Salam,
Semalam aku menemankan anakku yang kecil (6 yrs) menonton tv. Kebetulan pada masa tu rancangan Spiderman sedang keudara. So, kami tontonlah cerita tu. Masa munculnya iklan, aku biasalah, nak tukar chanel tv tapi anakku tak beri. Kata dia, "I want to watch this movie. Please do not change the programme!". Aku pun akurlah dengan kehendak anakku.
Sebenarnya, cerita spiderman the movie tu dah beribu-ribu kali tengok pun. Tapi budak-budak tetap tak pernah jemu. Jadi, aku pun mengambil kesempatan ini untuk bertanya pada si kecil untuk mendapatkan maklumat dari sudut mata kanak-kanak mengapa beliau sungguh menggemari cerita tersebut. Ini sebahagian daripada conversation kami (the most interesting part of course):
" Adik, why can't I change the tv chanel"
" Because I want to watch this movie"
" Well, you have watched this movie many times! What is it that you like most about this movie?"
"Mommy, I like the story"
"Why do you like the story?"
"Well, I like the story because of the spiderman (the hero)"
"What do you like about him?"
"Well, I like him because he likes to help people. He helps people who are in need. He is awesome and you should see him mommy! He is great because he has lots of actions. One can never be bored watching this movie.
"Do you think it is good to help other people?"
"Yes, mommy. We must help those who are in need. Isn't that what you always told me and kakak?"
"Yes, certainly. But, what about other people such as bad and wicked people? Aren't you afraid of them?"
"No, I am not afraid of anyone because there must be someone who can help us in this world. Well, there are spiderman, superman and many more! Or we can always go to the police, can't we? Then, we'll be safe. You look at the monster (the wicked man), finally he is dead. He deserves it because he is so bad. He hurts other people. I want to be like spiderman because I want to help people"
"Oh....well, you can help people when you grow a little bit older ok. It's time now. Let's go to bed"
It is amazing to see how a little child sees the world. Apa yang dapat aku rumuskan di sini, kanak-kanak mempunyai citarasa dan pendapat masing-masing. Setiap pandangan itu datang dari pemahaman mereka. Setiap apa yang dilihat atau ditonton akan meninggalkan kesan ke atas fikiran mereka. Sebagai contoh, konsep wira dan superhero yang dipaparkan dalam rancangan tv dan filem sudah pastinya meninggalkan kesan yang mendalam di dalam minda kanak-kanak. Kanak-kanak akan berpendapat bahawa dunia adalah selamat dan akan menjadi lebih selamat jika ada manusia-manusia super hero yang membantu setiap manusia yg berada di dalam kesusahan. Super hero ini diberikan perwatakan yang positif seperti seorang yang aktif, kuat, adil, baik hati, suka membantu, peramah, bencikan kejahatan, bersemangat waja, mempunyai daya pemikiran dan ketahanan yang tinggi. Inilah sifat-sifat seorang hero yang dipaparkan kepada umum dan seterusnya di'digest' oleh kanak-kanak. Maka, watak-watak seperti inilah yang menjadi idola kanak-kanak. Kanak-kanak mahupun perempuan ataupun lelaki akan 'identify themselves with the superhero' kerana mereka ingin/mahu menjadi seperti watak-watak ini. Maka, watak setiap hero di dalam sesebuah cerita itu memainkan peranan penting dalam: (1) storyline/plot dan (2) kesan terhadap audience (termasuk kanak-kanak).
Konsep universal 'bad vs. evil' juga menjadi jelas kepada kanak-kanak. Dari pengamatan di atas, kanak-kanak akan membuat kesimpulan bahawa yang baik akan di balas dengan kebaikan dan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Ini konsep yang dijaja di dalam setiap cerita/filem yang dipaparkan. Secara positifnya, ia mengajar anak-anak kita untuk bersikap baik dan sentiasa berbuat baik dan jangan sekali-kali berbuat jahat. Sebagai contoh, Spiderman (orang baik) akan mendapat segala kebaikan manakala monster (orang jahat) akan menerima segala keburukan termasuk mati kerana kejahatan sendiri.
Tapi hakikatnya, adakah manusia sebegini (super hero) di dalam kehidupan sebenar kita? Adakah kebaikan sentiasa di balas dengan kebaikan? Adakah semua manusia jahat akan mati? Adakah konsep 'live happily ever after' masih lagi applicable di dalam dunia kita ini?
Wallahualam.
noor
Search This Blog
Tuesday, 20 October 2009
Sunday, 18 October 2009
Najihah's first public performance!
