Search This Blog

Saturday, 9 July 2011

Siapa aku di hatimu?


“Saya telefon, awak tak angkat. Kalau awak angkat pun, macam terpaksa aje layan saya. Nak tunggu awak telefon saya, jangan haraplah. Saya sms, awak tak balas. Entah-entah baca pun tidak. Saya bagi email, pun awak tak layan. Kadang-kadang saya rasa malu buat semua ni. Tapi sebab sayang, saya buat juga. Tapi ini yang saya dapat.”

Begitulah luahan hati seorang perempuan terhadap temannya. Betapa aku syahdu tatkala mendengar luahan hatinya itu kerana aku memahami setiap inci perasaan sedih dan malunya itu. Seorang perempuan yang mengharapkan kepastian dalam sebuah perhubungan; mencari sinar kebahagiaan.

Sememangnya Allah jadikan wanita itu penuh dengan emosi, kasih sayang dan perasaan yang sangat mendalam. Kerana itulah wanita di jadikan ibu, suri dan kekasih bagi insan yang bernama lelaki. Berbanding lelaki, wanita hidup dengan hatinya, rasanya, dan perasaannya. Wanita tidak mengharapkan dilayan seperti puteri raja tetapi cukup sekadar untuk diberikan sedikit kasih dan perhatian yang didambakan. Dirinya akan 'mati' tatkala insan yang disayanginya tidak mengendahkannya.

Buat insan yang bernama lelaki, Allah kurniakan kamu akal melebihi kaum hawa. Dirimu penuh dgn kebijaksanaan dan kekuatan. Hulurkan secebis kebijaksanaan mu itu kepada perhubungan bersama insan yang kamu sayang yang menjadi seri dalam hidupmu. Semoga berbahgia hendaknya. Amin.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...