Long-felt desires, hopes as long as vain--
sad sighs--slow tears accustomed to run sad
into as many rivers as two eyes could add,
pouring like fountains, endless as the rain--
cruelty beyond humanity, a pain
so hard it makes compassionate stars go mad
with pity: these are the first passions I've had.
Do you think love could root in my soul again?
If it arched the great bow back again at me,
licked me again with fire, and stabbed me deep
with the violent worst, as awful as before,
the wounds that cut me everwhere would keep
me shielded, so there would be no place free
for love. It covers me. It can pierce no more.
(Faiz Five Guttenberg)
Search This Blog
Tuesday, 31 August 2010
Douce Saint-Valentin d'amour
Le coeur qui crie l'amour,
pour cette femme tout les jours,
celle qui a notre coeur,
et notre bonheur ...
Une femme parfaite à nos yeux,
nos yeux tant amoureux,
on était à la recherche d'amour,
et enfin elle est là chaque jour ...
Une saint-valentin dans ses bras,
où on glisse des mots tout bas,
pour dire son amour,
qui pour elle durera toujours ...
Elle qui a notre coeur,
qui sèche nos pleurs,
et en cette belle saint-valentin,
cet amour ne fait qu'un ...
Certains attendent des bébés,
et d'autres seulement à s'aimer,
certains vont se mariés,
et d'autres l'amour fêté ..
(Five Guttenberg)
pour cette femme tout les jours,
celle qui a notre coeur,
et notre bonheur ...
Une femme parfaite à nos yeux,
nos yeux tant amoureux,
on était à la recherche d'amour,
et enfin elle est là chaque jour ...
Une saint-valentin dans ses bras,
où on glisse des mots tout bas,
pour dire son amour,
qui pour elle durera toujours ...
Elle qui a notre coeur,
qui sèche nos pleurs,
et en cette belle saint-valentin,
cet amour ne fait qu'un ...
Certains attendent des bébés,
et d'autres seulement à s'aimer,
certains vont se mariés,
et d'autres l'amour fêté ..
(Five Guttenberg)
Lambakan guru wanita
An interesting article to be shared...
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my
2010/08/30
rencana@hmetro.com.my
2010/08/30
SIFAT KEWANITAAN...guru wanita lebih memahami manakala pelajar lebih terbuka berkongsi masalah.
Berikutan ketidakseimbangan jantina itu, timbul persoalan, sampai bilakah senario ini akan berterusan?
Tokoh Guru Kedah Sayed Mahdzir Sayed Omar, berkata lambakan itu bukannya disebabkan golongan lelaki terlalu memilih, tetapi tawaran kerjaya lain lebih menarik.
Beliau berkata, dulu bidang kerjaya terhad, kini dengan perkembangan ekonomi memberangsangkan, wujud pelbagai bidang pekerjaan yang memerlukan kepakaran tertentu.
"Sesetengah lelaki memilih bidang perguruan, mungkin gagal mendapat pekerjaan lain di luar atau guru adalah pilihan terakhir mereka.
Monday, 30 August 2010
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA!!!!!!!!!!!!
WALAUPUN SAYA JAUH DI PERANTAUAN, SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA. MOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMATNYA KE ATAS BUMI MALAYSIA DAN SEGENAP LAPIS GENERASI MALAYSIA.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
WALAUPUN SAYA JAUH DI PERANTAUAN, SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA. MOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMATNYA KE ATAS BUMI MALAYSIA DAN SEGENAP LAPIS GENERASI MALAYSIA.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Friday, 27 August 2010
Letih
Dear friends, followers and readers,
Hari ini adalah hari yang sangat-sangat meletihkan. Aku tidak punya modal untuk meulis untuk tatapan teman-teman dan sahabat semua.
Cuma, bagiku, dipertengahan ramadahan ini, semua akan berjalan dengan lancar dan sempuna. Aku memohon kepada yang Maha Esa agar dipermudah segala urusanku. Amin.
HIngga bertemu lagi.

Thursday, 26 August 2010
Kota Buku Kuala Lumpur?
Interesting article....
