Di setiap detik waktu
Aku menunggu di dalam debaran pesona
Mengintai disebalik awan
Menanti kehadirannya Ramadhan
Bulan yang menjanjikan limpahan nikmat dan ganjaran
Terasa bahagia menyelubungi hati
Takkan ku biar kau berlalu pergi
Takkan aku toleh ke belakang lagi
Akan ku rebut nikmat dan ganjaran Mu
Dalam usaha ku mencari keredhaan dan kasih Mu
Aku bersyukur Ya Allah
Kerana dengan limpah kasihMu
Aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini
Dengan rendah diri aku menadah tangan memohon padaMu Ya Allah
Ampunkan segala dosa-dosa ku dan terimalah segala amalku
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
No comments:
Post a Comment