiap ujana kata yang dibutirkan.
“Em, mengapa kita boleh katakan bahawa Abdullah Munsyi merupakan pelopor awal zaman Kesusasteraan Melayu Moden, tuan?” jurai pertanyaan Dzulizah tergantung pada ranting persoalan.
“Soalan yang baik. Hal ini kerana karya yang dihasilkan oleh beliau telah menyimpang daripada trend karya pada zaman yang sebelumnya. Contohnya, karya beliau yang bertajuk Kisah Pelayaran Abdullah bebas daripada unsur-unsur cerita dongeng, khayal dan mitos purba. Karya ini adalah satu karya realiti dan berpijak di atas bumi yang nyata.”
IV
“RAJA Ali Haji sangat menyanjung tinggi institusi beraja dan istana. Kerana itu hasil tulisannya tidak begitu radikal seperti karya-karya Abdullah Munsyi. Lihatlah, hanya selepas 25 tahun barulah Abdullah Munsyi mempunyai pengikut dalam alirannya.” Suara lantang Faridah mengundang perhatian beberapa kelompok mahasiswa di meja kafeteria kolej tanpa dipinta.
“Benar. Namun selepas 25 tahun, bukankah penulisannya telah membawa dimensi baru ke arah kemajuan sastera Melayu pada zaman moden? Ya, dan kerana itu Abdullah dikenali sebagai Bapa Sastera Melayu Moden. Deretan karyanya seperti Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Abdullah, Dawa‘il Kulub, Syair Kampung Gelam Terbakar cepat menempatkan beliau sebagai Bapa Sastera Melayu Moden” kali ini suara Aminuddin separuh berbisik. Barangkali segan lantaran kian banyak mata dan telinga yang mencuri dengar.
Faridah tersenyum pahit. Selalunya memang begitu. Setiap kali mereka berdebat tentang dunia sastera, dia selalunya tewas. Malah, dia akur bahawa Aminuddin mempunyai bakat bukan hanya merumus sejarah dan teori-teori berkaitan dengan dunia sastera, malah sangat tekal dan ampuh menulis. Tidak seperti dirinya yang hanya meminati, namun barangkali tidak cukup berbakat dan kurang usaha dan dorongan untuk mendalami dunia sastera yang satu ini.
“Abang, Ummi maklumkan kepada Idah semalam, Ishak mahu datang merisik minggu hadapan. Dan Walid setuju.” Deraian air mata jatuh seiring dengan bicara sebak Faridah yang ditahan-tahan. Aminuddin mengetap bibir. Apa lagi dayanya kini?
V
“Jadi, transisi pemikiran dan budaya dapat dilihat jika kita membuat perbandingan antara karya zaman moden dengan karya pada zaman yang terdahulu. Begitu tuan? Perbezaan ini mencakupi latar masyarakat, isu pokok dan pengaruh penjajahan yang membawa satu anjakan dalam perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden, bukan?"
Profesor Aminuddin tersenyum. Jauh di sudut hatinya, dia berbangga dengan gadis yang satu ini. Baru kini dia sedar bahawa anak muda di hadapannya ini seakan-akan jelmaan Faridah Hanum Ahmad Boestaman-seorang gadis yang pernah hadir sebagai sumber ilham dalam dunia kepujanggannya. Ah, meski dia cuba menepis tanggapan dan terkaan bahawa gadis di hadapannya ini adalah jelmaan Faridah, namun jauh di sudut hatinya dengan jujur dia terpaksa mengakuinya. Tunak dan alis mata, susuk badan, apatah lagi kepetahan menyusun bertih bicara berfalsafah. Semuanya, malah gaya gadis ini mengenakan tudung di kepala juga sama seperti mana Faridah mengenakan tudung. Oh Tuhan, mengapakah Kau pertemukan gadis ini denganku? Mengapa?"
" Terima kasih, tuan. Saya sangat menghargainya. Bantuan dan jasa baik tuan akan saya kenang sepanjang masa. Oh ya, penyelia saya berkirim salam kepada tuan. Em, sebelum saya meminta diri, saya harap tuan tidak keberatan untuk menurunkan tandatangan tuan di slip pengesahan ini. Slip ini perlu saya serahkan kepada penyelia saya sebagai bukti kehadiran saya di sini atas tujuan penyelidikan.” Balas Dzulizah sambil mengajukan sehelai kertas berwarna kuning.
Profesor Aminuddin tersenyum sebelum mencapai kertas kuning itu. Namun, riaknya berubah sebaik sahaja melihat sepotong nama di ruangan bawah kertas kuning tersebut.
" Profesor Faridah Hanum Ahmad Boestaman. Dialah penyelia, ibu, merangkap bapa kepada saya setelah bapa saya, Ishak Baharuddin meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu.” Balas Dzulizah yang serta merta menghulurkan sekeping kad nama dan disusuli dengan ulas senyuman manis yang berseri.

Sindrom mediocrity dalam sastera

Dear all,

An article worth sharing. i find there are truths in his arguments. I like his arguments and perhaps this article suggests that malaysians have to do something about this matter. let's ponder over this issue together....



ARKIB : 26/09/2010 Utusan Malaysia

 



SINDROM mediocrity atau sindrom pertengahan yang menyelimuti masyarakat dan seterusnya melahirkan masyarakat mediocre turut merebak dalam dunia sastera pada hari ini. Masyarakat mediocre adalah masyarakat yang hidup dalam tanggapan yang palsu dengan meletakkan tujuan hidup mereka semata-mata untuk menjalani rutin, berfikir secara mudah atau simplistik, menurut, menerima tanpa soal, dan mengakhiri hidup dengan seadanya.
Paling penting bagi mereka ialah mengelakkan kompleksiti dan menjalani rutin tanpa soal. Masyarakat mediocre ialah masyarakat mempunyai upaya yang sangat minimum untuk mencipta perubahan dan pembaharuan dalam kehidupan mereka. Selebihnya mereka menjadi masyarakat pengekor, penurut dan pembonceng kepada segala bentuk pemikiran serta perubahan yang dicipta atau dibawa oleh orang lain.
Secara umum masyarakat mediocre melahirkan manusia berjiwa kecil, lumpuh pemikiran, tiada keberanian meneroka dan tiada keyakinan jatidiri. Mereka gemar mengambil jalan tengah iaitu jalan mudah kepada setiap perkara dan tidak mahu lagi menggunakan daya fikir yang serius.
Sindrom pertengahan dilihat mula merebak dan menjadi barah dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. Kegemaran yang luar biasa terhadap hiburan kosong yang semata-mata memenuhi keriaan hati tanpa mempunyai motif kesedaran telah hampir melumpuhkan budaya tinggi yang wujud dalam masyarakat. Bermula dengan nyanyian dan muzik yang mencipta dunia hiburan kosong, ia merebak kepada filem, teater, budaya seperti dalam tarian, dan akhirnya dunia sastera.
Filem Melayu hari ini telah memperlihatkan bagaimana sindrom pertengahan ini merosakkan mutu, nilai serta pemikiran yang sepatutnya wujud sebagai inti jatidiri bangsa. Sebaliknya filem-filem Melayu dipenuhi sampah sarap bahan-bahan picisan, simplistik, dan murahan. Tidak ada satu pun pemikiran besar yang dapat dikutip daripada filem-filem Melayu yang termasuk dalam senarai kategori kutipan pecah panggung (box office) sejak hampir dua dekad terakhir ini.
Ini memberikan indeks tentang rendahnya pemikiran khalayak penonton filem Melayu begitu juga pembikin filemnya, sekaligus memperlihat betapa kroniknya sindrom pertengahan yang sedang melahirkan manusia mediocre tersebut. Hal yang sama berlaku dalam seni persembahan yang lain seperti teater, muzik dan sebagainya. Tentu ada pengecualian terhadap hasil-hasil yang benar-benar bermutu tetapi ia sangat kecil dan tidak mempengaruhi pergerakan citarasa masyarakat mediocre ini.
Indeks terhadap tahap pemikiran masyarakat Melayu dapat dinilai secara umum daripada kegemaran (kegilaan) luar biasa terhadap hiburan kosong seperti rancangan realiti hiburan di kaca televisyen, karnival hiburan, isu sensasi picisan, dan bahan hiburan bercetak mahupun elektronik. Sementara revolusi teknologi maklumat yang mewujudkan laman sosial, simulacrum dunia maya, dan capaian maklumat tanpa sempadan memperlihatkan indeks tahap pemikiran remaja-
remaja Melayu yang rendah.
Nilai
Semua ini menjelaskan betapa kritikalnya kelumpuhan nilai serta pemikiran dalam konteks masyarakat mediocre hari ini. Lebih malang sindrom pertengahan ini juga telah merebak dalam dunia sastera dekad mutakhir ini. Bermula dengan merebaknya novel-novel cinta popular yang ditulis untuk memenuhi citarasa perasaan dan khayalan palsu, ia kemudian merebak ke dalam penulisan sastera seperti cerpen, puisi dan novel sastera serius. Bahkan turut terkais dalam penulisan rencana, kajian serta kritikan sastera yang menyalin dan menerima pakai secara mudah pemikiran lain, khususnya keilmuan Barat.
Sebahagian sarjana sastera dan sasterawan mencari jalan tengah untuk berkompromi dengan bahan-
bahan sastera ringan seperti novel-
novel popular, dengan menerimanya sebagai hasil sastera. Ia tentunya tidak salah apatah lagi di atas alasan menarik dan meluaskan khalayak pembaca. Ia juga menjadi strategi yang baik untuk menarik masyarakat penggila hiburan kepada buku dan bahan bacaan. Sekurang-kurangnya dapat mendidik perasaan mereka kepada karya penulisan.
Tetapi malangnya kompromi ini berjalan sehala dengan desakan untuk melahirkan karya-karya bersifat popular, ringan, dan klise menenggelami upaya untuk melahirkan karya sastera serius. Sastera akhirnya ditekan untuk menjadi bahan penulisan yang main-main demi menghiburkan pembaca mediocre, dan bukan lagi penulisan serius yang melahirkan pemikiran besar.
Maka ahli-ahli sastera (sarjana sastera mahupun sasterawan) yang turut terperangkap dalam sindrom pertengahan kehilangan upaya untuk menggerakkan perubahan dan pembaharuan. Bagi mengatasi ketidakupayaan mereka ini, ahli-ahli sastera mula bergerak ke belakang mencari kegemilangan lama dan akhirnya bertapak mundur mencari alam nostalgia Melayu daripada cerita sawah bendang, desa permai, konflik tradisi-moden, sengketa tanah pusaka dan segala bentuk nostalgia dari zaman abad ke-20 dahulu.
Sekali lagi mencari alam nostalgia ini tidak salah, tetapi kesan akhirnya yang menutup dorongan untuk mencipta karya garda depan (avant garde) bagi meroboh konvensi dan status quo telah dibunuh secara klasik. Apabila karya sastera diarah untuk tinggal menetap terkurung dalam status quo sebegini, maka pemikiran-pemikiran baru tidak akan lahir. Lebih malang lagi secara perlahan-lahan ia melahirkan dunia sastera yang klise, berjiwa kecil, nostalgik, dan terasing daripada masyarakat. Peranan sastera sebagai pemangkin nilai dan pencerna pemikiran masyarakat pupus. Sastera akhirnya wujud sama ada sebagai hiburan kosong ataupun arkaik klasik di muzium.
Sindrom pertengahan ini mempunyai kesejajaran dengan apa yang disebut oleh Malek Bennabi terhadap sifat masyarakat pasca-peradaban (post-civilized society) atau mujtama’ ba ‘da al-hadarat. Beliau menyatakan tentang keadaan masyarakat yang cenderung untuk hidup dalam ‘kekosongan’ (no thingness), mengekor dan lumpuh pemikiran. Hidup di dalam ‘kekosongan’ (atau tidak punya apa-apa) ini bagi beliau adalah akibat daripada keadaan masyarakat yang diserang oleh sindrom pertengahan, diikat oleh kegemaran berhibur dan tidak lagi mahu berfikir.
Pada peringkat ini Bennabi menyetujui apa yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun bahawa semakin besar (takdis) ikatan kebendaan dan pengejaran kepuasan untuk memenuhi kemewahan hidup membawa kepada kemerosotan rohani dan intelektual. Pada peringkat ini manusia berada dalam keadaan untuk hidup mengambil jalan mudah, fikiran ringan, dan rutin tanpa soal.