ARKIB : 15/08/2010
Di atas 'kertas',impian dan hasrat Kota Buku Kuala Lumpur(KBKL) adalah:
Sebagai pusat sehenti bagi semua penggiat buku, penulis, dan pembaca;
Menjadi pusat pameran dan jualan buku terbitan syarikat tempatan dan luar negara;
Pusat sehenti kepada pelbagai urusan jual beli buku dan bagi pelbagai urus niaga membabitkan industri buku;
Menyediakan kemudahan kepada pustakawan, pensyarah, penyelidik, pelajar dan semua pihak berkaitan untuk mendapatkan koleksi buku terkini dan terpakai terbitan dalam dan luar Negara;
Menyediakan kemudahan bagi melaksanakan aktiviti pengumpulan maklumat untuk apa juga perkara berkaitan industri buku Negara.
Dikhabarkan lokasi KBKL ialah di Sekolah Rendah Kebangsaan (L) Jalan Batu dan akan digerakkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Usaha murni MBKM dan ITNM dalam menggerakkan pembangunan KBKL akan menjadi satu titik permulaan dalam melakarkan sejarah penting dalam pembangunan budaya membaca dan perbukuan.
Bagi pencinta buku pula, kehadiran KBKL merupakan berita yang cukup menggembirakan kerana mereka akan dapat melakukan aktiviti 'kegilaan' mereka iaitu 'memburu' buku terpakai, buku murah, buku nadir, buku terkini bagi melengkapkan koleksi perpustakaan peribadi mereka.
Secara sejarahnya, KBKL ini serta kota-kota buku dan kampung-kampung buku dunia yang lain berakar kepada konsep kampung buku yang diasaskan oleh Richard Booth di Hay-On-Wye, Wales, UK pada bulan April,1977. Hay-On-Wye pada asalnya sebuah perkampungan lama yang ditinggalkan dan telah dihuni oleh Booth bersama keluarganya sejak 1903. Booth terfikir untuk membangunkan kampung beliau dan menjadikannya perhatian masyarakat dunia.
Apa yang terlintas di benak beliau ialah mewujudkan sebuah kampung buku. Paling menarik selain daripada koleksi bukunya, 'Hay-On-Wye' juga akan menjadi tarikan kepada para pelancong. Booth begitu yakin kerana idea beliau tentang Hay-On-Wye amat unik dan boleh menjadi kawasan perniagaan yang kompetitif.
Kesedaran
Sehingga kini sudah terdapat 33 kampung buku dan kota buku yang tersenarai di International Organization of Book Town (IOB) yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewujudan kota buku. Selain itu, ia juga meningkatkan kualiti kota buku itu sendiri selain memperkuatkan ekonomi luar bandar. Keempat pula memperkuatkan perniagaan persendirian di kota buku dan yang terakhir ialah untuk mempromosikan warisan budaya ke mata dunia . Namun dari segi kota buku itu sendiri barangkali Paju Book City di Korea Selatan merupakan kota buku yang paling gah di mata dunia.
Paju Book City adalah kompleks industri memaparkan budaya nasional yang dibina seluas 1600 hektar, di daerah berdekatan Munbal-ri-secangkir Gyoha Paju-si Gyeomggi-do. Telah dibina selama 17 tahun dengan kerjasama seluruh penerbit bagi tujuan membina suatu budaya industri perbukuan.
Namun persoalan yang lebih besar dalam penubuhan KBKL ialah bagaimana hendak menjadikan buku produk pembangunan budaya tinggi yang mendasari pembangunan negara berbudaya tinggi.
Dari perspektif makronya, kota buku adalah kota budaya dan berkait rapat dengan buku sebagai produk budaya tinggi. yang akan melahirkan masyarakat berbudaya tinggi yang diwarnai pula oleh masyarakat yang mempunyai budaya membaca yang luar biasa. Ini tentunya tidak memadai dengan hanya membaca 8 hingga 12 buah buku setahun sebagai mana yang di laporkan dalam profil membaca rakyat malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Terangkum dalam masyarakat berbudaya tinggi adalah masyarakat yang halus akal budinya, sentuhan artistiknya dan rasa seni yang mendalam. Lebih dari itu akan terjelma rasa penghormatan yang tinggi terhadap sasterawan, pengarang, budayawan, ilmuwan, pemikir dan bukannya penghormatan keliru terhadap 'ikon palsu' dan 'selebriti ciptaan' yang akhirnya, menurut seorang pemikir Pitrim Sorokim, membentuk budaya hedonistik yang penuh kepalsuan.