Assalamualaikum semua....
Macam mana hari ini? Harap semuanya ok. Bagi kawan-kawan yang merayakan Deepavali, aku ingin mengucapkan Happy Deepavali. Mesti meriahkan perayaan di Malaysia....
Kali ini aku nak cerita pasal Najihah.... my youngest daughter. Aku nak share sebahagian daripada gambar-gambar dia yang diambil masa Najihah and her friends membuat persembahan di City Council early this year.
Masa tu, aku terlampaulah sibuk jadi tak dapat nak menemankan dia dan menonton persembahan mereka. Jadi aku wakilkan seorang kawan untuk mengambil gambar-gambar untuk kenangan. Kira oklah jugak. Kata Najihah, she was a bit nervous before the performance but later on, everything was ok. Tambah pulak ramai kawan-kawankan. Well, this was a good experience for her. Something special to treasure. Jom kita layan gambar-gambar nih.....

that's my girl in the middle!
preparation time.... can you spot where she is?
view from far..... cantikkan building nih....
during the performance... Ms. English was playing the guitar...
another view......
another view.....
also another view from far....
finished performing.....
najihah nad her team mate....
well, come on, get ready for photo shoot!
better view eh!
another shoot.... stand up straight najihah!
haaa.... caught you...
haaa..... much better..... good picture!
najihah was getting bored and tired of this photo shoot!
"Oh my God! are we finish yet?"
haah .... finally, a wee rest....
najihah and her best friends!
finally, home sweet home.....
Goodbye Miss English!
Najihah had a long day but she had fun. She enjoyed her trip and the performance too. Sorry mommy wasn't there to watch you perform but I will make it up to you ok. Love you always!!!!!!!!!!!!!!!!
noor
Wednesday, 14 October 2009
Alahai....... macam-macam
Salam semua,
Apa khabar? Harap-harap semua sihat sahaja la di samping keluarga yang tercinta. Macam mana hari ini dan semalam? Ok? Harap-harap ok la... dapat menyelesaikan segala tuntutan hidup dan tanggungjawab dengan sempurna. Anak-anak pulak macam mana? Harap-harap sihat jugak la.
Hari ini aku nak berkongsi dengan semua pasal event the day before yesterday masa aku pergi Victoria Informary, hospital tu...
Haaaa.... aku menghabiskan masa dekat hospital dah beberapa minggu dah. Tapi tak lah hari-hari cuma beberapa hari je dalam seminggu.
Ceritanya macam ni, kaki kiri ku mempunyai masalah sikit disebabkan beberapa kali jatuh tangga, jatuh motor dan sebagainya. Jadi, sekarang nih aku tak berapa bolah nak berjalan. Bolehlah jalan sekejap-sekejap. Kalau pergi sekolah kena pakai drebar, klu naik bas, jawabnya aku tak pergi ler. Kalau turun naik tangga dan bukit kena ada orang tolong pimpin klu tak, sah sohih memang jatuh tergolek punya. So, eversince last week, aku pun berjumpa doktor. Jadi macam-macamlah ujian yang dibuat ke atas aku ni semata-mata nak memastikan apa masalah kakiku ini.Terasa macam guinea pig kejap. Tapi tak apa janji kakiku bolah baik...... dianataranya mula-mula they thought eczema, jadi bagi ubat eczema.... tapi kaki ku jadi makin teruk pulak. Jumpa doktor lagi dan dia bagi pulak ubat lain. Tak baik jugak. Then, doktor pun amiklah darah aku, konon-konon nak tengok kalau ada masalah lain. Check darah, semua ok. Lepas tu, pergi x-ray pulak. Seharian aku kat Victoria Infirmary menunggu untuk di x-raykan. Taklah lama sangat....
Aku nak cerita sikit pasal hospital diaorang.... huh.... memang cantik dan canggih! Bangunan baru dan cantik serta canggih. Semua kelengkapan ada. Semua cukup. Misi-misi pun semua baik-baik dan friendly tak lah macam sesetengah gomen kat Malaysia tu yang asyik tau nak marah dan tarik muka. Aku dipahamkan bahwa kat sini, walau penat mana sekalipun mereka, mereka tetap akan senyum dan layan patient dan customer dengan baik waima hospital kerajaan sekalipun. Itu piagam pelanggan diaorang. Bagus tu, misi-misi kat mesia pun kenalah macam tu barulah orang yang sakit tak bertambah sakit. Sakit badan satu hal tambah pulak sakit hati tengok perangai dan sikap misi yang tak reti nak layan patient. Tambah pulak misi kat wad bersalin.... lagi kureennnnnggggggggg!
