Search This Blog

Tuesday, 15 March 2011

Di antara kecanggihan kamera dan pemiliknya....

Dear all,

Di saat manusia kini tergila-gilakan kamera DSLR, aku juga terkena tempiasnya. Kita seringkali di sogokkan dengan kelebihan dan kecanggihan DSLR yang mampu menghasilkan gambar-gambar yang sempurna dan indah serta mampu memberi kepuasan kepada pemiliknya dan peminat-peminat fotografi amnya.

Namun, masih ada sesuatu yang harus difikirkan. Ini kerana disebalik kecanggihan sesuatu alat itu ialah orang yang memiliki dan menggunakan kamera itu. DSLR hanyalah satu alat atau medium yang diguna pakai untuk mendapatkan sesuatu hasil yang baik. Tapi apa yang lebih penting di sini ialah, pemilik kamera itu sendiri. Ini kerana kamera itu hanyalah sebuah alat yang tidak bermakna jika pemiliknya tidak mampu menggunakannya. Bagi aku, semuanya terpulang kepada individu itu sendiri: bagaimana dia melihat sesuatu, bagaimana dia menghayati keindahan dan seterusnya melahirkan keindahan itu dalam bentuk potret atau gambar. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku, tidak kiralah apa jenis pun kamera yang dimiliki mahupun DSLR ataupun kamera kompak mahupun kamera di telefon, aset utama ialah individu itu sendiri dan moment yang yang ingin dizahirkan.

Mungkin anda punya berbagai cerita, pengalaman dan pendapat. Mungkin dapat kita kongsikan bersama di sini?

3 comments:

  1. Terasa weh..teman yang idok reti bab2 kamera neh. Kome ajar ler teman nanti ye.

    ReplyDelete
  2. Terasa weh..teman ni idok ler reti bab kamera neh even ada kamera canggih manggih. Kome ajar ler teman ye.

    ReplyDelete
  3. Sweetheart, hahahaha....

    Aku tak punya niat pun nak kau terasa. Sekadar pandangan dan refleksi peribadi. Aku pun tak reti juga dan masih bertatih. Aku seronok juga dibuai kecanggihan gadget. Walau bagaimanapun, kau tak rasa ke secanggih mana sesuatu gadget itu takkan bermakna tanpa kita sebagai penggunanya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...