Sastera Melayu jambatan perpaduan

Dear All,

An article worth sharing.... happy reading


ARKIB : 12/09/2010 Utusan Malaysia


Sastera Melayu ialah teras sastera kebangsaan Malaysia. Sastera Melayu yang lahir dan tumbuh subur sejak zaman-berzaman telah membuktikan keupayaannya mengungkapkan pelbagai persoalan, baik kemasyarakatan mahupun kenegaraan. Dua buah karya agung yang penting dan terkenal ialah Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Kedua-duanya merakamkan pelbagai sisi kehidupan manusia Melayu dan masyarakatnya, serta susur galur kerajaan dan sistem pemerintahannya dengan begitu teliti dan terperinci. Dengan itu, kita kini mengetahui status sosialnya, aktiviti kehidupan masyarakat dan sistem pentadbiran negaranya, selain menikmati nilai estetiknya sebagai karya sastera yang sangat indah.
Keupayaan mengungkapkan sejarah kehidupan dan kenegaraan sebagaimana yang disebutkan di atas telah menjadi tradisi yang kukuh dalam kesusasteraan Melayu. Dalam era yang lebih terkemudian, sastera Melayu telah membuktikan keupayaannya mengungkapkan denyut nadi kehidupan dan hasil interaksi antara masyarakat, termasuk hubungan manusia dengan alam, dan kesan perubahan-perubahan budaya baharu yang melanda.
Dalam konteks inilah karya sastera menjadi wadah yang penting untuk merekodkan pelbagai hal yang menyentuh kehidupan masyarakat Malaysia di samping memancarkan sistem pemerintahan, ekonomi, budaya, pendidikan, dan lain-lain, sesuai dengan kedudukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik. Masyarakat ini mengamalkan pelbagai budaya warisan dan menuturkan berjenis-jenis bahasa, sama ada secara lisan mahupun penulisan.
Selain itu, masyarakat majmuk ini mengamalkan agama yang jauh berbeza antara satu sama lain, misalnya orang-orang Melayu menganut agama Islam, sebilangan orang Cina dan India menganut agama Kristian, manakala yang lain mempercayai ajaran Buddha, Hindu dan Taoisme.
Sejak awal abad ke-20, semua yang dinyatakan di atas telah menjadi bahan garapan yang begitu menarik oleh para pengarang. Sajak Gurindam Dengan Angan-Angan yang dikarang oleh Omar Mustaffa pada tahun 1913 menunjukkan kecenderungan mengungkapkan realiti kehidupan sosial masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, terutama Melayu dan Cina.
Walaupun sajak ini memberi peringatan kepada orang-orang Melayu supaya jangan terus leka kerana kemajuan bidang ekonomi menuntut mereka supaya bekerja keras, dengan membandingkannya dengan pencapaian orang-orang Cina, sajak ini tidak menunjukkan apa-apa sikap permusuhan. Realiti masyarakat berbagai-bagai bangsa rupa-rupanya sejak lama dahulu telah dikutip untuk dihidangkan dalam karya seni. Cara ini membolehkan pembaca memahami keadaan sebenar masyarakat.
Pada sekitar tahun 50-an, Usman Awang mengungkapkan banyak perkara yang berkaitan dengan hubungan antara kaum. Dalam sajak-sajak Anak Jiran Tionghoa, Suasana, Pemuda dan Gadis Tionghoa, Penjual Pisang di Kaki Lima, misalnya dikisahkan hubungan antara kaum Melayu dengan Cina dengan begitu halus.
Karya seperti di atas bukan terhenti setakat itu. Dalam penulisan cerpen, novel dan drama, pengungkapan kehidupan masyarakat berbilang kaum, keharmonian, perpaduan dan interaksi yang aktif antara mereka tersaji untuk tatapan khalayak. Melalui penghayatan terhadap karya-karya tersebut, khalayak dapat meraih pemahaman tentang erti perhubungan yang harmonis dan masyarakat yang sejahtera.
Dalam novel-novel Melayu yang pernah dihasilkan, seumpama Salina oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, terdapat watak-watak yang berketurunan Cina dan India yang hidup bersama-sama dengan orang-orang Melayu. Dalam karya-karya Jong Chiang Lai, pengarang mapan Sarawak, diperkenalkan watak-watak berketurunan Iban dan Melanau.
Amil Jaya, pengarang mapan Sabah, pula menggunakan banyak watak berketurunan KadazanDusun dalam karyanya. Semua ini membuktikan bahawa sastera Melayu berupaya memberi pemahaman yang besar dan luas tentang kehidupan dan aspirasinya serta suka duka masyarakat. Pemahaman ini dapat menjadi jambatan penghubung yang ampuh kepada para pembaca dalam mengukuhkan penghayatan semangat 1Malaysia.
Pemahaman dan penghayatan semangat 1Malaysia sebenarnya tidak terbatas kepada saling mengenali dalam kalangan antara kaum di Malaysia sahaja, akan tetapi ia menuntut pemahaman yang lebih mendalam terhadap budaya sesuatu kaum, agama anutan, dan falsafah kaum tersebut. Dalam hubungan inilah karya sastera, baik puisi (sajak) mahupun cerpen, drama dan novel mampu menjadi wadah pengucapan yang ampuh.
Melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad, sebagai contoh, pembaca dibawa mengikuti dengan penuh keharuan tentang kehidupan keluarga Lahuma dan Jeha, iaitu petani miskin di Banggul Derdap. Melalui novel ini, pembaca disedarkan bahawa bangsa Melayu amnya atau golongan petani khususnya menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam kehidupan mereka. Ertinya, bukan semua orang hidup selesa tanpa menghadapi apa-apa masalah atau kesusahan.
Novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman pula secara kasarnya menceritakan budaya masyarakat Melayu yang mempercayai perubatan tradisional, yang menjalankan aktiviti kesenian, dan terdedah juga kepada pelbagai permasalahan hidup.
Sebagai kesimpulan, sastera Melayu yang menjadi sastera kebangsaan Malaysia sangat sesuai dihayati dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Pada hari ini, hampir seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang memperoleh pendidikan formal melalui sistem pendidikan negara dapat membaca, memahami dan menguasai bahasa Melayu. Mereka juga sudah tentu dapat menghayati hasil sastera Melayu. Seandainya semua pihak mengambil langkah yang proaktif menjadikan sastera Melayu bahan bacaan utama seisi keluarga, sudah tentu ia meninggalkan kesan pemahaman yang mendalam tentang pelbagai aspek sebagaimana yang telah nyatakan, yang kelak membantu membina kesedaran yang besar dalam konteks perpaduan bangsa Malaysia di negara yang indah dan gilang-gemilang ini.

Monday 27 September 2010

"KAMU AKAN BERSAMA ORANG YANG KAMU CINTAI"

by "KATA-KATA HIKMAH" on Monday, 28 June 2010 at 10:49


"KAMU AKAN BERSAMA ORANG YANG KAMU CINTAI"


Anas bin Malik radhiyallahu’anhu menceritakan bahwa suatu ketika -dia bersama Nabi sedang keluar dari Masjid- ada seorang Arab Badui -di depan pintu masjid- yang berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Kapankah hari kiamat terjadi?”.

Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya,
“[Celaka kamu] Apa yang sudah kamu persiapkan untuk menghadapinya?”.

Ia menjawab,
“Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Nabi bersabda,
“Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.”


Anas berkata,
“Tidaklah kami merasa sangat bergembira setelah masuk Islam dengan kegembiraan yang lebih besar selain tatkala mendengar sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” Maka aku mencintai Allah, cinta Rasul-Nya, Abu Bakar, dan Umar. Aku pun berharap akan bersama mereka -di akherat- meskipun aku tidak bisa beramal seperti amal-amal mereka.”

(HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim [8/234-235], kata-kata dalam tanda kurung diambil dari riwayat Bukhari)



Hadits yang agung ini menyimpan berbagai pelajaran berharga, di antaranya:

1. Hadits ini menunjukkan keutamaan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam (lihat Syarh Muslim [8/234]).

2. Bolehnya memberikan jawaban tidak sebagaimana yang diinginkan oleh penanya, apabila jawaban yang diinginkan itu kurang bermanfaat/tidak penting bagi si penanya

3. Keutamaan beriman kepada hari akhir, bahwa hal itu akan mendorong manusia untuk mempersiapkan diri sebelum menghadapinya. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan hendaknya setiap jiwa memperhatikan apa yang sudah dipersiapkannya untuk menyambut hari esok.” (QS. Al-Hasyr: 18). Di antara buah keimanan kepada hari akhir adalah: menumbuhkan semangat berbuat taat karena mengharapkan pahala di akherat serta memunculkan rasa takut berbuat maksiat karena khawatir tertimpa siksaan di akherat (lihat Nubdzatun fil ‘Aqidah, Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah, hal. 46)

4. Hadits ini menunjukkan besarnya semangat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menunjukkan kebaikan kepada umatnya, sehingga hal itu mendorong beliau untuk mengalihkan jawaban pertanyaan itu kepada sesuatu yang jauh lebih bermanfaat bagi si penanya

5. Hadits ini juga menunjukkan bahwa terkadang seseorang memandang bahwa sesuatu itu penting baginya padahal sebenarnya bila dilihat dengan kacamata syari’at maka tidak seperti yang dia sangka

6. Seorang yang memberikan jawaban atas pertanyaan hendaknya mempertimbangkan maslahat dari jawaban yang diberikan olehnya bagi si penanya

7. Bekal untuk menghadapi hari kiamat adalah keimanan, bukan dengan semata-mata banyaknya harta, ketinggian pangkat, dan banyaknya keturunan. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Pada hari itu tidak berguna harta dan keturunan kecuali bagi orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat.” (QS. asy-Syu’ara’: 88-89)

8. Kegembiraan yang dirasakan para sahabat dengan mendengar Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam

9. Kebahagiaan yang hakiki itu akan diperoleh bersama dengan Islam dan Sunnah. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku maka dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.” (QS. Thaha: 123)

10. Hadits ini menunjukkan bahwa para sahabat memahami kalau kemuliaan derajat manusia tidak diukur dengan materi atau parameter duniawi yang lainnya, namun dengan iman dan amalnya. Oleh sebab itu Anas bin Malik radhiyallahu’anhu menjadikan Abu Bakar dan Umar -dua orang terbaik setelah Nabi- radhiyallahu’anhuma sebagai sosok yang lebih dicintainya daripada yang selainnya



