Search This Blog

Tuesday 13 March 2012

Catatanku

                                                      Langit tak selalu cerah
                                  Mendung tak beerti hujan


Setiap insan pasti akan diuji dengan pelbagai ujian hidup. Susah dan senang adalah lumrah kehidupan yang pasti kita tidak dapat lari.
                             

                          Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari



Hidup ini berliku dan adakala dirasakan bahawa liku-liku ini tidak tertanggung. Adakala di suatu ketika kita ketawa kegirangan dan seminit kemudian, kita kesedihan. Inilah kehidupan. Ujian-ujian ini juga adalah sebagai pengukur keimanan kita. Sejauh mana kita mengakui keesaanNya. Malah ujian ini juga yang membuatkan kita lebih matang dan tabah. Al-Quran juga ada menegaskan,

       Do people think that they will be left alone because they say:" We believe," and will not be tested and
       We indeed tested those who were before them"... Allah knows all that before putting them to test
       (Ankabut: 2-3).

Jelas di sini, Allah menjanjikan bahawa setiap manusia akan diuji dan  ujian itu pasti datang dalam pelbagai cara yang berbeza-beza kerana Allah itu maha mengetahui. Dia hanya memberikan ujian yang termampu ditanggung oleh makhluknya ini kerana Allah takkan membebankan makhluknya dan tatkala kita mengakui bahawa kita beriman dengannya, haruslah kita redha dengan segala ujian yang diberikannya. Bahawasanya, nikmat Allah adalah sangat besar dan luas. Hanya Dia yang paling mengerti apa yang terbaik buat makhluknya.

Therefore,

Life goes on

dan

aku

kini

mencari kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang ku harapkan berpenghujung, insyaallah. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...