Gema takbir berkumandang di aidilfitri mulia ini menjadikan syawal kali ini penuh syahdu. Di angin lalu, anakanda menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan anakanda. Ampunilah anakanda dari segala dosa dan halalkanlah makan minum anakanda. Sesungguhnya aidilfitri kali ini tidak bermakna tanpa bonda di sisi. Ku panjatkan doa ke hadrat Illahi agar dipanjangkan umur kita agar dapat bertemu lagi...
Buat ayahanda tercinta, walaupun kau sudah lama meninggalkan kami, ku panjatkan doa ke hadrat Illahi tanda ingatan tidak lekang dihati. Ku pohon ampun dan maaf di atas segala dosa-dosaku. Semoga rohmu dirahmati olehNya.
Duhai ayah bonda, jasamu membesarkan dan mendidikku tidak terbalas. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan ayah dan bonda yang menyayangi dan mengasihiku... di sini ingin ku ucapkan:
Hari ini hari Jumaat 18 September 2009. Raya dah semakin dekat sangat. Ramadhan pula hampir meninggalkan kita. Sungguhun aku gembira untuk menyambut Aidilfitri tetapi aku juga sedih kerana bulan yang mulia, penuh nikmat dan keberkatan ini akan meninggalkan kita. Jika ada panjang umur, tahun hapadan pulalah kita bertemu dengan Ramadhan.
Walau apapun, di sini aku dan seisi keluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua kenalan, rakan, sahabat dan taulan seandainya ada tersalah silap, terkasar bahasa, tersinggung perasaan dan sebagainya. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan. Aku juga mohon di halalkan makan dan minum. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Bagi sesiapa yang berkelapangan, jemputlah datang ke rumah bersama-sama menyambut raya (no telefon +4407552378754, +4407552378753).
Maaflah sudah beberapa hari aku tak menulis di ruangan ini. Bukannya apa, sibuk cuba try test buat kuih raya! he he he.... tak pernah seumur hidup aku buat kuih raya, entah apa kena tahun ini, aku buat kuih raya la pulak. Dulu masa duduk Aussie pun tak pernah buat kuih raya. Kat sini pulak tiba-tiba muncul keinginan. Aku ni cuba sedaya upaya nak mewujukan suasana raya untuk anak-anak walaupun, tak ada apa yang bestnyer beraya di sini. Itulah sebabnya aku berusaha untuk buat apa-apa yang patut... he he he... kuih-kuih aku ni tak lah lawa macam kuih orang yang buat jual tu, tapi setakat nak makan anak beranak je... kira oklah. Macam hubby aku cakap, janji rasa sedap sudah.... he he he rupa tak penting. Jadi aku pegang prinsip tu ler....
So far, aku dah buat beberapa jenis kuih (dibantu oleh suami dan anak-anak). Adalah samprit sikit, rempeyek, tart gulung, mazola, chocolate rice dan biskut gajus. Kira ok ler tu. Ni aku nak share gamber sikit... fidah kau jangan jeles.... kau beli.... aku buat sendiri.... keh keh keh....first time aku buat kuih nih....
ok tak? Ok la tu kan.... untuk orang yang biasa buat kuih. Selalu aku hulur duit je dapat kuih... kali ini try test buat sendiri... keh keh keh... ada bakat jugak aku nih....
Yang ini pulak biskut mazola ku yang tak seberapa.... hu hu hu..
Inilah samprit ku yang simple...... he he he
ni tart gulung aku.... ala tak berapa jadik la pulak, masa gulung tu susah sket... tak pe lah... kira ok la for beginners..... he he he
Manakala yang ini pulak, aku tak tau nama apa sebabnya aku main hentam buat aje... biskut koko je kot nama dia... he he he... bolehlah ek....
Yang ini pulak, aku 'buat' kat Tesco Rutherglen..... he he he he he he he he he... sedap tu! Habuan budak budak yang datang ke rumah!
Sekarang pulak nak fikir menu pagi raya pulak. Tahun-tahun yang lalu, aku selalu buat lodeh, ketupat, kuah kacang, rendang, ayam masak merah, dll. Tahun ni aku nak buat apa yek? Ada suggestion?
Aku baru sahaja selesai bermesyuarat dengan supervisor. Tension! Tension! Tension....
Nape lah aku menyusahkan diri buat Phd nih.... hu hu hu hu
Apa lagi macam-macam la komen dia, aku tak tau la.... you all yang lain buat macam mana. SUSAH la....benda-benda nih semua! Macam mana lah aku nak fikir macam mana dia fikir. Tahap aku fikir tak sampai macam tahap dia fikir lagi! Susah betul!!!!!!! Banyak yang aku nak kena buat nih.....Macam tak sanggup je nak baca semua komen-komen dia tuh walaupun kitaorang dah discuss tadi! berjela-jela. Siap kena marah lagi. Aku nak tahu... korang pernah kena marah tak dengan supervisor? Aku? biasa dah, dah lali dah... bukan marah pong pang pong pang... marah secara professional la. Tapi, aku nak buat macam mana... aku tak nampak apa yang dia nampak! Kalau aku nampak apa yang dia nampak dah lama aku jadi doktor dah! Aku nih baru lah nak bertatih!
Hishk, hisk, aku tension! Macam nak balik jek rasa......tolong...... tolong...
Yesterday, Glasgow had a big footbll match in Hampden Stadium: Scotland Vs Holland.
And we.....
met a bunch of Holland supporters! So, we took pictures with them. Look at their happy, friendly faces! These pictures were taken before the match. You should see them! Not only this group but the rest of the supporters! They all came in various styles and actions!
Haaa...... sempat jugaklah.... its funny to see many kinds of human beings in this world...
Hari ini aku nak berkongsi dengan semua tentang sebuah bas yang aku jumpa masa on the way nak pergi school. Ha... kalau nak tahu, cuba tengok gambar ini:
Itulah gambarnya. bas antik tu.... cuba tengok betul-betul. Mana nak dapat lagi bas macam ni. Bas dua tingkat. Bentuk, warna semuanya antik dan cantik. Walau pun bas antik tapi masih kukuh sebabnya dijaga dengan baik. Almaklumlah kat sini memang mereka memelihara dan memulihara barang-barang lama termasuklah bangunan dan bas-bas macam nih.
Korang tak teringin ke nak naik bas nih? Payah jugak nak naik bas ni, sebab dia tak available selalu. kadang-kadang je terjumpa itu pun kalau ada apa-apa festival baru lah bas ini keluar.
Oklah, nak amik budak budak balik sekolah nih. Nanti kita sembang lagi....
Apa nak cerita ya hari ini. Hmmm....hari ini nak bercerita pasal menu berbuka puasalah.
Macam hari-hari yang telah lalu, kalau nak buka puasa di sini, terpaksalah masak sendiri dan bila kena masak sendiri tu kenalah guna segala kreativiti yang ada (walaupun kadang-kadang tak tahu resepi... he he he ). Bahan-bahan semua improvised. Guna ajelah apa yang ada. Tak boleh lah nak memilih bahan macam kat Malaysia. Sebagai contoh, lengkuas dan cili kering. Di sini memang payah nak dapat. Cili kering kalau ada pun, cili kering pakistan yang diperbuat daripada cili padi yang pedasnya tida terhingga. Huh.. mana boleh makan! Asam keping, jangan harap lah, lagi tak ada. Asam jawa, haaa.... ada.... jual paste asam jawa tapi tak sedap lah macam asam jawa kat tanah air tu. Jadi, moral of the story, masak je lah guna apa yang ada. kalau tak sedap pun lain cerita. telan jugak la. Kalau tidak nanti lapar!
Kat sini, aku banyak masak guna butter. Apa-apapun masak mesti guna butter. Lagi satu, cheese. Memang tak boleh lari. Kalau beli apa-apa makanan kat sini, cheese memang ada. Dah nama pun duduk negeri orang putih, kenalah banyak belajar-belajar makan makanan orang putih! Lepas ni, kalau tak pandai masak makanan orang putih aku tak tahu ler.... azie, nanti aku balik... aku masak kat kau macam macam makanan orang putih! Haa, lamb chop pun aku dah expert masak dah! Hubby aku suka makan lamb chop! Mana aku tak pandai!
