Dear All,
Bagi yang masih mencari-mencari petua untuk mengurangkan batuk berkahak, aku ada terjumpa petua petua ni. sila lah cuba. Jangan lupa kongsi bersama keberkesanannya.
Pilihan 1:
Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila nasi menjadi kembang, minum airnya setiap pagi.
Pilihan 2:
Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
Pilihan 3:
Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama 1 malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu.
Pilihan 4:
Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari.
Pilihan 5:
Ambil 2 sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
Pilihan 6:
Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau itu dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.
Pilihan 7:
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk dan kahak hilang.
NOTA:
Minum banyak air suam
Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan banyak lender seperti:
- bahan tenusu
- makanan yang diproses beberapa kali
- daging
- gula pasir
- buah-buahan yang manis
- makanan diperbuat dari tepung seperti roti putih
Kurangkan makanan yang menghasilkan angin (kentut) seperti:
- kacang-kacang
- kobis
- kobis bunga
Kurangkan atau berhenti merokok
No comments:
Post a Comment