Search This Blog

Wednesday, 6 July 2011

Aku, Kau dan Dia

Siapa kamu?

Siapa namamu?

Mana asalmu?

Siapa keturunanmu?


Persoalan rhetorik yang menjuruskan kita mengenal siapa diri kita? Persoalannya di sini perlukah? Memadaikah jika kita hanya berkata 'Aku Melayu'? Jika demikian, apa itu definisi Melayu? Apa itu identiti Melayu? Perlukah kita berbangga kerana kita ini Melayu?


Melayu Vs. Malaysian


Apa bezanya di sini? Siapa kita? Di mana kedudukan kita? Di mana tempat kita? Jika kita berkata kita adalah rakyat Malaysia, jadi apakah itu Malaysia? Apakah identiti Malaysia? Apakah ciri-ciri rakyat Malaysia? Apakah Malaysia hanya di kuasai/dipunyai oleh satu kaum sahaja? Atau Malaysia wujud oleh kerana koloborasi dan komposisi pelbagai etnik? Apakah sejarah Malaysia? Bagaimana wujudnya kepelbagaian kaum di Malaysia?


Apa mahu dibanggakan dengan bangsa?

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia (multi ethnic and heteregeneous society) jika hanya berpaksikan kepada satu kaum sahaja, akan wujudlah istilah-istilah seperti:

Ethnic solipsism

Ethnocentricsm

Cultural solipsism/supremacy

Nationalism

Cultural/ Racial hegemony

Egalitarian society

Racial prejudice

Marginal community

Ethnic diaspora

Majority - Minority

Ethnic sentiments

Essentialist

Omission and inclusiveness


Bolehkah kita wujud sebagai masyarakat yang homogeneous? Menghapuskan kaum lain dan hanya meninggalkan satu kaum sahaja? Maka bolehkah wujud 'Bangsa Malaysia'?


Untuk mewujudkan 'Bangsa Malaysia', maka akan ada istilah-istilah seperti:

Heterogeneity

Community cohesion

Tolerance

Inter-ethnic

Hybridity


Tapi bagaimana dengan agama? Adakah agama juga membezakan kita? Bangsa kita? Atau siapa kita? Adakah kerana kamu itu berbangsa Cina dan beragama Budha maka kamu tidak boleh bersama-sama dengan kami? Apakah disebabkan kamu berbangsa India dan beragama Hindu maka kamu harus menjauhi orang Melayu yang beragama Islam? Apakah Islam itu menolak kewujudan bangsa dan pelbagai etnik lain?

Di dalam Islam, Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru perlukah dibanggakan dengan bangsa. Bukankah perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit?


Bolehkan pernyataan Hang Tuah 'Takkan Melayu hilang di dunia' yang sering di warwarkan dan diguna pakai oleh sesetengah orang boleh diguna pakai di dalam mewujudkan 'Bangsa Malaysia'?


Persoalannya di sini apa sumbangan kita sebagai rakyat Malaysia?


Fikir-fikirkanlah...


Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...