Buku sebagai citra dan produk budaya akhirnya mewarnai aspek kehidupan penghuni kotanya. Buku bukan hanya menjadi sebuah industri semata tetapi wahana pembudayaan manusia yang beradab. Pada hemat penulis, Kuala Lumpur sudah pun mempunyai prasarana budaya kota buku iaitu Perpustakaan Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Arkib Negara, Muzium Negara. Apa yang diperlukan, bagaimana institusi budaya ini dapat dimanfaatkan secara bijaksana dengan 'bangunan' atau 'kompleks' kota buku yang ingin dibangunkan.
KBKL yang bakal dibangunkan nanti harus mengelak dari terjebak dengan 'mainan politik' atau memenuhi kepentingan golongan-golongan tertentu.
ARKIB : 15/08/2010
Kota Buku Kuala Lumpur?
Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN
shaharomtm@yahoo.com
Ada pelbagai persoalan-persoalan yang disingkapkan dalam Majlis Diskusi Kota Buku Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini. Antara persoalan yang dibangkitkan ialah; penggeraknya, pengisiannya, pengkaryaannya, hala tujunya, masa depan buku, perbezaan kampung buku, kota buku bahkan bandar raya buku.shaharomtm@yahoo.com
Di atas 'kertas',impian dan hasrat Kota Buku Kuala Lumpur(KBKL) adalah:
Dikhabarkan lokasi KBKL ialah di Sekolah Rendah Kebangsaan (L) Jalan Batu dan akan digerakkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Usaha murni MBKM dan ITNM dalam menggerakkan pembangunan KBKL akan menjadi satu titik permulaan dalam melakarkan sejarah penting dalam pembangunan budaya membaca dan perbukuan.
Bagi pencinta buku pula, kehadiran KBKL merupakan berita yang cukup menggembirakan kerana mereka akan dapat melakukan aktiviti 'kegilaan' mereka iaitu 'memburu' buku terpakai, buku murah, buku nadir, buku terkini bagi melengkapkan koleksi perpustakaan peribadi mereka.
Secara sejarahnya, KBKL ini serta kota-kota buku dan kampung-kampung buku dunia yang lain berakar kepada konsep kampung buku yang diasaskan oleh Richard Booth di Hay-On-Wye, Wales, UK pada bulan April,1977. Hay-On-Wye pada asalnya sebuah perkampungan lama yang ditinggalkan dan telah dihuni oleh Booth bersama keluarganya sejak 1903. Booth terfikir untuk membangunkan kampung beliau dan menjadikannya perhatian masyarakat dunia.
Apa yang terlintas di benak beliau ialah mewujudkan sebuah kampung buku. Paling menarik selain daripada koleksi bukunya, 'Hay-On-Wye' juga akan menjadi tarikan kepada para pelancong. Booth begitu yakin kerana idea beliau tentang Hay-On-Wye amat unik dan boleh menjadi kawasan perniagaan yang kompetitif.
Kesedaran
Sehingga kini sudah terdapat 33 kampung buku dan kota buku yang tersenarai di International Organization of Book Town (IOB) yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewujudan kota buku. Selain itu, ia juga meningkatkan kualiti kota buku itu sendiri selain memperkuatkan ekonomi luar bandar. Keempat pula memperkuatkan perniagaan persendirian di kota buku dan yang terakhir ialah untuk mempromosikan warisan budaya ke mata dunia . Namun dari segi kota buku itu sendiri barangkali Paju Book City di Korea Selatan merupakan kota buku yang paling gah di mata dunia.
Paju Book City adalah kompleks industri memaparkan budaya nasional yang dibina seluas 1600 hektar, di daerah berdekatan Munbal-ri-secangkir Gyoha Paju-si Gyeomggi-do. Telah dibina selama 17 tahun dengan kerjasama seluruh penerbit bagi tujuan membina suatu budaya industri perbukuan.
Namun persoalan yang lebih besar dalam penubuhan KBKL ialah bagaimana hendak menjadikan buku produk pembangunan budaya tinggi yang mendasari pembangunan negara berbudaya tinggi.
Dari perspektif makronya, kota buku adalah kota budaya dan berkait rapat dengan buku sebagai produk budaya tinggi. yang akan melahirkan masyarakat berbudaya tinggi yang diwarnai pula oleh masyarakat yang mempunyai budaya membaca yang luar biasa. Ini tentunya tidak memadai dengan hanya membaca 8 hingga 12 buah buku setahun sebagai mana yang di laporkan dalam profil membaca rakyat malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Terangkum dalam masyarakat berbudaya tinggi adalah masyarakat yang halus akal budinya, sentuhan artistiknya dan rasa seni yang mendalam. Lebih dari itu akan terjelma rasa penghormatan yang tinggi terhadap sasterawan, pengarang, budayawan, ilmuwan, pemikir dan bukannya penghormatan keliru terhadap 'ikon palsu' dan 'selebriti ciptaan' yang akhirnya, menurut seorang pemikir Pitrim Sorokim, membentuk budaya hedonistik yang penuh kepalsuan.
Buku sebagai citra dan produk budaya akhirnya mewarnai aspek kehidupan penghuni kotanya. Buku bukan hanya menjadi sebuah industri semata tetapi wahana pembudayaan manusia yang beradab. Pada hemat penulis, Kuala Lumpur sudah pun mempunyai prasarana budaya kota buku iaitu Perpustakaan Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Arkib Negara, Muzium Negara. Apa yang diperlukan, bagaimana institusi budaya ini dapat dimanfaatkan secara bijaksana dengan 'bangunan' atau 'kompleks' kota buku yang ingin dibangunkan.
KBKL yang bakal dibangunkan nanti harus mengelak dari terjebak dengan 'mainan politik' atau memenuhi kepentingan golongan-golongan tertentu.
Menilai kembali HSPM
Interesting article to be shared with all my readers....
ARKIB : 22/08/2010
Namun dalam program Dialog Orang Muda (DOM) Ke-3 di Rumah Pena baru-baru ini, status “perdana” HSPM dipersoalkan. Melalui tajuk “Hadiah Sastera Perdana: Perdana @ Tidak?" ketiga-tiga panel iaitu Rahimidin Zahari, Salman Sulaiman dan Siti Raihani Mohd Saaid melalui hujah masing-masing secara tidak langsung mewakili suara hati sebilangan besar sasterawan yang mempertikaikan keunggulan HSPM.
Melalui tafsiran pragmatik terhadap ulasan ketiga-tiga panel, ternyata HSPM bermasalah dan dianggap tidak perdana lagi bagi mewakili anugerah tertinggi dan berprestij kerana ada keraguan pada kerangka penilaiannya.
Hal ini termasuklah keraguan sama ada penilaian itu dibuat berdasarkan teks atau ketokohan seseorang penulis, atau lebih tepatnya karya atau pengkarya itu sendiri? Sekiranya karya itu yang menjadi nilaian kelayakan, masih banyak ketidakpuasan hati kalangan sasterawan terhadap neraca timbangan yang tidak bertepatan dengan nilai layak yang sepatutnya diletakkan oleh penilai-penilai.
Sebaliknya pula jika ketokohan pengkarya itu yang menjadi ukur nilai pemilihannya, masih boleh dipersoalkan kredibiliti penerima hadiah tersebut. Ini kerana jika diteliti sejarah hadiah ini, masih ramai sasterawan yang berkualiti tidak terpilih. Jadi pertanyaan yang timbul seputar pemilihan teks atau ketokohan ini berbalik kepada sentimen peribadi panel penilai HSPM itu sendiri. Ramai yang meragui dan menganggap ada panel “memilih bulu” dalam pemilihan sehingga mengorbankan nilai prestij hadiah ini.
Rungutan
Melalui DOM, beberapa perkara utama dibangkitkan iaitu kredibiliti pemilihan dan urusan teknikal berkaitan pengumpulan karya yang ingin dinilai. Sering menjadi rungutan ekoran ketidakpuasan terhadap panel yang sesetengahnya rela meminggirkan karya yang baik dan memilih karya daripada penulis berbeza lantaran terdapatnya penulis yang sama sudah memenangi beberapa kategori.
Menurut Siti Raihani, terbukti wujud kes panel memilih penulis berbanding nilai karya. Malah ada kalanya panel menolak karya sesetengah penulis kerana sentimen peribadi walaupun karyanya sangat baik, sebaliknya memilih karya penulis lain yang tidak mencapai tahap.