Berbalik pada menu berbuka puasa, hari ini aku masak ayam masak merah. Lauk kegemaran suami dan anak-anak. Bolehlah.... walau bahan tak cukup. Habis jugak! Beberapa hari lepas, aku buat ikan rebus cicah air asam. Selalu kat Malaysia kita bakar. Tapi kat sini kena rebus ajelah. Kalau nak bakar, nak bakar kat mana? Penuh asap satu rumah, berbunyi pulak fire alarm, sampai pulaklah bomba depan rumah. Lepas tu, free je kena denda beribu-ribu pound! So, senang citer, makan apa yg boleh ajelah. Tok sah nak memilih.
Menu untuk esok pula, aku belum fikir lagi. Nantilah malam nanti aku fikir-fikirkan. Bukan apa, aku sampai tak tahu nak masak apa. Memanglah banyak resepi dalam internet tu, tapi masalahnya, nak cari bahan tu susah sangat! Tak pelah... buat aja apa-apa janji perut tak lapar. Nanti balik, boleh makan puas-puas!
Oklah, aku minta diri dulu. Ada urusan perlu ku selesaikan.
Kita jumpa lagi ye....
Rupanya, dalam diam-diam sudah hampir 15 hari kita berpuasa. Nampaknya tidak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Marilah kita bersama-sama mengejar pahala Ramadhan sebelum tamat tempohnya dan moga Allah berkati segala doa dan amalan kita di dalam bulan yang mulia ini. Sedih bila memikirkan Ramadhan akan berlalu pergi. Rasanya masih belum cukup amalan yang aku buat sepanjang bulan yang penuh berkat ini.
"Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosaku, Kau berkatilah hidup kami sekeluarga, berikan kami cahaya dan sinarMu, berikanlah kami kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup kami dan jadikanlah kami hambaMu yang beramal soleh". Amin.
Walau bagaimanapun, Aidilfitri dinanti dengan penuh debaran. Untuk aku dan keluarga, sudah pasti Aidilfitri tahun ini agak akan berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Persiapan kami sangat-sangat minima, tidak seperti semasa di tanah air.
Aku berterima kasih pada kawan-kawan yang masih mengingati kami walaupun jauh diperantauan. Kawan-kawan yang sentiasa menyokongku dari belakang. Kawan-kawan yang bersama susah dan senang. Kalian tetap berada di hati selalu...
Saturday, 5 September 2009
Hari ini, pagi-pagi lagi, walau dalam hujan renyai-renyai (eeh... mcm orang bercinta la pulak) aku berjaya menghantar satu tugasan yang sudah pasti akan dikembalikan kepadaku dengan penuh ulasan yang aku sendiri pun tak akan faham macam mana nak buat....
Apa pun tunggu, apa komen dia.... tapi aku tak senang duduk!
Hari ini aku rasa sungguh penat dan otak pun berkarat. Dah macam tak boleh nak berfikir pulak apa lagi nak menulis. Macam manalah aku nak menyiapkan kerja-kerja aku ni kalau aku tak boleh nak berfikir dengan baik. Skill menulis aku pun macam dah berkurangan je. Macam dah tak reti nak menulis pulak lah sekarang. Tension betul. Rasa-rasanya dulu tak ada pun masalah macam ini. entah lah macam-macam pulak sekarang ni. Mana nak baca, mana nak menulis, mana nak berfikir, mana nak fikir masalah-masalah lain lagi... hu hu hu...
Hari ini aku cuma membelek buku-buku yang bertimbun-timbun di hadapan mata. Tapi satu apa pun kau tak faham dah nih. Kat aorang kena rehat jugak. Pastu baru idea datang balik. Nanti aku try test. Ingat nak tidur je lah. Mana tau bila bangun dah segar. Pas tu bolehkan fikir balik!
Sapa-sapa yang satu sampan dengan aku ni... aku tak tau lah korang naik motorboat ke, speed boat ke... aku rasa mcm aku naik sampan je lah.