Search This Blog

Wednesday 9 November 2011

Kompilasi Petua utk Seri Wajah

Pilihan 1: Giling hingga lumat 7 mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tersebut pada seluruh muka dan badan anda secara perlahan-lahan hingga daki keluar.



Pilihan 2: Goreng 1 cawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi.



Pilihan 3: Basuh dan tumbuk hingga lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau dan gaul sampai rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda sebelum dibilas dengan air bersih.



Pilihan 4: Goreng 1 cawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan 1 sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata anda.



Pilihan 5: Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda perlu. Air rebusan tersebut dicampurkan 1sudu besar madu dan 2 sudu besar jus buah prun. Minum 2 kali sehari.



Pilihan 6: Bersihkan 1 buku ibu kunyit dan buang kulitnya. Kemudian bakar sehingga layu dan tumbuk halus. Campur dengan 1/4 cawan air dan tapis sebelum diminum air tersebut. Ibu kunyit ini hanya diminum sekali sahaja selepas ibu-ibu melahirkan anak.



Pilihan 7: Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan selama 15 - 30 minit. Kemudian bilas. Amalkannya sebelum tidur.



Pilihan 8: Rendam kacang soya, kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.



Pilihan 9: Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat 3 kali sebelum mandi pagi. Kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.



Pilihan 10: Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan yang sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat 3 kali. Amalkannya 3 malam berturut-turut dan anda boleh lihat perbezaannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...