Ok berbalik pada kakiku, takut aku tengok hopsital nih.... bukan apa, punyalah besar dan canggih. Bilik x-ray pun canggih giler macam bilik operation pulak rasanyer. Kalau kat tempat kita tu macam ala-ala Hospital Selayang dengan HUKM. Tapi canggih sini lagi ler. Tapi sayangnya result x-ray aku lagi dua minggu baru boleh dapat. Lepas tu, barulah aku boleh mula physiotheraphy.... he he he ...... jadi lagi dua minggu baru la tau apasal dengan kakiku ini.... tak dapat ler aku nak cerita sekarang.
Alahai, macam-macam betul dugaan aku kat sini..... tak dapat nak bayangkan perasaan aku nih. Dah lah tengah sibuk pening, kaki pulak bermasalah! he he he.... dugaan dugaan dugaan..... apapun aku harap tak ada yang teruk ler. Kawan-kawan lain kat sini pulak, ada dua tiga orang masuk wad sebab demam teruk. sampai muntah-muntah darah dan ada yang langsung tak boleh bangun sampai kena papah! Huh! entahlah.... macam-macam. Takut rasanya..... nak kata cuaca, tengok orang putih tu elok aje pulak. Tak ada masalah pun. Entahlah. Tak tahu nak nak buat hypothesis apa....
Kawan-kawan kat Malaysia, tolong ler doa-doakan kami semua kat sini agar sihat walafiat yek. Mudah-mudahan semua dapatlah meneruskan perjalanan hidup kami dengan lancar. Amin.
Oppsss......setakat ini dahulu, sehingga bertemu di lain lembaran.....
Salam mesra,
noor
Wednesday, 7 October 2009
HAPPY BIRTHDAY TO ME......
Salam semua,
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday happy birthday
Happy birthday to me.....
Thanks pada kawan-kawan yang memberikan ucap selamat terutama sekali kak Ina Jo yang pagi pagi lagi dah sms aku. Terima kasih banyak-banyak! Nampaknya bertambah setahun lagi usia ku!

Semester Baru Bermula....
Assalamualaikum semua....
Apa khabar hari ini? Harap-harap semua sihat walafiat. Bagi kami semua di sini, alhamdullilah, sihat. Cuma cuaca jer sangat sejuk kebelakangan ini. Angin pun kuat juga. Ye lah dah fungsi dia nak meluruhkan segala daun-daun yang ada sebelum masuknya winter.
Di Universiti pula, bermulalah sem baru. Banyak muka-muka fresh. Di dewan pendaftaran pula, ramai student beratur panjang untuk mendaftar. Ala perkara biasa la tuh kalau duduk universiti nih. Untuk aku pulak, kami tak payah la beratur, register online je. Tapi nak dijadikan cerita, pendaftar uni aku ni pulak mess up dengan financial detail aku.... jadi aku tak bolehlah register online. Kalau nak register jugak aku kena bayar 10 000 pound sterling. Alamak, kecut perut aku! Status aku pulak sekarang ni, non registered PG student! Hak hak hak lawaks tul! Masalahnya kat sini bukan salah aku, salah pendaftar unilah. aku dah bagi surat pada mereka dari tahun lepas lagi. Aku pun bergegaslah ke pendaftar dan bendahari untuk menyelesaikan masalah. Setelah 1 jam berdialog, selesailah masalah aku ini. Walaupun tak susah mana, tapi leceh jugak bila jadi benda-benda macam ni. Semalam barulah aku secara rasminya full time PG student balik.
Sem ini, aku memang semakin sibuk. Kuliah, tutorial, class seminar, research seminar, research class, reading group, workshop etc. Penat. Penat otak dan juga penat berjalan sebab Uni aku nih bentuk muka buminya berbukit bukau. jadi nak menapak memanjat bukit dan segala tangga yang ada tu..... pernah sekali aku jatuh tangga sebab nak cepat pergi kelas. Memalukan tapi nak buat camne dah nak jatuh! Buat bodoh je lah. Nasib baik orang kat sini tak gelak tapi they all tanya "are you alright?" "let me help you". Pheww.... lega.... tapi sakit tak terkata kaki ku ini! Bagi aku bentuk mukabumi kat sini memang cabaran besar bagi aku yang bukan muda lagi lah.... he he he he.... tak percaya? meh la sini, aku bawa jenjalan satu uni.... boleh tengok kawasan nih..... tu lah, kalau nak belajar biar masa muda. Kalau dah berumur sket macam aku nih, susah gak! Mcm-mcm cabaran.
