Search This Blog
Monday, 17 August 2009
WORLD PIPE BAND CHAMPIONSHIPS 2009
Cuba tengok gambar di atas. Menarik bukan?
Free entry.... best tau! Tak kena duit.....
kat sini susah nak cari tempat yang tak kena duit.... semua mahal.....
Bangunan tersebut namanya People's Palace Winter Garden. Bangunan ini merupakan muzeum dan Scottish Cartoon & Art Gallery. Tempatnya memang cantik dan menarik. Terdapat pelbagai lukisan dan hasil seni di pamerkan di galeri ini dan yang paling penting, dibelakang bangunan ini terdapat sebuah park yang dinamakan Glasgow Green, dimana World Band Pipe Championships diadakan baru-baru ini Sabtu 15 August 2009. Kami pun mengambil peluang keemasan ini untuk menyaksikan sendiri pertandingan band pipe. Memang menarik dan unik. Gambar-gambar di bawah merupakan sedikit sebanyak gambar yang sempat diambil sepanjang kejohanan berlangsung. Walaupun hujan lebat, kami tetap tunggu juga sebab peluang ini bukan datang selalu... jadi lebih baik tengok puas-puas.
Poster kejohanan ....
The Doulton Fountain yang terletak dihadapan bangunan galeri tersebut. Fountain ni memang cantik dan klasik. Cuba lihat ukiran-ukiran yang terdapat pada fountain ni, memang kelas... zaman dahulu kala...
Manakala yang bawah ini adalah pasukan band pipe Strathclyde Fire & Rescue. Cuba tengok.... pakaian mereka itu adalah pakaian tradisi/ pakaian perang yang dinamakan KILT. Mahal tu... sepasang boleh mencecah hingga ribuan ringgit... jangan main-main.... walaupun nampak macam skirt pendek je.
Mamat ni, tengah practise tiup bag pipe sebelum kejohanan bermula. Susah juga nak tiup bagpipe ni rupanya. kalau silap boleh sumbang lagunya...
Kami pun sempat jugak la bergambar dengan dua remaja ni... kalau nak tahu... peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan ni berusia dari 4 tahun sehinggalah 60 tahun. Hebatkan...kecil-kecil dah pandai tiup bagpipe.
Kakak tu... dapat la merasa pegang bagpipe. Berat rupanya.... ingatkan ringan....
Budak kecik baju hitam tu pulak sedang khusyuk menyaksikan team ni. Kalau nak tahu, dia memang suka sangat orang main bagpipe. Tak kelip-kelip mata dia sampaikan orang ajak balik tak mau! nak tengok sampai habis....
mana nak pergi sekarang? Kena buat pilihan la pulak....
Tengok... dalam jalan-jalan tu, terjumpalah pulak seorang mat saleh ni rambut merah meyala... kenapa? tak percaya... cuba tengok gambar.....ha ha ha rambut betul tu... kat sini tak hairan ha... rambut ada macam-macam kaler.... ada sesetengah tu rambut macam pelangi.... bertompok-tompok. Nasib baik yang topi merah tu tak teringin nak rambut merah, kalau tak.... naya!
Cuba tengok beg yang dia pakai tu... itulah salah satu elemen KILT. Cantik... ada macam-macam jenis.
Yang ni pulak masa practise jugak.... almaklumlah kejohanan dunia... tengok... rumput semua basah sebab cuaca memang tak cantik. Habis cacing semua timbul.... besar-besar tau cacing. Pacat tak dak la pulak...
Yang ni masa baru nak bermula bergerak... mula nak jalan. Mereka memang teratir dan berdisiplin.
Apa pun, memang seronoklah sebab dapat tengok kejohanan ni. Peluang keemasan..... sekurang-kurangnya inilah kelainan Scotland dari tempat-tempat lain. SEluruh dunia bersatu dalam kejohanan ini - Canada, America, Australia dll lagi. Kebanyakan mereka semua scottish yang merantau... akhirnya pulang ke tanah air sendiri untuk bertanding.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment