Search This Blog

Monday 19 July 2010

Adam dan Hawa

Dear friends and readers,


"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"

Bila dibaca pernyataan di atas, aku rasa sangat-sangat terharu kerana sememangnya wanita atau kaum hawa itu mempunyai tempat yang mulia dan baik disisi Allah. Adalah menjadi kewajipan bagi insan insan yang bernama suami untuk melindungi dan menyayangi isteri isteri mereka. Alangkah indah jika para suami di muka bumi ini sedar bahawa Allah menjadikan wanita atau isteri sebagai pelengkap hidup lelaki dan oleh itu, para suami harus lebih menghargai isteri masing-masing. Allah jadkan kaum hawa bukan untuk disiksa, dihina dan diperhamba. Allah juga tidak jadikan kaum hawa untuk diperlakukan sewenang-wenangnya tetapi Allah jadikan para isteri sebagai peneman si suami dan untuk dikasihi dan dihargai. Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...