Dalam hal ini, katanya, sikap panel yang berdolak-dalik dalam kriteria pemilihan hadiah menjadi rungutan yang tidak berkesudahan. Ini kerana tiada penegasan dalam kriteria yang sepatutnya tidak menjadi korban sentimen panel dan organisasi penganjur.
Salman pula menyimpulkan HSPM sebagai kurang perdana kerana pengkarya dikehendaki menghantar karya mereka sendiri kepada urusetia penilai. Kelemahan dalam aspek teknikal ini membuktikan pihak penganjur gagal dalam meletakkan hadiah ini ke tahap dan peringkat yang sewajarnya, setaraf dengan gelaran “perdana“nya yang diamanahkan itu. Sejak kewujudan hadiah ini, pengkarya diminta menghantar karya mereka dalam bentuk salinan kepada pihak penganjur untuk dinilai, tidak kira penulis itu terkenal atau penulis muda yang baru mengenal dunia sastera nusa.
Syarat ini seolah-olah meletakkan hadiah berprestij ini menyamai sesebuah peraduan kerana sesebuah peraduan ini berdasarkan penyertaan mereka yang “beradu”, bukannya dipilih dan “dinilai”. Hal ini terbukti dalam syarat dan peraturan keenam yang ditetapkan oleh urusetia HSPM yang berbunyi “Setiap judul karya, sama ada buku atau eceran, hendaklah dihantar dalam empat naskhah karya asli atau salinan fotokopi yang jelas dan dijilid kemas.”
Justeru itu DOM berharap agar HSPM terus dikembalikan peranannya sebagai pengiktiraf perdana mutu karya sastera negara sebelum masyarakat hilang keyakinan terhadap kegahannya suatu ketika dahulu. Aspek mutu haruslah dikirapakai sebagai kayu ukur penilaian di mana hanya karya dalam media sastera perdana sahaja dipilih, bukannya menilai keseluruhan karya siaran “majalah kaki lima”. Sebagai contoh, HSPM bolehlah mengenalpasti majalah-majalah yang mempunyai 60 peratus tulisan dan karya serius dan meminggirkan majalah yang memuatkan 90 peratus hiburan dalam senarai sumber penilaiannya.
Konsisten
Turut disarankan agar HSPM konsisten dalam penganjurannya, telus dalam penilaian tanpa mengira faktor umur dan pengkaryaan, dan mengirapakai aspek mutu sebagai kayu ukur penilaian. Dalam hal ini, ketiga-tiga panel merujuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) sebagai contoh. Maka, untuk melaksanakan tanggungjawab besar ini, seharusnya satu sekretariat diwujudkan bagi menyelaras kerja-kerja penilaian supaya prestasi penganjurannya terus unggul.
HSPM boleh menjadi prasarana intelektual dunia sastera jika pihak penganjur benar-benar faham matlamat hadiah yang membawa erti yang sangat besar itu. Maka sayugialah bicara seputar penambahbaikan hadiah ini dipedulikan dan dipandang positif agar ia dapat memikul amanah sebagai anugerah berprestij negara dalam erti kata membawa aspirasi kesusasteraan negara, di mana karya dan pengkarya yang terpilih akan menjadi rujukan sasterawan serta pengkaji sastera tempatan dan antarabangsa.
ARKIB : 22/08/2010
Menilai kembali HSPM
Oleh Rozais al-Anamy
HADIAH Sastera Perdana Malaysia (HSPM) diwujudkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah pengiktirafan dwitahunan ke atas karya sastera Melayu pelbagai genre yang memperlihatkan mutu penciptaan yang tinggi. Antara matlamat hadiah ini adalah untuk menggalakkan penciptaan dan penerbitan karya sastera bermutu dalam bahasa Melayu, dan mengiktiraf karya yang telah mencapai tahap mutu yang membanggakan. Ringkasnya, HSPM memilih karya yang benar-benar layak setanding dengan hadiah paling berprestij dalam bidang sastera tanah air.Namun dalam program Dialog Orang Muda (DOM) Ke-3 di Rumah Pena baru-baru ini, status “perdana” HSPM dipersoalkan. Melalui tajuk “Hadiah Sastera Perdana: Perdana @ Tidak?" ketiga-tiga panel iaitu Rahimidin Zahari, Salman Sulaiman dan Siti Raihani Mohd Saaid melalui hujah masing-masing secara tidak langsung mewakili suara hati sebilangan besar sasterawan yang mempertikaikan keunggulan HSPM.
