Aku tak ingin untuk mengulas panjang. Sekadar melontar pendangan peribadi. Acapkali aku terbaca didada akhbar tentang keruntuhan rumahtangga dengan alasan si isteri yang tidak pandai merapi dan menjaga diri. Maka, iklan-iklan produk kecantikan dan produk untuk melangsingkan badan berleluasa. Pelbagai produk dijual dipasaran dan ada sesetengah produk ini merbahyakan kesihatan dan boleh membawa maut. Namun, ramai wanita yang terlalu obsessed tentang kecantikan diri - 'ingin nampak cantik, genit, gebu'. Malah lebih teruk, iklan-iklan ini mewawarkan artis yang cantik, kurus sebagai satu model, skala atau paradigm tentang erti dan makna 'cantik'. Ada wanita yang sanggup menahan makan semata-mata ingin kelihatan cantik dan kurus. Spa-spa kecantikan semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat dan wanita sanggup menghabiskan wang untuk menjalani rawatan dan membeli produk produk kecantikan semata-mata untuk kelihatan cantik. Scenario kini menggambarkan bahawa cantik itu diukur melalui kecantikan luaran: kurus, tinggi lampai, kulit putih, mulus dan gebu. Malah, boleh dikatakan bahawa konsep cantik sebegini terhasil daripada persepsi masyarakat melayu dahulu kala. Ini dapat kita baca daripada deskripsi di dalam karya-karya sastera/filem yang menggambarkan kecantikan wanita seperti:
Wajahnya bulat seperti bulan, pipi bak pauh dilayang, lehernya jinjang, bibir merah bak delima merkah,
betisnya bunting padi, kulitnya mulus sehalus sutera etc.
Maka dengan ini, masyarakat mempunyai persepsi negatif terhadap wanita-wanita yang bertubuh gempal atau berisi. Wanita-wanita sebegini dianggap tidak cantik. Tambah teruk, adakala wanita-wanita ini dicemuh disebabkan kekurangan di susuk tubuh mereka. Oleh itu, ramailah wanita yang berlumba-lumba untuk nampak cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menggiurkan. Ternyata penilaian sebegini melambangkan bahawa kecantikan itu adalah perspektif luaran semata-mata.
Persoalan aku di sini ialah:
1. Apakah kecantikan itu keperluan dan jaminan untuk bahagia?
2. Apakah kecantikan itu akan kekal?
3. Apakah definisi kecantikan itu stagnant?
4. Apakah kalau kita gempal dan berisi maka kita tidak akan bahagia? atau tidak temui pasangan sejati?
5. Sekiranya kita berusaha untuk kelihatan cantik (superb cantik), untuk siapakah kecantikan itu sebenarnya? Hanya untuk menarik perhatian lelaki (umum) atau si suami?
6. Ingin sihat atau ingin cantik tapi sakit? Apakah mengalami aneroxia nervosa dan bulimia itu lebih baik daripada sihat tapi kelihatan sedikit gempal.
Tapi, sedarkah kita bahawa setiap wanita itu dijadikan tuhan berbeza-beza? Setiap wanita itu punya seribu satu kelebihan dan kelemahan.Bagi aku, cantik itu sangat subjektif. Seseorang itu mungkin tidak punya paras yang indah tapi mempunyai hati dan pekerti yang indah. Kecantikan fizikal itu tidak akan bertahan lama tetapi kecantikan dalaman itulah yang abadi. Maka keindahan hati itu terpancar di wajah yang menjadikan seseorang itu begitu cantik. Cantik itu tidak semestinya baik. Cantik diluar tak semestinya cantik di dalam. Bak kata pepatah orang putih, 'Don't judge a book by its cover'. Cantik sudah tidak bermakna jika kita menderita penyakit kronik akibat ingin nampak cantik. Cantik juga tidak bermakna jika sesuatu perhubungan itu tiada keikhlasan dan kejujuran. Cantik juga tidak bermakna jika hati dipenuhi dengan noda dan titik titik hitam. Cantik sudah tidak bermakna jika budi pekerti tiada.
Jadi, mengapa perlu terlalu obsessed tentang kecantikan? Kecantikan semulajadi yang sederhana sudah memadai. Bagi aku, terimalah seseorang itu seadanya.
Aku tak mahu berceloteh panjang ataupun mempromosi pandangan pribadi. Cuma sekadar ingin melontarkan persoalan. Jadi, apa yg kita mahu? Tepuk dada tanya selera....
Cheers,
Noor
N/b:
Oppsss.... sebelum terlupa, ada seseorang sering berpesan kepada aku bahawa untuk menjadi wanita cantik haruslah:
1. Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, dan yang tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar.
2. Dia tidak akan menyampai-yampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan sesama manusia.
3. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung di sebaliknya.
4. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan manusia, dan semestinya ALLAH s.w.t.
Wallahualam, mari kita cuba praktikkan. Moga terserlah kecantikan hati kita.
No comments:
Post a Comment