Search This Blog

Monday 14 May 2012

Oh My...

Kisah di hari ibu...


Si anak berlari-lari mendapatkan si ibu. Dengan muka yang berseri-seri si anak tampak cukup gembira, "Mommy!Mommy!". "Ya,sayang. Ada apa", jawabku bersahaja. "Mommy, can I give you your present today?" katanya kepadaku. "What present? and what for?" balasku. "You know, tomorrow is mother's day and I bought you something. But tomorrow is still far so I have decided to give you the present today. Would you accept it if I give it to you today?" pintanya. Sayu rasanya apabila memandang wajahnya yang penuh pengharapan. Jawabku, "Oh sweetheart, why not. I'd love to". Lantas dia berlari ke bilik untuk mendapatkan hadiah yang dibelinya dan terus diberikan kepadaku Terpancar diwajahnya kegembiraan dan satu perasaan bahawa dia cukup puas dapat memberikan aku sesuatu tanda kasihnya padaku. Aku menerima kuntuman bunga itu dengan berbesar hati. Jauh di sudut hatiku, aku begitu syahdu di atas ingatan tulus ikhlas anak ku. Ketahuilah anakku bahawa kamulah hadiah yang terbaik dalam hidupku.

Kejutan seterusnya aku terima daripada anakku yang sulung. Dia memberikanku sekuntum bunga ros beserta teddy bear dan satu kad buatan sendiri. Ternyata hadiah si kakak melebihi hadiah si adik. Tak kisahlah apapun, ingatan mereka terhadapku cukup buat ku rasa bertuah. Terharu dan sayu rasa dihati.

Tapi tiba-tiba, anakku yang kecil merapatiku... Dengan suara yang perlahan dia berkata, "mommy, do you like my present? Which present do uou like most?"... Menyedari apa yang bermain difikirannya, aku menjawab," oh sweetheart, it is the thoughts that matters. Not the presents. My love for you is unconditional". Dia terus berlalu pergi sambil tersenyum puas.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...