Melalui tafsiran pragmatik terhadap ulasan ketiga-tiga panel, ternyata HSPM bermasalah dan dianggap tidak perdana lagi bagi mewakili anugerah tertinggi dan berprestij kerana ada keraguan pada kerangka penilaiannya.
Hal ini termasuklah keraguan sama ada penilaian itu dibuat berdasarkan teks atau ketokohan seseorang penulis, atau lebih tepatnya karya atau pengkarya itu sendiri? Sekiranya karya itu yang menjadi nilaian kelayakan, masih banyak ketidakpuasan hati kalangan sasterawan terhadap neraca timbangan yang tidak bertepatan dengan nilai layak yang sepatutnya diletakkan oleh penilai-penilai.
Sebaliknya pula jika ketokohan pengkarya itu yang menjadi ukur nilai pemilihannya, masih boleh dipersoalkan kredibiliti penerima hadiah tersebut. Ini kerana jika diteliti sejarah hadiah ini, masih ramai sasterawan yang berkualiti tidak terpilih. Jadi pertanyaan yang timbul seputar pemilihan teks atau ketokohan ini berbalik kepada sentimen peribadi panel penilai HSPM itu sendiri. Ramai yang meragui dan menganggap ada panel “memilih bulu” dalam pemilihan sehingga mengorbankan nilai prestij hadiah ini.
Rungutan
Melalui DOM, beberapa perkara utama dibangkitkan iaitu kredibiliti pemilihan dan urusan teknikal berkaitan pengumpulan karya yang ingin dinilai. Sering menjadi rungutan ekoran ketidakpuasan terhadap panel yang sesetengahnya rela meminggirkan karya yang baik dan memilih karya daripada penulis berbeza lantaran terdapatnya penulis yang sama sudah memenangi beberapa kategori.
Menurut Siti Raihani, terbukti wujud kes panel memilih penulis berbanding nilai karya. Malah ada kalanya panel menolak karya sesetengah penulis kerana sentimen peribadi walaupun karyanya sangat baik, sebaliknya memilih karya penulis lain yang tidak mencapai tahap.
Dalam hal ini, katanya, sikap panel yang berdolak-dalik dalam kriteria pemilihan hadiah menjadi rungutan yang tidak berkesudahan. Ini kerana tiada penegasan dalam kriteria yang sepatutnya tidak menjadi korban sentimen panel dan organisasi penganjur.
Salman pula menyimpulkan HSPM sebagai kurang perdana kerana pengkarya dikehendaki menghantar karya mereka sendiri kepada urusetia penilai. Kelemahan dalam aspek teknikal ini membuktikan pihak penganjur gagal dalam meletakkan hadiah ini ke tahap dan peringkat yang sewajarnya, setaraf dengan gelaran “perdana“nya yang diamanahkan itu. Sejak kewujudan hadiah ini, pengkarya diminta menghantar karya mereka dalam bentuk salinan kepada pihak penganjur untuk dinilai, tidak kira penulis itu terkenal atau penulis muda yang baru mengenal dunia sastera nusa.
Syarat ini seolah-olah meletakkan hadiah berprestij ini menyamai sesebuah peraduan kerana sesebuah peraduan ini berdasarkan penyertaan mereka yang “beradu”, bukannya dipilih dan “dinilai”. Hal ini terbukti dalam syarat dan peraturan keenam yang ditetapkan oleh urusetia HSPM yang berbunyi “Setiap judul karya, sama ada buku atau eceran, hendaklah dihantar dalam empat naskhah karya asli atau salinan fotokopi yang jelas dan dijilid kemas.”
Justeru itu DOM berharap agar HSPM terus dikembalikan peranannya sebagai pengiktiraf perdana mutu karya sastera negara sebelum masyarakat hilang keyakinan terhadap kegahannya suatu ketika dahulu. Aspek mutu haruslah dikirapakai sebagai kayu ukur penilaian di mana hanya karya dalam media sastera perdana sahaja dipilih, bukannya menilai keseluruhan karya siaran “majalah kaki lima”. Sebagai contoh, HSPM bolehlah mengenalpasti majalah-majalah yang mempunyai 60 peratus tulisan dan karya serius dan meminggirkan majalah yang memuatkan 90 peratus hiburan dalam senarai sumber penilaiannya.
