Search This Blog

Tuesday 20 October 2009

Kata Kanak-Kanak

Salam,


Semalam aku menemankan anakku yang kecil (6 yrs) menonton tv. Kebetulan pada masa tu rancangan Spiderman sedang keudara. So, kami tontonlah cerita tu. Masa munculnya iklan, aku biasalah, nak tukar chanel tv tapi anakku tak beri. Kata dia, "I want to watch this movie. Please do not change the programme!". Aku pun akurlah dengan kehendak anakku.

Sebenarnya, cerita spiderman the movie tu dah beribu-ribu kali tengok pun. Tapi budak-budak tetap tak pernah jemu. Jadi, aku pun mengambil kesempatan ini untuk bertanya pada si kecil untuk mendapatkan maklumat dari sudut mata kanak-kanak mengapa beliau sungguh menggemari cerita tersebut. Ini sebahagian daripada conversation kami (the most interesting part of course):

" Adik, why can't I change the tv chanel"

" Because I want to watch this movie"

" Well, you have watched this movie many times! What is it that you like most about this movie?"

"Mommy, I like the story"

"Why do you like the story?"

"Well, I like the story because of the spiderman (the hero)"

"What do you like about him?"

"Well, I like him because he likes to help people. He helps people who are in need. He is awesome and you should see him mommy! He is great because he has lots of actions. One can never be bored watching this movie.

"Do you think it is good to help other people?"

"Yes, mommy. We must help those who are in need. Isn't that what you always told me and kakak?"

"Yes, certainly. But, what about other people such as bad and wicked people? Aren't you afraid of them?"

"No, I am not afraid of anyone because there must be someone who can help us in this world. Well, there are spiderman, superman and many more! Or we can always go to the police, can't we? Then, we'll be safe. You look at the monster (the wicked man), finally he is dead. He deserves it because he is so bad. He hurts other people. I want to be like spiderman because I want to help people"

"Oh....well, you can help people when you grow a little bit older ok. It's time now. Let's go to bed"




It is amazing to see how a little child sees the world. Apa yang dapat aku rumuskan di sini, kanak-kanak mempunyai citarasa dan pendapat masing-masing. Setiap pandangan itu datang dari pemahaman mereka. Setiap apa yang dilihat atau ditonton akan meninggalkan kesan ke atas fikiran mereka. Sebagai contoh, konsep wira dan superhero yang dipaparkan dalam rancangan tv dan filem sudah pastinya meninggalkan kesan yang mendalam di dalam minda kanak-kanak. Kanak-kanak akan berpendapat bahawa dunia adalah selamat dan akan menjadi lebih selamat jika ada manusia-manusia super hero yang membantu setiap manusia yg berada di dalam kesusahan.  Super hero ini diberikan perwatakan yang positif seperti seorang yang aktif, kuat, adil, baik hati, suka membantu, peramah, bencikan kejahatan, bersemangat waja, mempunyai daya pemikiran dan ketahanan yang tinggi. Inilah sifat-sifat seorang hero yang dipaparkan kepada umum dan seterusnya di'digest' oleh kanak-kanak. Maka, watak-watak seperti inilah yang menjadi idola kanak-kanak. Kanak-kanak mahupun perempuan ataupun lelaki akan 'identify themselves with the superhero' kerana mereka ingin/mahu menjadi seperti watak-watak ini. Maka, watak setiap hero di dalam sesebuah cerita itu memainkan peranan penting dalam: (1) storyline/plot dan (2) kesan terhadap audience (termasuk kanak-kanak).

Konsep universal 'bad vs. evil' juga menjadi jelas kepada kanak-kanak. Dari pengamatan di atas, kanak-kanak akan membuat kesimpulan bahawa yang baik akan di balas dengan kebaikan dan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Ini konsep yang dijaja di dalam setiap cerita/filem yang dipaparkan. Secara positifnya, ia mengajar anak-anak kita untuk bersikap baik dan sentiasa berbuat baik dan jangan sekali-kali berbuat jahat. Sebagai contoh, Spiderman (orang baik) akan mendapat segala kebaikan manakala monster (orang jahat) akan menerima segala keburukan termasuk mati kerana kejahatan sendiri.

Tapi hakikatnya, adakah manusia sebegini (super hero) di dalam kehidupan sebenar kita? Adakah kebaikan sentiasa di balas dengan kebaikan? Adakah semua manusia jahat akan mati? Adakah konsep 'live happily ever after' masih lagi applicable di dalam dunia kita ini?


Wallahualam.



noor






1 comment:

  1. as for me, i do believe in 'live happily ever after'. i look at it from a religious perspective.

    it is good to teach young children to be emphatic and inculcate moral values in everything that we teach. i say so because there exists people who say that children should be left alone to think. Beware, without guidance, thinking can lead us to somewhere else, perhaps something negative. I am not restricting creativity, but, as a muslim, i believe in a limit on what we think.


    wallahualam!

    p.s.- nice post, i am amazed with adik's thinking and.. ENGLISH! :p love to both kakak and adik ya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...