11. Hadits ini menunjukkan bahwa para sahabat mencintai sahabat yang lainnya karena keimanan dan amal soleh mereka

12. Hadits ini menunjukkan bahwa lafaz ‘man’ (isim maushul/kata sambung yang berarti ‘orang yang’) menunjukkan makna umum, mencakup siapa saja yang tercakup di dalamnya (lihat al-Qawa’id al-Fiqhiyah karya Syaikh as-Sa’di rahimahullah, hal. 46, Syarh Ushul min Ilmi Ushul Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah, hal. 196-197). Demikianlah yang dipahami oleh para sahabat sebagai orang Arab. Hal itu sudah bisa mereka pahami sebelum adanya bidang ilmu khusus yang disebut dengan ilmu ushul atau qawa’id fiqhiyah. Dan ini merupakan salah satu pedoman berharga dalam madzhab salaf (lihat Ma’alim Ushul Fiqh ‘inda Ahlis Sunnah, Muhammad Husain al-Jizani, hal. 422). Oleh sebab itu Anas bin Malik menanggapi sabda Nabi “Kamu bersama dengan orang yang kamu cintai” dengan ungkapan, “Maka aku mencintai Allah, cinta Rasul-Nya, Abu Bakar, dan Umar.” Beliau tidak membatasinya kepada Allah dan Rasul saja

13. Hadits ini menunjukkan bahwa cinta yang sejati adalah kecintaan yang dilandasi kecintaan karena Allah ta’ala.

14. Hadits ini menunjukkan bahwa kecintaan yang bermanfaat itu meliputi: [1] cinta kepada Allah -yang benar, bukan sekedar klaim-, [2] mencintai apa yang Allah cintai, [3] cinta karena Allah (hubb lillah wa fillah) artinya mencintai orang karena ketaatannya (lihat al-Qaul as-Sadid fi Maqashid at-Tauhid, hal. 97 dan ad-Daa’ wa ad-Dawaa’, hal. 214). Ibnul Qayyim berkata, “Cinta yang terpuji adalah cinta yang bermanfaat, yaitu kecintaan yang mendatangkan manfaat bagi pemiliknya di dunia dan di akheratnya. Cinta semacam inilah yang menjadi sinyal kebahagiaan. Adapun cinta yang berbahaya adalah yang mendatangkan bahaya baginya di dunia dan di akheratnya, dan itu merupakan sinyal kebinasaan dirinya.” (ad-Daa’ wa ad-Dawaa’, hal. 229).

15. Bolehnya mengatakan ‘Celaka kamu’ sebagai bentuk teguran (lihat Kitab al-Adab dalam Shahih Bukhari hal. 1263-1264)

16. Keutamaan Umar bin Khattab radhiyallahu’anhu (lihat Kitab Manaqib Umar bin Khattab dalam Shahih Bukhari hal. 768-769). Hadits ini demikian juga menunjukkan keutamaan Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallahu’anhu

17. Hadits ini menunjukkan bahwa Abu Bakar dan Umar -radhiyallahu’anhuma- adalah orang-orang yang wajib dicintai, bukan dibenci atau bahkan dicaci maki! Sehingga hadits ini merupakan salah satu bantahan bagi kaum Syi’ah yang mencela para sahabat Nabi -terutama Abu Bakar dan Umar- bahkan sampai mengkafirkan mereka… Maha Suci Allah dari kotornya akidah mereka…

18. Orang yang bijak adalah yang bisa mengakui keutamaan orang lain atas dirinya. Sebagaimana Anas bin Malik mengakui keutamaan Abu Bakar dan Umar, semoga Allah meridhai mereka semua.

19. Hadits ini menunjukkan tidak adanya rasa hasad/dengki pada diri para sahabat satu dengan yang lainnya, bahkan mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah.

20. Bukti kecintaan kepada Allah adalah dengan mengikuti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Katakanlah: Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku.” (QS. Ali Imran: 31) (lihat Kitab al-Adab dalam Shahih Bukhari hal. 1265)

21. Bolehnya memberikan keputusan hukum atau fatwa ketika sedang berada di tengah jalan (lihat Kitab al-Ahkam dalam Shahih Bukhari hal. 1428)

22. Kehidupan di alam dunia ini adalah perjalanan menuju kematian, maka semestinya setiap orang mempersiapkan bekalnya untuk menghadapi kehidupan setelah kematian. Dan sebaik-baik bekal adalah ketakwaan. Oleh sebab itu Allah siapkan surga bagi hamba yang bertakwa.


Agar Istri Menjadi Pusat Perhatian Suami

Dear everyone,

I found this article which I would like to share with you. Happy reading. 

 

by "KATA-KATA HIKMAH" on Monday, 27 September 2010 at 08:30
 Seorang psikoterapis Doris Helmering menuturkan, “Wanita biasanya memiliki teman wanita yang akrab. Teman terdekat laki-laki umumnya adalah istrinya. Ini berarti, relasi harmonis dalam kehidupan rumah tangga sangat penting bagi laki-laki.”

Suatu hal yang telah cukup dikenal –baik dari sisi sosiologi maupun psikologi— semakin bertambah kedekatan seorang istri dengan suaminya, maka kebahagiaan keduanya akan semakin bertambah. Disebutkan bahwa, menurut para suami, faktor kebahagiaan rumah tangga adalah istri yang menjadi pendamping terbaik bagi mereka.

Dalam bukunya Menyelami Hati Wanita, Abdul Mun’im Qindil menyatakan bahwa untuk menjadi pendamping terbaik bagi suami, berarti istri harus berusaha menjadi pusat perhatian suaminya, dengan senyum manis senantiasa terkembang, pandangannya hangat penuh cinta dan tutur kata lembut penuh kemanjaan.

Dia harus selalu berusaha menjadi seorang bidadari di rumahnya.
Tubuhnya harum mewangi, wajahnya cerah, perilakunya lembut, dan tutur katanya mendatangkan kedamaian di hati,
sehingga suami benar-benar merasa bahwa rumahnya adalah SURGA yang penuh kenikmatan dan kesenangan.

Dia bagaikan bunga yang segar dan menyejukkan mata.
Hatinya bening sebening mata air pegunungan.
Senyumannya manis semanis telaga madu.
Wajahnya terang secerah bulan purnama.
Jika suaminya sakit, dia menjadi dokter pribadinya yang senantiasa setia menemaninya.

Jika dunia gelap di matanya, dia menjadi pelita yang siap menerangi jalannya.
Jika suami kehausan, dia menjadi pelepas dahaga yang menyejukkan.
Pokoknya, apa pun yang dilakukannya selalu menebarkan pesona di mata suaminya.
Kelemahlembutannya dalam memperlakukan suaminya sama dengan perlakuannya terhadap teman-teman dekatnya, penuh keakraban dan senda gurau.


…Untuk menjadi pendamping terbaik bagi suami, istri harus berusaha menjadi pusat perhatian suaminya. Dia harus selalu berusaha menjadi seorang bidadari di rumahnya…

Jadi, bagaimanakah caranya agar Anda menjadi pendamping terbaik suami? Di bawah ini adalah beberapa tips penting agar Anda bisa menjadi pusat perhatian suami, sebagaimana dinyatakan Muhammad Kamil Abdul Shamad dalam bukunya Haqa`iq Taghfulu ‘Anha Az-Zaujat:

1.  MENJAGA PERASAAN SUAMI

Peduli terhadap kebahagiaan suami dan mampu memperlihatkan serta menghormati cintanya merupakan fondasi keharmonisan sejati. Psikolog Marlin Roman menyatakan, “Manusia menyenangi orang yang bisa menjadikannya senang. Inilah yang harus diperhatikan dalam pendidikan dan pelatihan.”

Ketika Anda merasa tidak nyaman dan membenci teman Anda, maka Anda bisa saja menghentikan interaksi dengannya, sampai rasa benci itu hilang. Namun dengan suami, Anda tidak bisa menghentikan interaksi Anda dengannya. Sebesar apa pun kebencian Anda kepada suami, hanya karena dia mengabaikan beberapa hal yang sepele, maka Anda harus tetap berada di sisinya. Anda harus bersamanya ketika makan, bersenda-gurau dengannya, dan lain sebagainya.

2.  BERSABARLAH

Keberadaan Anda sebagai partner suami menuntut Anda untuk bersabar dalam segala hal. Rasulullah bersabda, “Orang muslim jika dia bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguannya, maka dia lebih baik daripada orang muslim yang tidak mau bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas gangguannya.” (HR. At-Tirmidzi: 2431, dishahihkan oleh Al-Albani. Lihat: Shahih Al-Jami’: 6651)

Ada sebuah kisah menarik tentang hal ini. Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i, melakukan perburuan. Karena terlalu asyik mengejar hewan buruan, dia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.
Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah kemah. Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan mendapati seorang penghuni wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita itu berkata, “Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada sisa minumanku. Kalau engkau mau, ambillah.”

Tiba-tiba wajah wanita itu tampak siaga. Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. “Suamiku datang,” katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan air minum dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih pas jika disebut “bekas manusia”. Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak henti-hentinya menghardik istrinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dengan khidmat, dan menuntunnya dengan mesra masuk ke kemah.

Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya kepada wanita itu, “Engkau muda, cantik, dan setia. Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk?”
Rasulullah bersabda bahwa agama itu terdiri dari dua bagian: syukur dan sabar…
Jawaban wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i. Perempuan tersebut berkata, “Rasulullah bersabda bahwa agama itu terdiri dari dua bagian: syukur dan sabar. Aku BERSYUKUR karena Allah telah menganugerahkan kepadaku usia muda, kecantikan, dan perlindungan. Dia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan setengah agamaku. Karena itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan setengahnya lagi, yakni BERSABAR.

3.  Pelajarilah Bahasa Suami

Laki-laki akan tetap berbicara tentang dirinya saat menceritakan pekerjaannya. Berbeda dengan keyakinan yang membudaya, bahwa laki-laki bicara mengenai dirinya melalui obrolan mengenai pekerjaannya. Istri harus paham ketika suaminya bercerita tentang pekerjaannya, maka sebenarnya dia juga sedang berbicara mengenai masalah-masalah pribadi yang sangat dalam.

Suami, misalnya, pulang ke rumah sambil marah-marah karena pimpinannya di kantor kurang menghargai kerja keras yang dilakukannya. Penyebab yang sebenarnya dia bersikap seperti itu mungkin karena dia takut pekerjaannya belum optimal. Jika Anda langsung menimpalinya dengan menyaranka agar dia siap menghadapinya, bisa menimbulkan reaksi yang tidak Anda harapkan dari dia, yaitu dia malah tidak mau bicara.

Maka sebaiknya Anda tidak bersikap seperti itu, tetapi ciptakanlah suasana lembut yang membuatnya lebih siap untuk menceritakan permasalahannya itu. Artinya, yang perlu Anda lakukan adalah diam mendengarkan ucapannya penuh konsentrasi. Karena pilar pertama relasi adalah mau mendengarkan.
…Islam telah menjadikan ketulusan seorang istri terhadap suaminya setara dengan jihad fi sabilillah dalam hal ganjarannya…

4.  Jangan Menambah Masalah

Terkadang, ketika teman Anda menghadapi masalah, mungkin Anda bisa menghadirkan kelembutan dan rasa simpati. Dengan demikian Anda telah membantu mengurai benang kusut permasalahan yang dihadapinya. Namun, tatkala suami Anda berada dalam kesulitan, Anda justru berbuat kebodohan yang menambah dia gelisah dengan menyampaikan pertanyaan-pertanyaan yang membebani, seperti: “Mengapa itu terjadi?”, “Apa yang akan engkau perbuat?”, dan lain sebagainya. Anda menyampaikan pertanyaan tersebut karena mengira cara itu adalah bentuk kepedulian kepada suami.

