PERINGATAN UNTUK SEMUA
Bismillahir Rahmaa Nir Raheem
"Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah syaiton yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). (mafhum AQ Fathir:5)
Janji Allah itu benar (mafhum ayat Al Quran dalam Surah Fathir dan banyak lagi ayat lain yang sama maknanya). Semoga anak-anak faham bahawa setiap apa saja yang kita buat lakukanlah kerana Allah semata-mata maka itu akan masuk ke dalam buku amalan. Tetapi sekiranya tanpa lillahi taala, tanpa keikhlasan dan juga tanpa sebarang niat (kenapa buat jawabnya saja aja) maka tak akan masuk dalam buku amalan dan amalan itu menjadi sia-sia belaka.
Kita hanyalah musafir di dunia yang fana ini jadi laluilah kehidupan yang sementara ini dengan penuh keinsafan, kesedaran dan kefahaman. Carilah ilmu sementara masih sihat, masih ada upaya dari segi kewangan dan juga otak masih mampu menerima.
Abdullah bin Umar Al-Khattab ra berkata:
"Kami mempelajari Iman, kemudian kami mempelajari (pula) Al-Quran, lalu (dengannya) bertambah-tambah keimanan kami.
"Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah) kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah-lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatNya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) .
Dan sebaliknya; orang yang merancangkan kejahatan (untuk membuat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat, dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan pun) akan rosak binasa. (mafhum Surah Fathir: 10)
Yang penting ingatlah bahawa musuh utama kita adalah syaitan. Sekiranya nak elak dari syaitan yang berjanji untuk sesatkan umat manusia agar mengikutnya ke neraka perlu kepada ilmu dan iman yang meningkat hingga ke tahap ketaqwaan.
Mengelak dari gangguan syaiton:-
1. Bacalah ta'awudz - a'uzubillahi minassyaitonirrajee m setiap kali terlintas untuk berkata yang tak soleh atau melakukan sebarang maksiat.
2. selalu berwudhu',
3. Bacalah dua qul (Al Falaq dan An Naas 3x) setiap kali lepas bangun subuh.
4. Bacalah ayatul Qursy setiap kali sebelum tidur.
5. Bacalah keseluruhan Surah Al Baqarah insyaAllah 3 malam tidak akan diganggu syaiton.
6. Bacalah Laillahailla Allah huwahdahu lasyarikallah lahul mulku walahul hamduyuhyi wayummit wahuwwa 'ala kulisyain qadir (100x) setiap lepas solat bila terasa hati menebal dengan karat dosa dan tidak mudah nak melakukan amalan yang baik. Sekiranya sudah reda maka hanya 10 kali saja pun dah memadai.
7. Zikrullah (subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar, MasyaAllah, dll)
8. Rajin memberi salam dan menegur dengan manis sekali sambil memandang orang yang ditegur itu.
9. Pilihlah kawan yang baik. Kawan yang saling mengingati waktu solat, elak dair mengumpat, sentiasa bersegera dalam membuat sebarang kebajikan dan kebaikan. Janganlah hitamkan hati dengan melayan lagu, muzik dan juga ke tempat yang tidak soleh seperti tempat yang ada arak dsbnya.
10. Lakukan solat sunat tahajjud, dhuha, witir dan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu.
11. Bertaubat selalu dengan istighfar lebih dari 70 kali sehari.
(Peringatan ini diambil dari Hadis soheh oleh Datuk Dr Fatma AzZahra)
Editer by Mohamad Shuhmy Shuib
No comments:
Post a Comment