Search This Blog

Sunday 25 July 2010

Pengertian Cinta

Dan sesungguhnya
kebenaran ini adalah nyata
apa yang ada di langit dan bumi
adalah cinta kerana kasihNya
disertai bukti dan di rasai
Bagai mentari menyerapkan kasih kepada bumi
dan alam ini menaburkan rezeki pada insani
kerana kasihNya tiada terbatas tiada terperi.

Segala keindahan dilukiskan dengan nikmat kehidupan
tiada terbatas pemberian
yang Kau hulurkan
tanda keagungan kasih sayang
yang Engkau curahkan
namun masih ada yang tidak sedar
kasih padaNya.

Dan sesungguhnya pengertian cinta begitu jua
apa yang ada dilangit dan bumi
adalah cinta
kini hati rasa dengan mata hati
insan sejati.


(by Skala)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...