Namun sejatinya, dengan pertanyaan itu, Anda menuntut suami agar meyakinkan Anda bahwa segala sesuatu akan berjalan sesuai yang diinginkan. Hal ini menyebabkan dia menyesal telah memberi kepercayaan kepada Anda.

Suami selalu mengatakan, “Saya tidak suka menceritakan urusan pekerjaan kepada istri saya. Jika saya melakukannya, justru saya tidak dapat menuntaskan masalah yang saya hadapi.” Oleh karena itu, alangkah baiknya jika Anda mau menahan perasaan. Benar, cinta Anda begitu besar kepada suami, tetapi Anda gagal menjadi pendamping terbaiknya, karena cinta saja tidaklah cukup. Relasi harmonis sejati akan mendatangkan keintiman yang penuh dengan dinamika. Inilah yang membuat pernikahan menjadi sesuatu yang agung.

Istri muslimah yang shalehah hidup dengan suaminya sepenuh hati, sepenuh perasaan, sepenuh jiwa dan raganya. Perasaan dan pikirannya tidak pernah lepas dari pasangannya. Bukankah Islam telah menjadikan ketulusan seorang istri terhadap suaminya setara dengan jihad fi sabilillah dalam hal ganjarannya? Seorang istri bisa menadapatkan pahala ash-shiddiqin (orang-orang jujur dan tulus) jika selalu jujur dalam tindakan dan ucapannya. Dia juga bisa mendapatkan pahala al-abrar (ahli kebajikan) jika mampu memenuhi semua kewajiban terhadap suaminya. Dia juga bisa mendapatkan pahala asy-syuhada jika ia mampu melewati kesulitan dalam mengurus suami dan anak-anaknya.

…Rumah tangga yang baik bukanlah yang dipenuhi dengan perabotan mewah dan modern. Tapi rumah tangga kebahagiaan yang mampu menyatukan banyak hati yang disinari cinta dan kasih sayang, keserasian, kesetian, dan ketulusan untuk hidup berbagi suka dan duka dalam segala suasana…

Wanita memiliki kemampuan luar biasa dalam menciptakan kehidupan yang baik. Jika dia memiliki impian untuk menyulap rumahnya menjadi kebun surga yang indah, pasti dia mampu melakukannya dengan sedikit biaya. Rumah tangga yang baik bukanlah rumah yang selalu dipenuhi dengan perabotan mewah dan modern. Tapi rumah kebahagiaan adalah yang mampu menyatukan banyak hati yang disinari cinta dan kasih sayang, keserasian, kesetian, dan ketulusan untuk hidup berbagi suka dan duka dalam segala suasana. Betapa besar perhatian Islam dalam urusan cinta!

[ganna pryadha/voa-islam.com/dbs]

Monday 13 September 2010

Dear everyone,

I would like to apologize because I have not been able to update my blog for several weeks due to my workload. I will try to post something as soon as I can. Thanks for your patience.


Eid Mubarak everyone. Wa kullu aam wa antum bihair.....

Wednesday 8 September 2010

Hargai Isteri Anda

Dear all,

Recently I was happily blog walking and I found this interesting article by a Blogger named Snow White. SO, I would like to share her views about women with all my friends and readers.
Happy reading!


Hargai Isteri Anda

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Sunday 5 September 2010

Pedoman: Rebut ibadat malam Lailatul Qadar

Shall we remind ourselves with this article? Happy reading everyone!


Pedoman: Rebut ibadat malam Lailatul Qadar


2010/08/22 Mymetro


RASULULLAH SAW bersabda: “(Iaitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, serta pada malam terakhirnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Al-Quran diturunkan sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum ia diturunkan kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun sebagai pegangan dan petunjuk kepada manusia.


Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam Nuzul Quran berikutan ia adalah saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW di gua Hira’ yang terjadi pada 17 Ramadan.


Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam kemuliaan dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunnya malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadar, 1-5) Walaupun diturunkan ayat ini, namun Allah SWT tidak menerangkan secara terperinci waktu kedatangan Lailatul Qadar.


Cuma yang diterangkan adalah nilai keutamaannya yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu, apabila tibanya malam Lailatul Qadar, ibadatnya lebih baik daripada seribu bulan yang tidak mempunyai satu malam Lailatul Qadar di dalamnya.

Namun Allah SWT berfirman: “Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Iaitu urusan yang besar di sisi kami, sesungguhnya kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5) Sebagai umat Islam, kita dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti membaca al-Quran, berdoa, mengucapkan wirid, berzikir atau mengadakan kuliah agama.


Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada malam berkenaan, malaikat turun dan berjalan kepada seluruh individu yang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka.


Maka, dengan rahmat dan keredaan Allah SWT, diampunkan dosa hamba-Nya kecuali kepada empat golongan manusia iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturahim dan individu yang bermusuhan.


Bagaimanapun, dalam kesibukan kita mencari Lailatul Qadar, jangan pula kita lupakan hari lain dalam Ramadan kerana keseluruhan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan hanya diberi kepada umat Rasulullah SAW dan tidak kepada umat terdahulu sebelumnya.

Pedoman: Dua syarat Allah terima amalan

Hi everyone,

I found this interesting article which I would like to share with you. Happy reading!


Pedoman: Dua syarat Allah terima amalan


2010/09/05 (Mymetro)

HARI ini, genap 26 hari umat Islam seluruh dunia menyambut puasa dan dalam tempoh empat hari lagi akan menyusul pula kedatangan Syawal.


Dalam meneruskan Ramadan yang masih berbaki beberapa hari ini, hendaklah kita sama-sama sedar adakah kita sudah melakukan amalan terbaik, yakni ibadat ikhlas bagi mendapatkan keredaan Allah SWT dan bukan sekadar menggalas tuntutan, meniru atau menunjuk-nunjuk setiap perbuatan itu.

Diriwayatkan oleh ibnu Majah bahawasanya: “Betapa banyak orang yang berpuasa, tidaklah mendapat pahala kecuali sekadar rasa lapar serta dahaga, dan betapa banyak yang mengerjakan solat, namun tidaklah mereka mendapatkan pahala melainkan kekosongan saja tanpa ada rahmat daripada Allah SWT.”


Perlu diketahui bahawa Allah SWT tidak menerima amalan seseorang itu, tidak memberi pahala kepada perbuatan itu, melainkan apa yang diperoleh hanya kepayahan.

Ini kerana Allah SWT menetapkan, amalan hamba-Nya hanya diterima berdasarkan dua syarat iaitu ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredaan dari-Nya.

Manakala, syarat kedua pula adalah amalan itu bersesuaian dengan tuntutan atau ajaran Rasulullah SAW sebagaimana hadis riwayat Muslim yang menyebut: “Barang siapa mengerjakan satu amalan yang tidak ada tuntutan (ajaran) dari kami, amalan itu akan tertolak (di sisi Allah SWT).”

Sebagaimana kita sedari, Syawal yang bakal menyusul akan membawa pergi bersama-sama Ramadan daripada umat Islam, sekali gus membawa pergi segala macam rahmat yang dilimpahkan oleh-Nya kepada umat manusia.

Apabila tibanya Syawal, Allah SWT berfirman: “Wahai malaikat-Ku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan dan apabila mereka mendirikan sembahyang, maka ia adalah keredaan-Ku dan keampunan-Ku kepada mereka.”

Maka Allah meneruskan firmannya: “Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada-Ku, maka demi ketinggian-Ku dan kebesaran-Ku, tiada memohon kepada-Ku hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu.” (Al-Hadith)

Perlu diketahui bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: “Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat terdahulu iaitu bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah, segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

“Diampunkan dosa mereka pada malam Lailatul Qadar, tiap amalan yang dilakukan pada Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda dan dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat kelak.” (Al-Hadith)

Justeru, dalam kita menuju penghujung Ramadan yang mulia ini, hendaklah kita nilai di mana tahap amalan yang dikerjakan dalam mencari keredaan dan mengejar rahmat Allah SWT, sama ada kita lakukannya dengan sia-sia atau menepati kehendak-Nya sesuai dengan nikmat yang diberikan-Nya.

Sanggar Kreatif: Khalifah Kerajaan Busut Oleh Hana Arissa

2010/06/06

DERETAN semut merah yang sedang asyik bekerja diperhatikan oleh semut muda. Semut muda yang mempunyai pemikiran futuristik berbeza dengan semut-semut yang lain. Akibat pemikirannya itu menyebabkan dia digelar pembangkang dalam koloninya. Dia bukan memandang kosong kepada deretan semut-semut yang sedang bekerja. Dia memandang dengan wawasan. Pelbagai persoalan berpusing-pusing di dalam kepalanya. Persoalan-persoalan tersebut kemudiannya bertukar menjadi ketidakpuasan dan seterusnya melampiaskan pandangan peribadinya. Oleh kerana pandangan itulah maka dia disifatkan sebagai Hang Jebat. Legenda manusia yang hebat tentang pendurhakaan seorang rakyat. Namun bagi semut muda Hang Jebatlah manusia yang wajar dijadikan contoh dalam mengubah sejarah ketaatan yang membabi buta.

Semut muda memandang ke bilik-bilik yang terdapat di dalam koloni itu. Setiap bilik mempunyai fungsinya. Begitu juga dengan setiap rakyat dalam kerajaan tersebut. Yang pasti dalam kerajaan ini ada pemimpinnya. Pemimpin yang menyebabkan semut muda bertelagah dengan perasaannya antara kesetiaan, kewajipan dan pembaharuan. Setiap bilik tersebut bersambung dengan jalan yang menjadi laluan deretan semut merah itu tadi. Laluan kehidupan, laluan bagi meneruskan kemandirian, laluan bagi menunaikan tanggungjawab. Di sini dalam kerajaan busut inilah juga dia dilahirkan. Mata semut muda masih lingas memandang koloninya. Atas, bawah, kiri, kanan dan setiap inci koloni itu tidak dilepaskan pandangan. Mungkin mencari-cari sesuatu yang bisa membangkitkan persoalan dan pandangan baru.


Semut muda menoleh. Rupa-rupanya sahabatnya Semut 1 menyapa. Semut muda tersenyum hambar atas sikap pesimistik sahabatnya itu. Setiap hari itulah yang kedengaran, suara-suara yang memperlekehkan perjuangannya. Semut muda membuang jauh pandangannya ke arah deretan semut-semut yang sedang bekerja. Masing-masing membawa pelbagai benda yang berguna kepada pemimpin koloninya. Taat mereka, taat yang membabi buta sama seperti Hang Tuah legenda manusia. Berbakti kepada pemimpin yang sudah terang-terangan mempunyai kepentingan peribadi.
“Pemimpin yang menurut emosi, pemimpin yang wajar diketepi.” Bentak hati semut muda. Perasaan yang pada awalnya sedikit bergelora mula melahirkan ombak-ombak ketidakpuasan yang semakin hebat. Ombak-ombak ketidakpuasan itu akhirnya mencetuskan luahan lisan semut muda.

