Search This Blog

Monday 16 July 2012

Koleksi Petua Untuk Meredakan DEMAM


Petua 1:
Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda. Lakukan sehingga benar-benar sembuh.

Petua 2:
Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Petua 3:
Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Petua 4:
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Petua 5:
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Petua 6:
Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.

Petua 7:
a. Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas.
b. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut.
c. Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Petua 8:
Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.

Petua 9:
Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

Petua 10:
Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.

Petua 11:
Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.

Petua 12:
Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan 2 kali sehari. Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...