Hari aku terlampau tension, jadi aku mengabdikan diri terhadap hobiku iaitu mengumpul pottery dan membelek segala jenis collection aku dengan harapan segala perasaanku akan hilang. Tambahan pula, semalam aku berjalan-jalan dan terjumpa beberapa yang menarik perhatian aku, apa lagi sambar je lah.... bertambah lagi koleksi ku ini, seronoknya tidak terkata. Nak balik Malaysia, apakan daya, mana sempat. Nak jalan jauh-jauh, cuaca pulak tak elok, sejuk pulak tu. Jadi, aku buat keputusan untuk melayan hobi je lah jawabnya. Lagi best! Friends (sesapa yang minat) jomlah kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat tentang hobi mengumpul pinggan mangkuk nih. Heh heh! Orang pompuan.....kalau orang lelaki sibuk kumpul keta macam hubby aku tu la. Hari hari melayari internet ushar kereta idaman hati. Aku pulak usahar segala pinggan mangkuk la. Baru fair and square! Walaupun, aku tak dapat lagi nak mendisplaykan segala pinggan mangkuk aku tu sebab tak ada almari yang cantik lagi (baru ushar nak beli). Bubuh dalam kotak je la. Nanti balik Malaysia barulah nak susun cantik cantik!he he he. Nak upload gambar? Nanti aku upload sebabnya aku baru nak membelek betul-betul nih. Tunggu!!!!!!
So far, sejak aku buka blog nih, dapat jugak banyak kenalan baru yang mempunyai hobi yang sama dengan aku. Best sangat walaupun cuma kenal di laman sesawang ni. Friendship tak kenal siapa dan usia. Janji boleh get along well, tu yang paling penting. Lebih baik cam ni daripada 'friends' yang ada depan mata tapi menyakitkan hati. Friends ke tuh.....
Apapun, tunggu kemunculan koleksi terbaru aku....
Jumpa lagi!
noor
No comments:
Post a Comment