“Cuba kau lihat kerajaan anai-anai. Mereka kaum yang berwawasan. Mereka telah menerima pembaharuan. Pembaharuan yang dibawa oleh mereka yang seperti aku. Mereka berfikiran terbuka tidak seperti kaum kita. Kau tengok pada deretan sahabat-sahabat kita yang sedang bekerja. Mereka membanting tulang, memerah keringat, menyusur bahaya untuk siapa? Berbaloikah jika mereka menemui ajal dalam perjalanan mereka hanya untuk memenuhi kepentingan yang bukan berpihak kepada mereka? Kepentingan yang bersifat peribadi. Bukankah itu maknanya mementingkan diri sendiri? Jika itu berlaku apa yang mereka dapat? Yang kaya akan tetap terus kaya, tetapi nasib keluarga mereka yang mati tidak ada pembelaan. Salahkah aku memperjuang demokrasi agar suara rakyat didengari.” Marah benar nada suara semut muda. Semut muda bernafas lega apabila ledakan ketidakpuasannya dapat dihamburkan. Akhirnya ombak-ombak ketidakpuasan yang hampir sahaja menggila tadi beransur tenang.

Sahabatnya Semut 1 hanya membisu mendengar lolongan semut muda. Bukan dia tidak mengerti tapi dia lebih suka memilih jalan yang telah sedia ada. Baginya reformasi memberikan banyak masalah dan masalah itu akan ditanggung oleh rakyat. Dia tidak bersedia untuk mengambil risiko. Biar dia dikatakan pesimis atau ortodoks. Atas alasan itulah dia tidak bersetuju dengan pandangan semut muda yang bercita-cita besar. Matlamat yang besar sudah pasti risikonya juga besar.
Semut muda sedar bahawa bukan mudah untuk mempengaruhi Semut 1 dan rakyat yang lain. Perjuangannya dipandang sepi oleh semua pihak sama seperti perjuangan Hang Jebat. Hang Jebat berjuang bersendirian. Pada masa itu dia digelar pengkhianat, tetapi kini dunia sudah mengakui kehebatan Hang Jebat dan mempersoalkan ketaatan Hang Tuah. Pada alaf ini, di kerajaan busut ini dialah Hang Jebat. Dia pasti suatu hari nanti kerajaan busut dan koloni-koloni semut yang lain pasti bersatu pendapat dengannya walaupun pada masa itu dia sudah menjadi humus di mana-mana tanah ciptaan Allah ini. Semut 1 sudah jauh meninggalkan dirinya masuk mencelah ke dalam deretan semut-semut yang lain. Semut muda hanya memandang ke arah Semut 1 yang telah pun menghilangkan diri. Mungkin sahabatnya itu sudah muak dan mual mendengar kisah perjuangannya. Prasangka terhadap sahabatnya mulai menyelinap masuk ke hatinya yang paling dalam. Dia masih membatu di situ sedangkan laluan deretan semut sebentar tadi mulai kosong. Tiba-tiba semut muda teringatkan perbualannya dengan Semut 2 dari Koloni Timur.

“Semut muda, aku juga berpendapat sepertimu. Aku tidak tega melihat saudara-saudaraku diperbudak-budakkan. Biar apa yang diberi kepada mereka setimpal dengan bakti yang telah ditaburkan. Kau tahu semut muda, ada slogan mengatakan ‘jangan ditanya apa yang negara telah sumbangkan kepada kita, tapi bertanyalah tentang apa yang telah kita sumbangkan kepada negara’. Aku tidak bersetuju dengan pepatah manusia itu. Bagiku, kita sebagai rakyat perlu bertanya tentang kedua-duanya sekali apa yang diberi oleh negara kepada kita dan apa yang kita beri kepada negara. Barulah keseimbangan itu wujud. Kita sebagai rakyat sudah pasti mahukan keadilan. Jika apa yang kita sumbangkan mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat itu sendiri, masih perlukah kita berdiam diri dan menafikan hak kita?” Semut 2 berhujah dengan penuh semangat. Hujahnya ternyata membungakan rasa bangga di dalam hati semut muda. Dia pasti masih ada ramai lagi di koloni-koloni lain mempunyai rasa juang yang tinggi yang mahukan pembaharuan di setiap koloni mereka.

Dari jauh kelihatan semut tua datang mendekati semut muda. Kehadiran semut tua itu memesongkan ingatannya terhadap perbualan antaranya dengan sahabatnya Semut 2. Lama-kelamaan jasad yang mula membongkok tiga itu semakin jelas berada di hadapan matanya. Semut tua menyapa semut muda dengan penuh ramah. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah semut muda. Kebisuan menyelubungi mereka berdua. Kebisuan itu akhirnya ternoktah apabila semut tua bersuara memulakan bicara.

“Kau tahu cu, pentadbiran koloni ini tidak pernah berubah. Mungkin dari zaman sebelum Nabi Sulaiman. Jika ada yang berubah pun hanyalah pemimpin dan rakyat koloni ini. Yang hidup menggantikan yang mati, yang ada menggantikan yang tiada, tetapi corak permainannya masih sama. Tuk percaya begitu juga halnya di koloni-koloni yang lain.” Semut tua memandang tepat ke mata semut muda.

Semut muda masih tidak bersuara. Dia masih cuba menyelesaikan teka-teki yang sedang berlegar dalam ruang mindanya tentang kedatangan semut tua dan maksud kata-katanya sebentar tadi. Melihat kebisuan semut muda, semut tua berkata lagi.
“Cu, perubahan itu tidak salah malah diperlukan jika kita ingin mengubah nasib kita. Allah juga berfirman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka. Cuma apa yang sukar jika sesuatu kaum itu sudah berasa selesa dengan apa yang mereka ada. Ada juga yang takut mengambil risiko sama ada dihukum, dibuang negeri, dibunuh mahupun difitnah” Semut tua berharap semut muda faham tentang apa yang dikatakannya.
“Tuk, saya bukan ingin menjadi wira dalam koloni ini. Saya cuma tidak betah melihat keringat saudara-saudara kita diperah untuk kepentingan orang lain. Sistem pemerintahan ini tidak adil tuk,” perlahan suara itu keluar dari kerongkong semut muda. Dia sebak untuk meneruskan kata-katanya.

“Cu, bukan seorang wira yang dapat mengubah dunia, kerana kehandalan dan ketangkasan wira hanya penyumbang kepada sesuatu perubahan, tetapi seorang khalifah itulah sebenarnya dapat menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu koloni. Khalifah yang hebat sudah pasti memimpin dengan berhemah. Memandang dengan wawasan. Melihat segenap aspek yang perlu diperbetulkan. Jadikan Nabi Sulaiman sebagai panduan, kisah yang selalu diceritakan oleh nenek moyang kita tentang hebatnya kepimpinan Nabi Sulaiman.” Semut tua tersenyum, kata-katanya yang penuh makna membuatkan semut muda bernafas dengan lega.

Semut tua meminta diri dan membiarkan semut muda bersendirian untuk kesekian kalinya. Biarlah dia terus memandang ke hadapan demi sebuah koloni yang dicintainya. Semangat juang semut muda amat dikagumi oleh semut tua. Pada masa yang sama semut muda berura-ura untuk berjumpa dengan semut 2 sahabatnya di Koloni Timur pada keesokan harinya. Dia ingin mengubah sejarah. Jika dia perlu berhijrah, dia akan berhijrah ke koloni itu untuk mengumpul kekuatan seperti mana Nabi Muhammad telah berhijrah apabila dakwahnya ditolak di negeri baginda sendiri.

Cuaca di luar koloni amat panas. Busut yang tinggi yang menjadi tempat tinggal mereka dituruni oleh semut muda. Perjalanannya menentang arus dengan semut-semut yang lain. Mereka baru pulang dengan membawa pelbagai hasil. Bukan semut muda tidak mengagumi kerajinan mereka, tetapi yang menimbulkan marah semut muda apabila hasil-hasil itu terpaksa diserahkan kepada pemimpin busut. Dalam pada itu dia melihat terdapat semut-semut yang diusung pulang kerana sama ada patah kaki mereka, putus badannya mahupun menemui ajal. Salah satu daripada mereka adalah semut tua. Dia terpana seketika. Terngiang-ngiang kata semangat semut tua kepadanya petang kelmarin. Kemarahan semut muda semakin meluap-luap. Ingin sahaja dia mengulangi sejarah Si Jebat namun dia sedar, dia perlu bertindak dengan lebih bijaksana. Semut muda mematikan hasratnya untuk bertemu dengan sahabatnya Semut 2. Dia mahu melihat lakonan seterusnya pemimpin busut apabila melihat musibah yang berulang terjadi lagi kepada rakyat yang berkhidmat untuknya. Semut muda berpaling membuntuti deretan semut-semut itu tadi.

“Kali ini aku akan bersuara dengan lebih lantang. Keadilan perlu aku tegakkan demi rakyat koloni ini dan demi generasi akan datang”. Benak semut muda mula berbicara.

“Hei, sahabat nampaknya perjuanganmu sudah tamat. Apa yang menyebabkan kau berubah fikiran sehingga kau bersama-sama kami dalam deretan ini? “ Tiba-tiba satu suara menegur dari arah belakangnya. Semut muda menoleh ke belakang. Sahabatnya Semut 3 hanya tersenyum sinis.

Semut muda membalas senyuman sinis itu.

“Aku sesungguhnya tidak sesekali menghentikan perjuanganku. Perjuanganku sebenarnya baru bermula wahai sahabatku”. Setelah semut muda berkata-kata, dia meneruskan perjalanannya. Kali ini di berjalan dengan penuh azam dan tekad yang tinggi.

Biodata

HANA Arissa, nama pena bagi Norhazlina Abdullah yang dilahirkan pada 8 Disember 1974. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan ( Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan Perlis. Kini sedang menyambung pelajaran dalam Sarjana Psikologi Pendidikan di USM.

Sanggar Kreatif: Ramadan ini, kau pulanglah! Oleh MD Nizar Parman

2010/08/22

KALAU aku katakan bahawa aku berputus asa untuk menjejakimu, jawapan yang tepat sebenarnya tidak. Tiba-tiba kaumenghilang. Tentu sahaja aku yang mewakili adik-adikku menjadi kebingungan. Masing-masing menyalahkan aku. Kaufikir, selama mana kupingku bisa betah mendengar rungutan dan sindiran mereka?

Tanpa sebarang pesan atau nota kautinggalkan, alih-alih sahaja kaulesap. Tentu sahaja tindakanmu itu mengundang kegelisahan. Sebaik sahaja kukhabarkan tentang kehilanganmu, adik-adikku yang lain bergegas ke rumahku – menyoalku dengan pertanyaan bertalu-talu seperti peluru. Aku seperti seorang penjenayah di kandang pesalah.

“Macam mana boleh jadi begini, along? Apa along dah buat?” tukas angah. Suaminya juga turut menempelak saya. Anak-anaknya juga mencebikkan bibir apabila memandang saya.
“Manalah Along tahu? Rasa-rasanya along dan kak long kamu tidak ada pun menggores perasaannya,” hujahku membela diri. Apa lagi yang dapat aku lakukan? “Di rumah ini, tidak ada yang kurangnya. Makan dan minumnya terjaga. Orang gaji abang long sentiasa ada.”

Uda yang baharu sampai dengan isterinya juga turut melemparkan dakwaan yang sama. Katanya, aku tidak pandai mengambil hatimu. Lantas, apa lagi yang harus aku lakukan jika terus-terusan diasak begitu?

Usu, anak lelaki kesayanganmu yang masih mentah itu pun sudah pandai menyalahkan aku – menyindir-nyindir aku dengan kata-kata yang menikam gegendang telingaku. Aku itulah. Aku inilah. Aku lupa daratanlah. Aku tidak mengenang budilah. Kaufikir aku betah?