Jadi, aku nak minta maaflah awal-awal kalau aku tak sempat nak mengupdate blog sebabnya sem ni aku memang sibuk giler. Sorry yek..... bila-bila sempat nanti aku updatelah! Apapun kalian tetap disentiasa di hati!!!!!!!!!!!
Ainal, Fidah, Kak Melur, Kak Faizah, Kak Nas, Kak Aya, Zura, Kak Ina Jo, Kak Anisah, Kak Fahainis, Kak Nina, Kak Aton, Yatt Acid, Md Noor, Shikin, Nani, Nazuar, Nazli, Lan, Azman, Nash, Jane dan semua yang aku tak terlist.... terima kasih di atas ingatan kalian semua. Really appreciate it! Good luck to all of you too!
ikhlas tapi jauh,

Sunday, 4 October 2009
NEW SEMESTER
Salam,
Semester baru kini baru bermula. Nampaknya makin sibuk la aku dengan kelas, tutorial dan assignements. Sem baru ni banyak kelas sket. Aaaah...... jenuh!
Buat kawan-kawan yang seangkatan, selamat bergelumang dengan buku dan selamat berjuang meneruskan kehidupan untuk mendapatkan segulung ijazah yang akan menentukan masa depan kita semua..... semoga Allah memberkati usaha kita. Amin.

AIDILFITRI 2009
Salam semua,
Ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sebab menyepikan diri buat beberapa ketika. Bukannya apa, lepas-lepas raya ni ramai yang agak kurang sihat. Anak-anak demam selsema, termasuklah diri ini. Tak berapa boleh nak bangun pun. Jadi tak dapatlah nak mengupdate blog.
Apapun hari ini aku nak share dengan semua sedikit sebanyak gambar dan keriangan di Aidilfitri 2009 buat tatapan dan sahabat handai yang sering membaca blog ini dan juga semua yang selalu menghantar khabar berita.
Aidilfitri tahun ini tidaklah sehebat mana. Meriah tetap meriah tetapi tidaklah semeriah seperti kita beraya di tanah air. Suasana tetap berbeda. Tetapi raya mesti rayakan..... mana boleh tak raya betul tak....untuk anak-anak yang masih belum mengerti, pasti mereka mengharapkan raya yang terbaik dan meriah. Jadi aku dan suami berusahalah menjadikan raya ini yang terbaik buat anak-anak walaupun taklah semeriah seperti di kampung.
Jom kita mula dengan pengumuman raya. Haaaa... kalau nak tahu pengumuman raya kat sini lagi suspense. Kalau di tanah air tu, kita dah tahu awal-awal bila nak raya dan kita boleh agak bila nak buat persiapan raya. Tetapi lain keaadaannya di sini. Pengumuman di buat oleh pihak masjid last minit. Hampir 10 malam barulah tahu kata esok raya. Aku dah panik. Apa taknya, sebelum-sebelum tu, kawan-kawan kat sini kata selalu Glasgow raya lambat sehari (Malaysia raya dulu, pastu London, then baru Glasgow). Raya tak selaras. Tapi tahun ini, semua sambut sekali. Bayangkan tahu dah dekat nak tengah malam, Nasib abik aku ada stok dalam fridge. Kelam kabut lah aku tak tidur malam masak untuk pagi raya. Hu hu hu...... giler ye tak. Aku masak sorang-sorang. Nasib baiklah hubby tolong. Kalau tak mau nangis aku. Ingatkan raya lambat lagi......... aku pun masak macam kat tanah air, buat rendang, nasi himpit, kuah kacang, pulut kuning, kari kambing dan banyak lagi lah. penuh satu meja........ aku fikir-fikir kalau tak masak.... kesian kat suami dan anak-anak.... itu yang aku berperng kat dapur tu sampai pagi..... Nasib baik esok tak sekolah. Klu tak nahas aku.
