Search This Blog
Sunday, 25 March 2012
Wednesday, 14 March 2012
Bergantunglah pada Allah
Antara tanda seseorang bergantung kepada amal ialah kurang harapan kepada Allah ketika berlaku gelinciran dosa. Awasi diri daripada bergantung kepada redha Allah dan balasan yang dijanjikan kepadamu seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain tetapi bergantunglah kepada Rahmat Allah dan kemuliaannya - Ibn 'Ataillah
Ilmu
"Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajari nescaya Alllah akan mewariskannya ilmu apa yang dia tidak ketahui" - Syeikh Muhammad Nasirudin al-Albani.
Ilmu
Pertikaian terlalu banyak. Ilmu lawan ilmu kekadang membuat kita keliru. Hujah yang pelbagai, menyebabkan kita terus bertikai. Padahal ilmu itu cahaya... mengapa? Kembali kepada soal hati. Tepuk dada, tanya di mana keikhlasan kita? Jika hati penuh iman, pasti akan kukuh persaudaraan, kurang pertikaian. Hakikatnya, ilmu kekakadang lebih memanaskan kepala, kurang menyejukkan hati. Ya Allah, jadikan ilmu jalan menuju iman kami. Jangan jadikan ilmu sebagai hijab antara kami dengan Mu.
Kelawar tidak dapat melihat di siang hari, bukan kerana tidak ada cahaya... tetapi kerana 'kelebihan' cahaya. Ya Allah, berilah kami ilmu yang bermanfaat, hati yang yakin, doa yang didengari. Amin.

Pujuklah Hati
Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran.
Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan?
( ustaz Pahrol Mohamad Juoi)

Tuesday, 13 March 2012
Catatanku
Langit tak selalu cerah
Mendung tak beerti hujan
Setiap insan pasti akan diuji dengan pelbagai ujian hidup. Susah dan senang adalah lumrah kehidupan yang pasti kita tidak dapat lari.
Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari
Hidup ini berliku dan adakala dirasakan bahawa liku-liku ini tidak tertanggung. Adakala di suatu ketika kita ketawa kegirangan dan seminit kemudian, kita kesedihan. Inilah kehidupan. Ujian-ujian ini juga adalah sebagai pengukur keimanan kita. Sejauh mana kita mengakui keesaanNya. Malah ujian ini juga yang membuatkan kita lebih matang dan tabah. Al-Quran juga ada menegaskan,
Do people think that they will be left alone because they say:" We believe," and will not be tested and
We indeed tested those who were before them"... Allah knows all that before putting them to test
(Ankabut: 2-3).
Jelas di sini, Allah menjanjikan bahawa setiap manusia akan diuji dan ujian itu pasti datang dalam pelbagai cara yang berbeza-beza kerana Allah itu maha mengetahui. Dia hanya memberikan ujian yang termampu ditanggung oleh makhluknya ini kerana Allah takkan membebankan makhluknya dan tatkala kita mengakui bahawa kita beriman dengannya, haruslah kita redha dengan segala ujian yang diberikannya. Bahawasanya, nikmat Allah adalah sangat besar dan luas. Hanya Dia yang paling mengerti apa yang terbaik buat makhluknya.
Therefore,
Life goes on
dan
aku
kini
mencari kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang ku harapkan berpenghujung, insyaallah. Amin.

Thursday, 1 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)