Aku sedar, tindakanmu itu mungkin berpunca daripada keadaan hidupku sekarang. Tetapi, kekayaan yang aku miliki ini bukan suatu dosa. Dan, aku percaya kemewahan hidup yang sedang kukecapi sekarang kerana doamu juga. Aku yakin tentang itu.
Aku masih ingat kata-katamu setelah beberapa hari kautinggal bersama-samaku – di rumah agam ini. Aku dapat menebak maksud kata-katamu itu.

“Fahmi, rumah kau ini seperti belantara. Sunyi. Bagaimanakah kau dapat hidup di rumah seperti ini? Tak ubah seperti penjara batu.”

Dan, aku hanya diam. Isteriku, Rohana juga diam. Anak-anakku juga diam. Ketahuilah, aku paling tidak suka membantah kata-katamu – hal itu akan berlarut-larutan sehingga kita bermasam muka.

“Maksudnya?” Aku bertanya begitu sekadar ingin tahu apa yang sebenarnya membadai jiwamu dan yang tersembunyi dalam garizahmu.

“Di mana-mana pun aku berada, kau tahu apa yang aku rasa?” Sepasang matamu yang sayu memandang tepat ke arahku, kemudian memandang isteriku dan anak-anakku; satu-persatu.

Kami hanya diam, menanti muntahan kata yang seterusnya dari mulutmu.
“Aku sunyi. Seawal pagi kamu berdua sudah meninggalkan rumah ini. Tidak lama selepas itu, anak-anakmu pula. Lantas, apa guna mulutku ini? Berbicara dengan dinding? Dengan tingkap? Dengan pintu?” ujarmu. “Dan, kau pulang setelah lewat malam. Begitu juga dengan isterimu. Apakah duniamu hanya di pejabat dan di kamar tidur?”

Emosi.

Aku mengerti benar akan perasaanmu. Tetapi itulah realiti kehidupan hari ini yang mesti kaufahami. Bukankah kau pernah berpesan dahulu, gunakanlah ilmu dan kepintaran yang ada untuk mencari kekayaan dan kesenangan hidup? Hanya dengan cara itu kita akan dapat memanfaatkan hidup ini untuk membantu ahli keluarga dan insan yang kurang bernasib baik. Masakan kau sudah lupa?

Tatkala angah ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negara dalam bidang kedoktoran dahulu, bukankah ongkosku yang membiayainya tanpa mengharapkan sesen pun bantuan daripada kerajaan? Semasa uda ingin menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan di Jerman dahulu, bukankah sebahagian wangku juga yang digunakannya di sana? Dan, kini ketika usu sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang undang-undang di sini, bukankah wangku juga yang mengalir terus kepadanya?

Aku hanya ingin menjadi anak yang baik; dapat membantu adik-adikku dan membahagiakanmu yang telah bersusah payah membanting tulang empat kerat untuk menyara pengajianku dahulu.

Aku tidak pernah lupa akan tanah kita di hujung kampung yang terpaksa kaujual untuk membiayai pengajianku di luar negara dahulu. Kerana niatmu itu, bukankah kita pernah bertegang leher kerana aku tidak mahu tanah itu digadaikan semata-mata untuk membiayai pengajianku.

“Keturunan aku, tak ada yang keras kepala macam kau ni! Kaufikir senang untuk dapat peluang belajar ke luar negara? Kau jangan bagi aku malu, Fahmi. Biar aku bergolok bergadai, asalkan kau jadi pandai!” tegasmu.
“Saya tak mahu hal ini akan jadi ungkitan kelak,” ujarku. “Nanti apa orang kampung ni cakap? Malulah!”

“Habis, kaufikir kau tak pergi belajar ke luar negara tu aku tak malu? Kau nak orang kampung ni mengumpat aku? Mengata aku? Miskin sangatkah aku ni? Tanah tu pun bukan boleh dibawa mati!” Bentakmu sehingga tersembul urat di sebalik kulit leher kedutmu. Marah yang bukan main-main.

Aku tetap membantah dan berkeras sehingga peperangan mulut kita sore itu menjadi tontonan tetangga kita. Akhirnya aku mengalah apabila golok kesayanganmu yang berkilau apabila terkena sinaran mentari betul-betul berada di leherku.

“Aku sanggup melakukannya kerana aku tak mahu kau menyesal kemudian hari,” bisikmu ke telingaku dan hembusan hangat nafasmu itu masih terasa hangatnya sehingga kini.

Bukankah tanah yang tergadai itu telah kutebus kembali walaupun aku terpaksa membayarnya hampir lima kali ganda harga asalnya? Tanah itu telah kuhadiahkan kepadamu sebagai tanda pengorbananmu yang tidak ternilai itu? Lantaran apakah gerangan yang secara tiba-tiba membuatkan kaumenjeruk rasa begini?

Bingung. Ya, perasaan ini benar-benar mengaruk dalam jiwaku sejak kaumeninggalkan rumah ini secara tiba-tiba. Bukan sahaja aku, malah isteri dan anak-anakku juga bingung. Dan, kerana bingung itulah aku dan Rohana sudah beberapa kali bertengkar. Aku menyalahkan dia. Dia menyalahkan aku. Saling menyalahkan!

Ketahuilah, aku tidak pernah pun berkecil hati dengan kata-katamu yang berbaur sindiran. Aku hanya membungkam sahaja. Mengiakan tidak; membantah jauh sekali.
“Mengapakah orang yang punya pangkat dan kedudukan suka buat rumah di tempat yang jauh dan sunyi begini? Angah pun sama, kawasan kediamannya perlu melalui kawalan keselamatan yang ketat. Uda begitu juga, tinggal di pangsapuri yang tidak boleh dimasuki orang sembarangan. Nanti usu pun begitu juga. Agaknya .…”

“Bukankah kediaman seperti ini lebih aman dan tenang?” ujarku lembut.
“Aman? Tenang? Kau tahu sunyi? Mengapakah ke mana-mana sahaja aku pergi, keadaannya sama sahaja? Sunyi,” katamu meluahkan apa yang membonjol di hatimu.
“Sunyi itu lebih baik daripada sehari suntuk mendengar bunyi bingit kenderaan di ibu kota,” balasku.

Kau hanya menjuihkan bibir dan meninggalkanku termanggu-manggu.
Keliru. Keliru yang akhirnya menimbulkan kecelaruan. Kami berempat berusaha untuk menjejakimu, tetapi usaha itu hanya membuahkan hampa. Kukira kaupulang ke kampung – hampa apabila jiran-jiran memberitahu mereka langsung tidak melihat batang hidungmu! Setelah beberapa hari, akhirnya kami membuat keputusan untuk melaporkannya kepada pihak polis. Biar mereka pula yang menjejakimu.

Dari hari ke hari; minggu ke minggu; bulan ke bulan masih tiada khabar berita tentang dirimu. Kau tahu, angin resah yang sering menampar pipiku akhirnya menjadi ribut kencang yang terus membelasah tubuhku – juga hidupku. Di mana aku harus mencarimu?

Ramadan. Beberapa hari lagi bulan yang menjanjikan ganjaran yang sebanyak-banyaknya daripada Allah bakal menjelma. Entah. Mengapa secara tiba-tiba hatiku ini dihambat perasaan sayu yang tidak tertahan lagi.

Segala detik yang pernah kulalui ketika zaman kanak-kanak kembali menerpa dalam ingatanku. Kita sama-sama berjalan kaki meredah pekat malam hanya menggunakan jamung untuk bersolat Tarawih dan pulang agak lewat selepas kau selesai bertadarus. Selepas bersahur, kita ke surau membelah kesunyian pagi untuk bersolat Subuh. Dan kau akan memeluk tubuhku yang kesejukan sepanjang perjalanan pada subuh yang mendinginkan itu.

Ah, mengapa kali ini tiba-tiba sahaja semua itu menjelma? Aku terus-terusan memikirkan jawapannya. Lantas terlintas di fikiranku, inikah yang kau mahu? Jika benar begitu, alangkah berdosanya aku.

Perkhabaran yang kuterima itu ibarat halilintar yang memanah tubuhku. Ya, Allah! Mengapakah sejauh itu kaupergi? Apa yang kaucari? Semua ini takdir Allah. Syuhana, anak saudaramu yang bekerja sebagai jururawat di sebuah rumah sakit di sana yang merawatmu kerana kau ditemui pengsan di tanah perkuburan. Dia memaklumkan kepadaku dua hari yang lalu.

Pasti kau akan berasa terkejut apabila melihatku menyusulmu hingga ke sini. Matamu masih tertutup rapat, hanya dadamu yang masih berombak. Sejak pagi tadi, entah berapa kali kubelai-belai rambutmu yang kian memutih. Air mataku? Usah diceritakan. Sayu. Pilu. Entah.

Andai kau sedar, akan kubisikkan sendiri ke telingamu bahawa Ramadan ini aku akan menemani di kampung sehingga menjelangnya Syawal. Aku akan membahagiakanmu sebagaimana engkau pernah membahagiaku semasa aku kanak-kanak dahulu. Itu janjiku.

Akhirnya kaubuka juga matamu. Dan air jernih yang mengalir di cerun pipi kedutmu itu kuseka dengan hujung ibu jariku. Lalu aku mendakap tubuhmu semahu-mahunya. Syukur ya, Allah! Aku dapat merasakan jari-jemarimu mengusap-usap kepalaku. Kemudian kaudongakkan mukaku agar memandang tepat wajahmu.

“Aku sunyi, Fahmi. Aku ingin menemani ibumu di sini. Kebahagiaan dan kegembiraanku ada di sini … di bumi bersemadinya Rasulullah,” ujarmu dengan suara terketar-ketar.

Lalu kudekatkan bibirku ke telingamu lantas berbisik, “Ayah, seharusnya kaubelajar untuk merelakan dan melepaskan. Ramadan ini, kau pulanglah!”

Info
MD Nizar Parman menekuni genre cerpen dan puisi. Karyanya mendapat tempat dalam akhbar dan majalah arus perdana. Johan Sayembara Sastera Hari Guru Perak 1995 Kategori cerpen, Pemenang Hadiah Utama Sayembara Cerpen Guru DBP-BPG 1998 dan Pemenang Hadiah Sagu Hati Sayembara Cerpen Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Kini berkhidmat sebagai guru Sekolah Kebangsaan Seri Lalang, Seri Lalang, Kluang, Johor.

Cerpen: Padang Oleh Nur Ilyani Alias

2010/05/23

  MENDUNG membungkus siang. Mengulit semua kenangan silam yang bermain di fikiran. Sani menghela nafas panjang yang berat. Seandainya dia tidak mengikut nafsu amarah pasti kejadian ini tidak akan terjadi. Jikalau dia tidak terlalu mementingkan ego yang bersarang dalam hati, pasti tragedi ngeri itu tidak akan berlaku. Sani melemparkan pandangan jauh-jauh ke arah padang sekolah di hadapannya.

“Sani, kamu buat apa di sini?” Mata gelap bundar Cikgu Mahesh tepat memandang wajahnya.

“Cepat masuk kelas. Saya hendak mengajar.” Cikgu Mahesh berlalu dari situ.

Anak mata Sani memanjat setiap inci tubuh guru India yang bergerak pergi.
Itulah guru yang paling dibencinya. Guru yang paling mengambil berat tentang dirinya. Guru itulah yang sentiasa memegang tangannya mengajak ke kelas serta tidak jemu menghadiahkan pensil dan pemadam setiap hari.