Konsisten
Turut disarankan agar HSPM konsisten dalam penganjurannya, telus dalam penilaian tanpa mengira faktor umur dan pengkaryaan, dan mengirapakai aspek mutu sebagai kayu ukur penilaian. Dalam hal ini, ketiga-tiga panel merujuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) sebagai contoh. Maka, untuk melaksanakan tanggungjawab besar ini, seharusnya satu sekretariat diwujudkan bagi menyelaras kerja-kerja penilaian supaya prestasi penganjurannya terus unggul.
HSPM boleh menjadi prasarana intelektual dunia sastera jika pihak penganjur benar-benar faham matlamat hadiah yang membawa erti yang sangat besar itu. Maka sayugialah bicara seputar penambahbaikan hadiah ini dipedulikan dan dipandang positif agar ia dapat memikul amanah sebagai anugerah berprestij negara dalam erti kata membawa aspirasi kesusasteraan negara, di mana karya dan pengkarya yang terpilih akan menjadi rujukan sasterawan serta pengkaji sastera tempatan dan antarabangsa.
Tuesday, 24 August 2010
Kompilasi Doa Ramadhan
Doa Ramadan
- Hari Pertama "Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."
- Hari Kedua "Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"
- Hari Ketiga "Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan, demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."
- Hari Keempat "Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."
- Hari Kelima "Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya' (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih."
- Hari Keenam "Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."
- Hari Ketujuh "Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."
- Hari Kelapan "Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."
- Hari Kesembilan "Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."
- Hari Kesepuluh "Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."
- Hari Kesebelas "Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."
- Hari Kedua Belas "Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."
- Hari Ketiga Belas "Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."
- Hari Keempat Belas "Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."
- Hari Kelima Belas "Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."
- Hari Keenam Belas "Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."
- Hari Ketujuh Belas "Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."
- Hari Kelapan Belas "Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."
- Hari Kesembilan Belas "Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."
- Hari Kedua Puluh "Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."
- Hari Kedua Puluh Satu "Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."
- Hari Kedua Puluh Dua "Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."
- Hari Kedua Puluh Tiga "Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hatiku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."
- Hari Kedua Puluh Empat "Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."
- Hari Kedua Puluh Lima "Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."
- Hari Kedua Puluh Enam "Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."
- Hari Kedua Puluh Tujuh "Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."
- Hari Kedua Puluh Lapan "Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."
- Hari Kedua Puluh Sembilan "Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman."
- Hari Ketiga Puluh "Ya Allah, jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan Rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad SAW dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."
Monday, 23 August 2010
Wanita yang Kau Pilih
Malam selalu panjang
Diwaktu aku
Merindukanmu
Kau bisa
Menjaga aku
Hingga diriku
Merasa teduh
Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karna kita tak mampu
Untuk selalu
Pergi menjauh
Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun t'lah aku minta
Setia sepertiku
Hingga waktunya tiba
Aku percaya penuh
Kau kan buatku
Bahagia...
Karna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku
Diwaktu aku
Merindukanmu
Kau bisa
Menjaga aku
Hingga diriku
Merasa teduh
Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karna kita tak mampu
Untuk selalu
Pergi menjauh
Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun t'lah aku minta
Setia sepertiku
Hingga waktunya tiba
Aku percaya penuh
Kau kan buatku
Bahagia...
Karna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku
Yang Terindah
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
Kau Tercipta
Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan
Kau jadi ratuku
Wahai bidadari ku
langkah lah duniaku..
Bawalah aku ke alam mimpimu
Mencintai mu takkan pernah menjenuh akan ku
Tulusnya hatiku dalam mencintai mu
Semuanya untukmu...
Peluklah aku jika terkenang
Semua kau idamkan
Semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksudku untuk melukaimu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang padamu
Kau tercipta untuk temani diriku...
Bersyukur kita pada Yang Esa(terciptanya cinta)
Ku mendoakan kebahgiaan selalu
Peluk lah aku jika terkenang
Semua kau idamkan semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksud ku untuk melukai mu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang pada mu

Sunday, 22 August 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)