Search This Blog

Monday 20 July 2009

Cabaran


Hai selamat bertemu lagi,

Tergerak hati ini nak bercerita tentang cabaran-cabaran yang ditempuhi sepanjang belajar di UK ni. Mungkin juga cabaran-cabaran ni serupa walau di mana sahaja kita berada, atau mungkin cabaran-cabaran ini bersifat lebih personalized, tertakluk kepada pengalaman individu. At least, harap-harap apa yang aku tulis nih boleh sedikit sebanyak membantu rakan-rakan dan ex-students yang teringin nak sambung belajar. Sekurang-kurangnya bolehlah bersiap sedia mental, fizikal dan emosi. Apapun, cabaran belajar nih apatah lagi buat PhD ni memang banyak! Memang menuntut kesabaran yang tinggi. Kalau tak sabar, boleh bungkus beg angkat kaki.... cabaran-cabaran ni boleh dikategorikan kepada 2 - academic dan personal.


Cabaran akademik memang banyak sekali. Nak tak nak tak boleh lari, kena hadapi jugak. Apapun, macam supervisor aku cakap...'it is an intellectual journey where you will learn all sorts of things, learn about yourself, your strength and weaknesses and which eventually, matures youself'.

First thing, supervisor/s.... the most important person! jangan main-main. Kalau salah pilih, boleh merana wooo... To Reshma - you've got to choose your supervisor! Sebabnya, supervisor inilah yang akan menentukan hidup mati kita dalam perjuangan kita ini. Sebaik-baiknya kita kenalah cari supervisor/s yang pakar/arif dalam bidang kita supaya dia dapat membantu dan guide kita dalam proses tersebut. Tambah pulak, supervisor/s ni la yang nak tegur kita ke kalau kita out of track ke, salah pilih teori ke dan apa apa saja lah bab-bab belajar nih. Hubungan dengan supervisor kena BAIK. Kalau tak, susah hidup!Betul... jgn tak caya. Apa dia cakap dan suruh buat, baik buat... jangan sampai dia naik angin.... So far, pengalam aku dengan Tom dan Nigel ok aja. Tom banyak membantu. Nigel tu kurangla sket sebab dia second supervisor je tapi dia killer abis! Aku selalu tak tahu apa yang dia hendak. Susah sket la dengan dia nih. Nigel nih university yang bagi. Tom pulak aku pilih sendiri. Tom ni baik tapi dia sgt cerewet dan expectation dia terhadap semua kerja aku tersangatlah tinggi. Jadi aku kenalah sentiasa berusaha untuk mencapai expectation dia tu. Kalau korang nak tahu, aku jumpa Tom seminggu sekali dan kadang-kadang 2 kali seminggu. Huh betul... tak bohong.... Kalau hantar kerja kat dia, semua benda dia akan betulkan termasuklah perkataan yang aku guna tu..... kalau orang tak biasa mesti terkejut tgk comment dia yang berjela-jela. Penuh dakwat merah dan arrow yang bersepah-sepah. Apa nak buat, kena tahanlah. Tapi yang bagusnya, aku dapat tahu mana silap aku dan apa yang dia hendak, apa yang dia suka dan tak suka. Aku tak nak lah mcm sesetengah supervisor yang bila hantar kerja dia kata semua very good, tapi last last minute, semua salah! Lagi tension. Tak macam supervisor lain, dia tak pernahlah bagi aku article tapi dia bagi aku buku yang berlambak-lambak untuk aku baca. Kalau you all nak tahu, Tom ni sangat caring dan understanding. Masa aku baru-baru sampai dulu, lepas register kat uni, dia siap jumpa family aku dan bawa kitaorang makan kat satu restoran malaysia kat glasgow nih. Lepas tu, dia dan bini dia bawa kitaorang jalan-jalan dan siap tunjuk lagi kat mana nak ambil bas, bas apa nak naik, kat mana kedai buku terbesar di Glasgow dan lain-lain. Dia siap tanya lagi 'have you found accomodation yet? Do you want me to search for you?' Huh..bagus betul... terkejut jugak mula-mula tu sebab tak pernah jumpa supervisor yang macam nih kat malaysia. Masa aku dan anak-anak sakit dulu, dia lah yang risau lebih. Hari hari telefon tanya khabar dan offer bantuan smapai aku naik segan. Kami jarang jumpa kat fakulti sebab dia tengah sabatical leave. so kami banyak beremail, telefon dan jumpa di tempat-tempat tertentu seperti restoran kat west end tu.
Apapun, aku bersyukur sangat sebab dikurniakan supervisor yang pandai, baik dan memahami tapi pada masa yang sama tegas dan cerewet.