Tetapi itu semua cerita dahulu. Cerita ketika tawa dan jerit pekik Cikgu Mahesh masih kedengaran. Hari ini sama seperti hari-hari sebelumnya, Sani duduk bersila di perhentian bas di hadapan sekolah. Betul-betul menghadap padang sekolah yang menyimpan banyak rahsia dirinya serta kenangan bersama Cikgu Mahesh.
“Cikgu, saya tidak suka belajar. Saya mahu kerja.” Sani memandang Cikgu Mahesh dengan pandangan yang tajam. Jari jemarinya meramas-ramas baju yang sudah koyak rabak dimamah waktu.

“Jikalau kamu hendak kerja, kamu mesti belajar. Tanpa pelajaran, kamu tidak akan berjaya!” Nada suara Cikgu Mahesh berbaur keras. Tangan besar berbulu itu menarik tubuh kecilnya supaya duduk di atas kerusi kayu lama. Sani menggetap bibir. Air matanya mulai bertakung. Sejuk kipas angin yang ligat berpusing seakan tidak dirasa oleh Sani. Air keringat merembes keluar dari lehernya membasahi kolar baju sekolah yang sudah lusuh. Geram pada cikgu yang seorang ini makin membuak.

Mata Sani masih melihat ke arah padang, tanpa kelip. Semua memori menerjah ke dalam kotak fikirannya.

“Pak Sani, sila makan.”

Lamunan Sani terhenti seketika. Ditatapnya wajah Mei Lin, gadis berketurunan Tionghua yang berdiri di sisi.

“Pak Sani, ini buburnya.” Diletakkan semangkuk bubur nasi di sebelah Sani. “Makanlah.” Mei Lin berlalu sambil mengukir sebuah senyuman.

Sani mengambil mangkuk pakai buang berisi bubur itu. Sesekali matanya memandang Mei Lin yang asyik melayan pelanggan di gerai kecil di tepi jalan. Mangkuk itu ditunggangnya ke atas, lantas menghirup semua bubur panas sehingga habis.

Melekat butir-butir bubur nasi pada jambang lebat hitam bersulam putihnya. Pak Sani tidak peduli. Matanya tidak lepas-lepas memandang padang.

“Sani, mari makan bersama saya.”

Mata Sani membulat.

“Duduk di sini, saya tempahkan mi goreng untuk kamu.” Cikgu berketurunan India itu menguntumkan sebuah senyuman lantas menuju ke arah dapur kantin sekolah. Sani terkebil-kebil. Tidak pernah seorang pun manusia yang melayannya sebaik Cikgu Mahesh. Walaupun berlainan agama dan keturunan, Cikgu Mahesh sentiasa menolongnya. Tetapi, entah mengapa dirinya yang tidak boleh bersikap baik dengan Cikgu Mahesh. Mungkin kerana Cikgu Mahesh terlalu baik terhadap dirinya.

Kalaulah Sani tidak degil, pasti Cikgu Mahesh tidak akan pergi dengan hati yang duka. Jikalau Sani tidak nakal, pasti Cikgu Mahesh tidak akan pergi dengan luka metah merah penuh di muka. Namun begitu, semua itu seolah-olah berbayar. Kini Sani menjadi penjaga tetap padang Sekolah Kebangsaan Haji Awang Kechil,
Kereta lalu lalang di sepanjang jalan. Sesekali kedengaran bunyi hon bas yang memberi isyarat untuk berhenti mengambil penumpang. Bunyi bising kenderaan bagai tidak masuk ke gegendang telinga Sani. Deria pendengarannya seakan-akan mati tatkala berada dalam ruang khayalannya sendiri.

“Encik, saya lapar.” Itulah Sani 30 tahun dahulu. Meminta sedekah di sepanjang jalan di hadapan padang sekolah. Apabila lampu merah naik, itulah detik keemasan yang ditunggu oleh Sani untuk menerjah deretan kereta yang menunggu giliran untuk bergerak. Akan diketuk setiap tingkap kereta, lori, bas untuk menagih simpati sesuap nasi. Ayahnya hilang entah ke mana, ibu pula lumpuh separuh badan. Sanilah punca pendapatan dia dan ibu. Hasil daripada meminta sedekah itulah, Sani dapat membeli makanan dan ubat buat ibu.

Kereta makin sesak. Jambang lebat hitam bersulam putih dilurutnya perlahan-lahan. Angin similir semakin tidak dirasai.

“Pak cik, saya lapar.” Sani menarik kaki seluar seorang pemuda yang membonceng motosikal di hadapannya.

“Sani!”

Sani mendongak mukanya, terkejut apabila lelaki tersebut memanggil namanya.

“Kamu buat apa?” Topi keledar lelaki tersebut dibukanya perlahan.

“Cikgu Mahesh!” Hati Sani menjerit.

Sani menjadi tidak keruan, nampaknya Cikgu Mahesh sudah mengetahui pekerjaannya sehari-harian. Dia tidak mahu cikgu itu tahu. Dia tidak mahu dihina sebagai peminta sedekah.

“Sani, peminta sedekah!”

“Sani, peminta sedekah!”

Berdekah-dekah rakan-rakannya ketawa sambil bangga melaungkan kata-kata menghina dirinya. Sani tunduk. Bibirnya diketap rapat-rapat. Kerana guru penyibuk itulah dia berada di sekolah. Jika tidak pasti sekarang dia sudah bermain di padang bersama dua tiga ekor anak kucing liar. Kerana guru itulah dia dihina. Sani benci guru itu!

Kolong langit pada ketika itu suram. Warna-warna pelangi kian pudar dan rata berdebu. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di padang sekolah. Masing-masing tidak menghiraukan suasana kelam seakan mahu hujan itu.

“Saya benci cikgu!” Sani menjerit di dalam kelas persis orang yang dirasuk hantu.

“Sani!” Nada suara Cikgu Mahesh kian meninggi. “Sampai bila kamu mahu jadi peminta sedekah?” Muka Cikgu Mahesh merona merah.

“Cikgu tidak kenal saya!” Sani membalas.

Kipas yang ligat berpusing seakan tidak berfungsi. Angin Sumatera yang sakan bertiup ibarat membawa api yang membahang. Peluh memercik di dahi Cikgu Mahesh.
“Anak murid seorang ini memang begini. Jikalau tidak buat masalah, bukan Sanilah namanya. Namun, inilah anak murid yang paling dia sayang.” Cikgu Mahesh mengurut dadanya yang semput.

Tiga puluh tahun yang lalu, di padang itu, segalanya berubah. Hanya sekelip mata tragedi itu berlaku.

“Hoi, budak!” suara keras Badi menerjah gegendang telinga Sani. Sani menoleh ke belakang. Selipar hijau berlumut yang berada di tangannya dipakai semula.

“Ada apa?”

“Mana duit?” Itulah Badi, persis ‘along junior’ yang mengutip duit pada peminjamnya. Bezanya, Sani tidak pernah terhutang budi pada Badi, apatah lagi meminjam wang.

“Duit apa?” Sani melihat di belakang Badi. Ada satu, dua tiga ... lima orang jumlah konco-konco Badi.

“Aku tidak mahu beri kamu semua. Ini duit aku!” Sani berlari ke perut padang sekuat hati. Pada ketika itulah segalanya bermula dan berakhir. Beberapa das tumbukan tepat mengena tubuh renek Sani. Dalam pergelutan itu, samar-samar Sani melihat Cikgu Mahesh berlari ke arahnya. Cuba meleraikan pergelutan yang terjadi. Namun, tubuh tua Cikgu Mahesh tidak tegar menahan kudrat remaja Badi dan sekutunya. Di situlah Cikgu Mahesh ditumbuk, diterajang sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Panas mula menggigit badan. Jauh di dalam kawasan sekolah, di hadapan padang kelihatan seorang guru lelaki muda sedang membimbit sebuah beg. ‘Pasti guru itu lebih muda daripadaku,’ hati kecil Sani berbicara sambil tangannya leka mengerunas keruping pada lengan sehingga terpercik darah metah merah di bajunya. Tidak lama kemudian, muncul pula seorang kanak-kanak lelaki, berpakaian sekolah lengkap. Kanak- kanak itu menghampiri guru tersebut, tangan kecilnya diangkat ke arah beg guru tersebut, persis meminta sesuatu. Sesaat kemudian, beg tersebut beralih tangan dan anak kecil itu tersenyum lebar.
Fikiran Sani menerawang jauh. Menggamit kembali memori yang hampir terkubur dek masa.

“Sani, tolong saya ambil barang ini.” Pinta Cikgu Mahesh sambil membongkok mengambil kunci kereta yang terjatuh. Di kiri kanan tangannya penuh segala macam benda untuk dibawa ke bilik guru.

Sani hanya melihat dari jauh. Sedikit pun dia tidak berganjak. Sani buat tidak peduli, persis seorang yang lumpuh ketujuh-tujuh deria.

“Sani, tolong saya.” Pinta Cikgu Mahesh lagi. Dan kali ini Sani terus berlari. Berlari jauh-jauh daripada Cikgu Mahesh. Sani berlari menyorok di bawah perdu buluh tidak jauh dari tempat Cikgu Mahesh memparkirkan kereta.

‘Kelepuk!’

‘Cikgu jatuh!’ Jerit hati kecil Sani. Cikgunya sudah tua, matanya sudah kabur, uban juga mula bertabur, sama seperti dirinya sekarang. Itu semua tidak meninggalkan kesan padanya. ‘Apa guna menolong orang, dirinya sendiri juga tidak ditolong. Ada orang kasihan melihat dirinya meminta sedekah di jalanan?’ Sani mencebik.

Siang mulai jatuh, senja pula naik. Mata Sani masih tetap pada padang. Kawasan tanah lapang yang metah hijau berselut merah masih sama seperti tahun-tahun dahulu.

“Hoi, bagi aku bola itu!”

Sani berpaling pada suara lantang tersebut. Seorang kanak-kanak yang sebesar dirinya mengejar seorang kanak-kanak yang lebih kecil.

“Jangan ambil bola aku!” Jerit kanak-kanak kecil tadi. Masing-masing berlari sekuat hari, yang kecil tidak mahu ditangkap, yang besar pula mahu menangkap.

Seketika kemudian, lebih ramai kanak-kanak sekutu dengan kanak-kanak besar itu datang mengejar kanak-kanak kecil dari segenap penjuru padang. Dari arah selatan, guru muda tadi terkocoh-kocoh berlari ke padang. Cuba meleraikan persengketaan itu.

“Tidak!” Jeritan Sani menggemparkan seisi jalan juga padang dan kemudian Sani berlari. Berlari sekuat hati, agar hilang semua memori silam pahit bersama peluh yang memercik!

Profil

ILYA Alias, nama pena bagi Nur Ilyani Alias, peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2009 terbabit dalam genre cerpen, puisi dan novel. Novel sulungnya, Pari-Pari Hati diterbitkan KarnaDya Solutions Sdn Bhd pada tahun lalu dan Otai- Lawan Jadi Kawan diterbitkan PTS One Sdn Bhd pada 2010 dan kini sudah diulang cetak. Puisinya, Cermin Keamanan, mendapat tempat dalam Majalah Tunas Cipta, April dan Mei 2010. Kini menuntut di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang (Pendidikan Matematik).

Cerpen: 7 tangkai padi untuk Huminodun Oleh Faridah Abd Hamid

KEMARAHAN meluap-luap. Nada suaranya tidak lagi menggambarkan dia seorang tua yang harus dihormati. Apa lagi menjadikan kata-katanya itu daya rangsangan positif. Walau dahi berkeringat dan matanya pejam celik, namun belum cukup menyedarkan betapa panas matahari ini mengharuskannya bersabar. Sewajarnya dia perlu meneguk air bukan melancarkan hamburan maki hamun bagi mengurangkan asakan amarah.