Pagi raya pulak, kami bersiap-siap pergi central mosque untuk sembahyang raya. Bertolak drai rumah pukul 9.00 pagi. Sampai je kat city, traffic jamlah pulak. Rupanya ramai betul muslim yang nak pergi sembahyang raya. Dekat-dekat setengah jam baru dapat gerak nak masuk perkarangan masjid. Bayangkan dapat gerak perlahan-lahan. Dah lah Glasgow nih banyak traffic lights. Seksa betul nak dapat gerak. Masalah seterusnya ialah, parking. Bila dah dapat masuk, parking pulak susah. Lepas pusing-pusing punya pusing, dapat jugak parking kat ceruk-ceruk. Kira ok lah tu... dapat jugak. Kalau di tanah air tu kan senang je bila nak sembahyang, tak adalah teruk macam ini. Lepas tu, berebut-rebutlah kami pun, cuba meloloskan diri untuk masuk ke dalam masjid dan mencari tempat untuk bersembahyang. Mana taknya, dah lambatlah katakan. takut orang dah mula, terlepas pulak. Masuk ke dalam masjid...... huh.... lautan orang penuh...... sampai nak lalu pun tak boleh. Punyalah ramai umat!!!!! sampai nak mengesot pun susah! aku cuba cari jugak ruang untuk aku dan anak-anak. Dapat jugaklah walaupun ruang sekangkang kera. Lega. Seksa jugak nak sembahyang raya kat sini.
Bab sembahyang pulak, ha ha ha ha ha..... kali ini aku rasa aku sembahyang raya tak betul!!!!!!! ha ha ha ... kalau kat mesia tu, cara kita handle sembanhyang raya teratur. Kat sini tak ada. aku sampai jadik confuse. Tah apa apa tah! Aku rasa lah, sebab beza mazhab kan. Khutbah pun tak ada, cara sembahyang pun lain. Tapi aku ikut je ler. Tapi mesti tuhan gelak kat aku punya sebab sembahyang tak betul! Masa aku tengah sembahyang pun, selamba jer minah-minah pakistan tu, langkah kepala aku dan anak-anak sebab nak lalu. Teruk tul! Tak apa lah, janji niat aku nak sembanhyang kat central mosque tercapai walau aku tak tau tuhan terima atau tidak ibadat aku tu. Lepas tu, nak keluar masjid pun satu hal jugak. Susah dan tersekat-sekat. Kakak sampai hilang kasut! Puas aku cari. Jumpa jugak. Nasib, kalau tak aku kena pergi beli lain.
Sampai di rumah, setelah beraya bersama keluarga, kami pun menikmati juadah. Aku cakap dengan anak-anak awal-awal: 'kat sini, raya rumah orang orang tak bagi duit raya tau. Adik kakak jangan sedih tau'. Yelah mana tau they all expect dapat duit raya pulak ke. Jenuh tu. Kenalah aku explain awal-awal. Anak aku yang kecik pulak banyak tanya....jenuh jawab. Bukan senang nak jawab pertanyaan budak kecik nih....
Bermula pukul 11.30 pagi, rumah aku penuh dengan tetamu yang hadir. Sampai tak ada ruang nak duduk. Pandai-pandai ler tetamu bawa diri. Penuh dengan tetamu sehinggalah pukul 2.00 pagi. Dan ini berterusan la sehingga raya ke-empat. Penat memang penat. tapi seronok. Kerja aku masak dan masak dan masak sehingga raya ke-empat.Yelah masa nih la nak jumpa kawan-kawan. Waktu lain tak sempat sebabnya masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Yang paling penting, dapat berjumpa dan bermaaf-maafan sesama kita.
Inilah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat aku ambil. Walau ada jugak yang aku tak sempat shoot. Tapi bolehlah. ada jugak kenangan.
Noor

Buah hati pengarang jantung hatiku....
Kawan-kawan dari West End....
kawanku yang giler-giler.........
datang raya siap pakai uniform kerja lagi.... he he he he
Shikin nak masuk shift ke? Boleh tolong cuci pinggan mangkuk sekali.....
Inilah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat aku uploadkan. Tak mampu pulak lah nak upload semua sebab memakan masa jugak.
Apapun, kawan-kawan di Malaysia, jangan risau.... walaupun kami jauh di sini, raya tetap raya walau caranya je lain sket. Raya rock la katakan.....he he he heh......
Oklah sehingga bertemu lagi.......
Salam mesra untuk semua,
Noor
Friday, 18 September 2009
Buat Ayah Bonda....
Aduhai Bonda Tercinta dengarilah rintihanku,
Gema takbir berkumandang di aidilfitri mulia ini menjadikan syawal kali ini penuh syahdu. Di angin lalu, anakanda menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan anakanda. Ampunilah anakanda dari segala dosa dan halalkanlah makan minum anakanda. Sesungguhnya aidilfitri kali ini tidak bermakna tanpa bonda di sisi. Ku panjatkan doa ke hadrat Illahi agar dipanjangkan umur kita agar dapat bertemu lagi...