Secondly, kuliah, tutorial, assignments, article, books - ha.... yang ni semua lagi tak leh elak. Belajar kat Strathclyde ni, setiap p/g diberi ruang sendiri untuk menyiapkan tugas masing-masing. Senang citer, ada opis sendiri la. Semua kelengkapan disediakan daripada komputer, alat tulis, fotostat dan segal-galanyalah. Nak apa-apa, ambil je kat stor. Oklah... opis kat sini tak sama lah mcm kat malaysia. Kat sini bila kerja, masing-masing buat kerja. Tak dak sesiapa pun nak menyembang. Lain kan budaya mereka. Bagus! Kelas tak lah hari-hari tapi bila tiba waktu tu, sepanjang hari dari pagi sampai malam. Dalam seminggu tu adalah 2 hari untuk kelas, 3 hari untuk PG research seminars dan research group. Sabtu ahad duduk rumah. Tapi aku selalu kat library jelah. Bawa sekali budak-budak duduk dalam library. Kat sini tak leh ponteng-ponteng. Kelas tu punya la jauh dan kena mendaki bukit dan tangga yang tinggi-tinggi. Dari rumah pun kena jalan kaki pergi uni. Nak kata jauh tu, jauh lah jugak dalam 45 min jalan kaki. Kalau tak naik bas. Tetapi selalunya jalan kaki lah. Elok jugak, ini kira exercise jugaklah. Kalau kat malaysia kita turun naik kereta je. Sekarang dah jadi student, so terpaksalah. Kalau nak bawa kereta, kos tinggi tu! Penat memang penat tapi tulah sacrifice. Selain daripada tu, kenalah spend banyak masa (walaupun penat) mencari sumber-sumber, buku, article dsb. Lepas tu kena baca. Mana boleh tak baca! Satu hari kena habis lebih kurang 15 article. Kadang-kadang satu article kena ulang baca banyak-banyak kali sebabnya tak paham-paham. Bab membaca ni memang lah susah sket. Dictionary kena duduk sebelah sebab manalah tau, tiba-tiba ada benda nak kena rujuk ke. Satu perkara kat sini memang best, sebab.... sumber memang banyak.... semua benda ada... online tak online, semua ada.... kursus dan workshop pun banyak. Kita boleh apply untuk attend. Percuma je. Cuma antara malas dengan tidak je. Malas tu pun cabaran gak..... sebab tak dak ubat nak cure!

Lagi satu, masalah bahasa. Mula-mula ada jugaklah masalah sikit, sebab tak faham Scottish English. Bayangkan, perkataan dan bunyinya langsung tak sama dengan English yang selalu kita belajar, dengar dan guna masa kat malaysia tu. Ielts pun tak menggambarkan ability kita untuk paham scottish english. Tapi sekarang ni dah ok lah. Kena tune sikit telinga tu.

Masalah cuaca pun sama jugak. Kat sini, aku kena bergelut dengan cuaca. Kalau kat malaysia tu, senang panas sepanjang tahun kecuali monsun. Kat sini, setiap 3 bulan tukar cuaca. Baju pun berubah ikut cuaca begitu juga dengan mood. Yang paling tak tahan tu, kesejukannya menusuk hingga ke tulang belulang! Macam mana nak study kalau sejuk. Kalau heater rosak memang nahas. Duvet pulak memang kena beli yang tebal. Itulah the first thing yang aku cari masa mula-mula sampai dulu.

Lagi satu pengaruh kawan-kawan. Kat sini kena pandai pilih kawan. Dulu mak aku selalu kata, kawan tu penting... kawan tulah yang akan mempengaruhi hidup kita. Kalau salah pilih, jawabnya tak study la. Asyik enjoy je bila nak siap kerja. Tak berkawan pun tak boleh juga. Kita perlukan kawan untuk minta pertolongan dan bantuan. Kat sini konsep dia, sharing dan tolong menolong. Ye lah, masing-masing jauh dari keluarga. Jadi, kawan-kawan tu jadi keluarga. Special thanks tu Shikin, Nani, K. Zah, Khaliza dan Mai. Apapun, terima kasih juga pada bonda tercinta yang selalu memberi nasihat dan sentiasa mendoakan kami di sini.

Pengalaman ini mungkin applicable pada kawan-kawan dan mungkin tidak. Aku sekadar berkongsi pengalaman yang ada.

2 comments:

  1. Puan Aida,
    it was so overwhelming to read this entry of yours. although previously you have sounded so tensed, I guess you are now able to cope and move on. this entry has given me an insight that would really be a good one before i start my masters class in august.

    please doa for me and other friends. wherever you are,whatever you will become, you are always my darling teacher whom I respect and love even more!

    and.. brush up your scottish! hehehehe..
    (i need a glass of wa'er!):p

    ReplyDelete
  2. Chayok Puan Aida..u have us to support..money tak dapat la...tapi kalu smangat..kitorang sokong berhabis-habisan la!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...