Dia orang tua yang sentiasa menghuru-harakan suasana saat-saat akhir musim menuai. Kulitnya yang hitam legam itu menjadi petanda kepayahan dan kesungguhannya selama ini. Usianya 70 tahun dan susuk tubuhnya kecil, tetapi tidak ada siapa pun yang menafikan kekuatannya. Dia pantang dicabar. Dia masih juga terbongkok-bongkok meneruskan pekerjaan tradisi ini. Menggagahkan diri mengharungi lumpur dari satu musim ke musim lain membanting tulang empat kerat.
“Orang tua itu sudah gila. Sebelum magavau dia sudah mabuk. Berkelakuan seolah dialah raja. Dialah yang berjasa.” Ketua Kampung hanya mengangguk. Bukan menyokong anak buah atau orang tua itu. Tidak jua dia menolak kebenaran orang tua itu atau kesahihan hujah anak buahnya. Ada tusukan halus yang menjalar dalam sanubari. Terlalu dalam sehingga dia harus berhati-hati bertutur kata, apa lagi memberi jawapan yang akan di sambut dengan gelak ketawa. Dia perlu juga berdiam diri barang satu saat untuk berfikir.
Hamburan kata Lacius sudah kedengaran sepuluh tahun lalu. Semakin lama kebenaran semakin jelas. Gemalai tarian tidak sepadan kepayahan yang tercurah ke bumi. Segalanya sudah berubah. Matlamat dan prinsip juga jauh terpesong. Demikian juga musim yang bercelaru menghambat keinginan. Mematikan langkah kaki dan hanya kerana kesedaran hidup harus diteruskan maka tanah sawah ini masih terus di usahakan.

Dan akhirnya hanya kelihatan ‘orang-orang sawah’ yang longlai di tengah sawah padi.

Itulah gelaran kepada Lacius. Orang tua yang masih juga menggagahkan diri mengusahakan sawah padi.

Ketua Kampung pun tidak terkata jika Lacius berhujah. Dia sudah lama tidak menginjak kaki ke tanah sawah apa lagi mengangkat cangkul atau sengaja mahu terpalit lumpur. Gaji bulanan selaku ketua kampung sudah cukup menyara hidup tuanya. Dia hanya perlu prihatin dan peka akan laku anak buahnya. Sekali-sekala dia hanya perlu berdiri di tepi jalan raya memerhatikan jentera membajak tanah sawah dan jika berkesempatan bertanya jumlah hasil yang berjaya dikeluarkan musim ini. Jika hasil kurang dari musim sebelumnya, pasti ada yang tidak sempurna. Mungkin soalan itu diajukan pada alam atau bambazon.
Tidak ada siapa yang tahu kegusaran menghambat-hambat dalam jiwanya setiap kali lori mengangkut semua hasil padi beredar. Siapa mungkin akan mengerti makna magavau jika keringat tidak mengalir di tengah-tengah panas mentari. Siapa mungkin akan merasa kenikmatan apabila burung pipit tidak sudi hinggap di rumpun padi dan meninggalkan padi yang tunduk berisi.

Hanya orang tua sepertinya yang faham atau ibu tua yang masih bergantung harap pada rezeki si padi.

Itulah yang menjadikan Lacius ‘mabuk’ sebelum waktunya. Bernostalgia saban musim.

Tahun ini seperti juga tahun sebelumnya semakin mencabar buat Lacius dan orang-orang sepertinya. Musim sudah berubah. Tengkujuh menjadi kemarau. Kemarau menjadi ribut. Banjir tidak juga membunuh anak padi kerana empangan pun hampir kering. Dia tidak marah pada alam kerana alam jua yang menyuburkan segala yang hidup di muka bumi ini. Marahnya hanya pada manusia. Manusia yang lupa berbudi pada tanah.

Sepanjang hayatnya dia mempercayai semangat bambazon. Apabila berakhir musim padi, magavau diraikan tanda kesyukuran dan berterima kasih penghasilan padi pada musim itu. Terlalu besar harapan di pikul agar hasil dituai berlipat-ganda pada musim seterusnya. Mendiang Orang Kaya-kaya (OKK) Sodomon, Ketua Anak Negeri Keningau yang mengusulkan idea sambutan ini dan 1960 diluluskan sebagai cuti umum. Tahun demi tahun satu Malaysia juga sedar akan pesta ini.
Namun semakin lama dia pula semakin cuak. Saban waktu kegembiraan terbit kerana cuti umum bukan semangat menjalar dari pesta ini.

“Jika sawah padi ini tidak lagi membuahkan hasil tetapi hanya lalang dan tidak ada seorang pun manusia berdiri di tengah sawah ini, apa maknanya magavau itu?” Dia tahu anak-anak muda menyamakan dirinya seperti orang-orang sawah.

Mereka berseloroh bahawa burung pipit pun tidak akan takut malahan terbang mengejek. Ikan sepat, koruk dan jalak pun sengaja mengapungkan diri merasai kebosanan kerana tidak ada lagi suara anak-anak kecil yang nakal berlari-lari di sawah padi. Sang kerbau juga semakin menjauh.

Tanah sawah ini amat sepi pembayang penghujung hayat seorang tua. Padi-padi ini hanya membesar bersama alam, bunyi angin atau burung pipit atau ditemani bunyi jentera. Jentera membajak. Jentera menanam padi dan penghujung musim, jentera menuai padi. Hinggalah bunyi lori yang hanya perlu menunggu di tepi sawah mengangkut hasil padi itu untuk di bawa pulang ke kilang.

Dan Lacius akan mendapat bayaran setiap karung yang diniagakan. Atau menunggu sebulan dua setelah padi itu menjadi beras. Dia sengaja membawa pulang satu atau dua karung padi buat pelepas rindu. Jumlah itu tidak cukup memenuhkan ketawai dan sebelum musim bermula simpanan padinya sudah habis. Sekoyong-koyongnya dia perlu ke pasar raya membeli beras.

“Kita sudah hilang penghormatan terhadap semangat padi. Kita terus juga berpesta dengan harapan rezeki akan datang lebih baik dan banyak. Tetapi lihat saja, siapa yang tinggal untuk mewarisi pekerjaan ini? Pesta apa yang kita teruskan?“

“Sudahlah! Jangan diturut marah. Seorang bayi pun akan menjadi orang tua seperti kita. Ideanya juga meluap-luap mencanai perubahan demi perubahan. Kita harus akur.” Ketua Kampung memujuk Lacius.

“Tetapi apa maknanya magavau jika satu hari nanti sawah padi semakin sukar ditemui? Apa yang harus dipuja Bobolian? Pasti bambazon akan hilang dan hidup kita semakin susah. Apa nasib kita jika segenggam beras sama harganya dengan minyak?” Orang kampung mengata dia sudah nyanyuk dan hanya menunggu waktu pergi. Lacius tidak peduli. Dia tahu anak-anak muda semakin bacul mengeluarkan idea untuk kebaikan bersama. Biarkan saja dia yang bersuara siapa tahu akan ada juga yang mahu berfikir walau berpura-pura tidak mendengar.

“Selagi beras menjadi makanan rugi, sawah padi ini harus terus mengeluarkan hasil. Siapa tahu sepuluh tahun lagi kita akan mampu menduga kitaran alam. Kita akan dapat menghasilkan padi yang bermutu tinggi.“ Pujuk Ketua Kampung. Dia juga malu pada diri kerana hanya perlu menunggu wang sewaan tanah sawah.

“Aku sudah bosan meraikan magavau sebegini. Kita sudah hilang semangat Kinoingan dan Huminodun. Mana Suminundu yang melahirkan anak-anak bersemangat tunduk do tadau?” Lacius mula menari Sumazau seperti laku burung layang-layang atau bambarayon. Tubuh kerasnya masih bersisa gemalai namun gerak tarinya melambangkan kekecewaan. Dia menjerit. Menendang tiang rumah.

“Jangan begitu, kerana adanya magavau inilah, sawah padi ini masih juga mengeluarkan hasil.“

“Mungkin sekali lagi kita akan kebuluran? Adakah kita berharap Kinoingan akan mengorbankan anaknya sekali lagi?” Ketua Kampung semakin sukar mencela. Lacius sudah mabuk. Mabuk bersama keberangan. Matanya merah dan mula berkaca.

“Siapa tahu Kinoingan akan mengorbankan anaknya sekali lagi bukan?“Ketua Kampung bertutur lembut. Lacius mengangkat muka. Sebak. Dadanya turun naik. Kesihatannya semakin merudum. Orang kampung juga menahan diri bertekak dengannya.

Biarlah dia semakin marah sehari sebelum magavau.

“Aku bukan Kinoingan.”

“Aku tahu tapi semangat Kinoingan itu ada pada setiap ibu bapa. Selagi hidup, kita tidak akan berhenti berlari. Setiap saat kita inginkan kebaikan tetapi tidak semua kita peroleh walau pada saat akhir hidup.” Ketua Kampung mengintai botol-botol tuak yang masih berada dalam beg plastik. Demikian juga Lacius. Beg plastik itu benar-benar mengganggu ketenangan mereka. Ketua Kampung mengurut dada. Lacius tersedu. Sempat meneguk air kosong di depannya.

“Aku kehilangan Huminodun yang tidak mahu berkorban diri untuk aku orang tuanya. Dia sudah lupa. Aku tidak mampu memberinya jambangan bunga atas kejayaan yang dicapainya.” Air matanya mengalir. Sedu tangisan seorang tua yang kehilangan amat menyayat hati.

“Mungkin sudah menjadi resam Huminodun akan korbankan dirinya untuk kebaikan semua orang bukan setakat orang tuanya. Siapa tahu satu hari nanti dia akan kembali dengan ilmu, menjadi pemimpin bermoral. Huminodun tidak perlukan jambangan bunga yang akan layu dan tidak mengenyangkan. Cukup sekadar tangkai padi.” Pujuk Ketua Kampung.

“Lihat aku tinggal sendirian di rumah ini. Sawah padi ini menjadi teman yang mengingatkan aku pada anak-anak. Mengisi waktu yang bagaikan terlalu panjang. Setiap kali magavau, rumah ini tidak pernah sunyi, tetapi sudah bertahun hanya aku menjadi penunggu di sini. Huminodunku sudah lama pergi. Aku berharap dia akan kembali.” Lacius tidak dapat berselindung lagi. Sekian lama dia menyembunyikan kerinduan itu di tanah sawah ini. Dia bukan bimbang siapa akan mewarisi semua ini tetapi resah bersendirian tanpa teman. Lacius mengalihkan pandangan dari beg plastik itu. Dia menarik nafas panjang. Tersenyum sayu mengekori bambarayon yang terbang pulang.

*Menurut cerita lisan suku kaum Dusun, Kinoingan (Dewa) dan isterinya Suminundu mengorbankan anak gadisnya Huminodun untuk menyelamatkan suku kaum Dusun dari kebuluran. Kononnya sebahagian mayat Huminodun mengeluarkan benih padi maka wujudlah kepercayaan bahawa padi mempunyai semangat yang di beri nama sebagai bambazon.

Glosari
Magavau: Pesta Kaamatan
Koruk: Ikan puyu
Jalak: Ikan haruan
Ketawai: Tempat menyimpan padi. Tunduk do tadau Sifat lemah-lembut tetapi berani/tegas
Bobolian: Pemuja semangat padi
Bambazon: Semangat padi
Tuak: Arak buatan tempatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...