Buat ayahanda tercinta, walaupun kau sudah lama meninggalkan kami, ku panjatkan doa ke hadrat Illahi tanda ingatan tidak lekang dihati. Ku pohon ampun dan maaf di atas segala dosa-dosaku. Semoga rohmu dirahmati olehNya.
Duhai ayah bonda, jasamu membesarkan dan mendidikku tidak terbalas. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan ayah dan bonda yang menyayangi dan mengasihiku... di sini ingin ku ucapkan:
Dari anakanda yang amat merinduimu,
noor
P/s: Khas untuk ayah dan bondaku.....
http://www.getalyric.com/listen/zsk3Cx9pgzM/jamal_abdillah_saleem_lambaian_aidilfitri_full_song_

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Dari anakanda yang amat merinduimu,
noor
P/s: Khas untuk ayah dan bondaku.....
http://www.getalyric.com/listen/zsk3Cx9pgzM/jamal_abdillah_saleem_lambaian_aidilfitri_full_song_
Hari ini Jumaat....
Salam semua,
Hari ini hari Jumaat 18 September 2009. Raya dah semakin dekat sangat. Ramadhan pula hampir meninggalkan kita. Sungguhun aku gembira untuk menyambut Aidilfitri tetapi aku juga sedih kerana bulan yang mulia, penuh nikmat dan keberkatan ini akan meninggalkan kita. Jika ada panjang umur, tahun hapadan pulalah kita bertemu dengan Ramadhan.
Walau apapun, di sini aku dan seisi keluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua kenalan, rakan, sahabat dan taulan seandainya ada tersalah silap, terkasar bahasa, tersinggung perasaan dan sebagainya. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan. Aku juga mohon di halalkan makan dan minum. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Bagi sesiapa yang berkelapangan, jemputlah datang ke rumah bersama-sama menyambut raya (no telefon +4407552378754, +4407552378753).

Thursday, 17 September 2009
Persiapan Raya
Salam semua,
Maaflah sudah beberapa hari aku tak menulis di ruangan ini. Bukannya apa, sibuk cuba try test buat kuih raya! he he he.... tak pernah seumur hidup aku buat kuih raya, entah apa kena tahun ini, aku buat kuih raya la pulak. Dulu masa duduk Aussie pun tak pernah buat kuih raya. Kat sini pulak tiba-tiba muncul keinginan. Aku ni cuba sedaya upaya nak mewujukan suasana raya untuk anak-anak walaupun, tak ada apa yang bestnyer beraya di sini. Itulah sebabnya aku berusaha untuk buat apa-apa yang patut... he he he... kuih-kuih aku ni tak lah lawa macam kuih orang yang buat jual tu, tapi setakat nak makan anak beranak je... kira oklah. Macam hubby aku cakap, janji rasa sedap sudah.... he he he rupa tak penting. Jadi aku pegang prinsip tu ler....
So far, aku dah buat beberapa jenis kuih (dibantu oleh suami dan anak-anak). Adalah samprit sikit, rempeyek, tart gulung, mazola, chocolate rice dan biskut gajus. Kira ok ler tu. Ni aku nak share gamber sikit... fidah kau jangan jeles.... kau beli.... aku buat sendiri.... keh keh keh....first time aku buat kuih nih....

ok tak? Ok la tu kan.... untuk orang yang biasa buat kuih. Selalu aku hulur duit je dapat kuih... kali ini try test buat sendiri... keh keh keh... ada bakat jugak aku nih....
Yang ini pulak biskut mazola ku yang tak seberapa.... hu hu hu..
Inilah samprit ku yang simple...... he he he
ni tart gulung aku.... ala tak berapa jadik la pulak, masa gulung tu susah sket... tak pe lah... kira ok la for beginners..... he he he
Manakala yang ini pulak, aku tak tau nama apa sebabnya aku main hentam buat aje... biskut koko je kot nama dia... he he he... bolehlah ek....
Yang ini pulak, aku 'buat' kat Tesco Rutherglen..... he he he he he he he he he... sedap tu! Habuan budak budak yang datang ke rumah!
Sekarang pulak nak fikir menu pagi raya pulak. Tahun-tahun yang lalu, aku selalu buat lodeh, ketupat, kuah kacang, rendang, ayam masak merah, dll. Tahun ni aku nak buat apa yek? Ada suggestion?
Subscribe to:
Posts (Atom)