Search This Blog

Sunday, 6 September 2009

Ramadhan hampir berlalu pergi...

Salam semua,

Rupanya, dalam diam-diam sudah hampir 15 hari kita berpuasa. Nampaknya tidak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Marilah kita bersama-sama mengejar pahala Ramadhan sebelum tamat tempohnya dan moga Allah berkati segala doa dan amalan kita di dalam bulan yang mulia ini. Sedih bila memikirkan Ramadhan akan berlalu pergi. Rasanya masih belum cukup amalan yang aku buat sepanjang bulan yang penuh berkat ini.

"Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosaku, Kau berkatilah hidup kami sekeluarga, berikan kami cahaya dan sinarMu, berikanlah kami kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup kami dan jadikanlah kami hambaMu yang beramal soleh". Amin.

Walau bagaimanapun, Aidilfitri dinanti dengan penuh debaran. Untuk aku dan keluarga, sudah pasti Aidilfitri tahun ini agak akan berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Persiapan kami sangat-sangat minima, tidak seperti semasa di tanah air.

Aku berterima kasih pada kawan-kawan yang masih mengingati kami walaupun jauh diperantauan. Kawan-kawan yang sentiasa menyokongku dari belakang. Kawan-kawan yang bersama susah dan senang. Kalian tetap berada di hati selalu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...