Search This Blog

Saturday, 22 August 2009

PUASA

Salam,


Hari ini, hari pertama aku berpuasa di perantauan setelah beberapa tahun. Jauh dari ibubapa dan sanak saudara.

Pada dasarnya, tidak banyak perbezaannya seperti menjalani ibadah puasa di Malaysia. - kita sahur dan berbuka. Bezanya cuma di sini masa berpuasa tu adalah agak lama. Sebagai contoh, waktu bersahur adalah jam 2 pagi dan waktu berbuka pula jam 9.00 malam. Jadi, lebih kurang 18 jam berpuasa. Kemudian, berpuasa di sini tidaklah semeriah seperti berpuasa di tanah air. Kalau di tanah air, bulan puasa nilah masanya kita dapat merasai pelbagai jenis juadah, kuih muih dan macam-macam lagi. Bulan puasa jugalah masa kita berbelanja besar untuk makanan. Kadang-kadang tu, sehari berbelanja sehingga RM50.00 untuk makanan siap. Tapi di sini, tiada pasar ramadhan yang menyediakan pelbagai jenis juadah berbuka puasa. Kami berbuka secara ala kadar sahaja. Makan apa yang sempat dimasak. Selalunya, masak nasi dan lauk sahaja. Kuih muih tu memang tak sempat nak buatlah. Karipap, cucur badak, tepung talam, seri muka, apam balik, dan lain lain tu memang tiada dalam menu. Kalau pizza segera tu ada banyaklah dalam peti ais! Apa nak buat, inilah yang dikatakan pengorbanan. Pengorbana demi mengejar ilmu pengetahuan. "Tak apa, bukan lama lagi pun.... sekejap je lagi", itu cara aku memujuk anak-anak dan hati sendiri.

Seperti di Malaysia, terawikh di masjid. Masjid yang paling dekat ialah Masjid Al-Farouk. Masa inilah dapat jumpa ramai orang Islam dari pelbagai bangsa. Meriah dan seronok la jugak. Aku cuma berharap agar anak-anak dapat membiasakan diri berpuasa di tempat orang ni. Dugaan mereka tu muncul masa kat sekolahlah. Sekolah mat saleh ni lain lah sikit - banyak aktiviti walau dibulan puasa. Apa taknya, mat saleh-mat saleh ni tak puasa!

Semalam petang, aku ke kedai cina mencari barang-barang dapur. Biasalah, dekat nak hujung bulan kenalah berbelanja. Lagipun, nak puasa ni kenalah penuh-penuhkan almari dapur tu. Mana sempat nak pergi beli hari-hari. Masa tengah mencari-cari barang tu, terjumpalah buah durian! besar lagi tapi harganya sekilo 20 pound! mak ai! mahal tu.... jawabnya tengok je la.... Lepas tu, kami pun belek-belek paket-paket di dalam freezer kedai, terjumpa pula durian yang dah siap kopek di dalam bekas. Harga jualan 4 pound untuk 3 ulas. Aku pun belilah 2 bekas buat habuan anak-anak. Bukannya apa, beberapa hari yang lepas, anak-anak sibuk tanyakan pasal buah durian. Mereka memang suka sangat buah durian ni. Bila ada yang murah sikit macam ni boleh lah beli.... janji anak-anak dapat rasa cukuplah.

Apapun, berpuasa di perantauan ni membawa seribu pengalaman yang penuh bermakna. Walau jauh dari keluarga dan sanak saudara, aku serta suami dan anak-anak tetap menjalankan ibadah ini dengan sebaik mungkin. Semoga ibadah kami diberkati Allah hendaknya. Semoga bertambah iman dan taqwa.... amin.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...