Search This Blog

Friday 14 October 2011

Cinta atau tanggungjawab?

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia kerana ramai juga bercerai kerana cinta. Ramai orang bercinta bagai 'hilang ingatan' tapi bercerai berai juga akhirnya. Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga runtuh akhirnya. Ini bukan soal cinta atau suka. Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah dlm setiap urusan. Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari BERKAT dalam rumahtangga...Bila tiada berkat naik kereta BMW bersama isteri pun tak seronok asyik bergaduh je tapi bila berkat, naik Kancil dari KL ke Penang pun rasa seronok bergelak ketawa dgn isteri atau suami kita... (via Norman Liverpool)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...