Search This Blog

Sunday 9 August 2009

Fruit and Vegetable Picking....

Orng selalu berjalan kat tempat-tempat yang exclusive, bagi aku pulak.... aku nak bawa anak-anak aku ke suatu tempat yang mereka boleh enjoy berbuat sesuatu.... bagus untuk pengalaman dan secara tidak langsung dapat mengajar anak-anak aku erti 'alam sekitar'....

Jadi, suatu pagi setelah menyiapkan segala persiapan dan bekalan (kalau tak buat nak beli kat mana.....) maka, kami pun bergeraklah ke East Yonderton Farm di Glasgow. Macam mana jumpa?..... cari di internet dan ada lah seorang kawan yang cadangkan kata tempat ni bagus... so walaupun hujan rintik-rintik, kami pun pergilah jugak. Perjalanan cuma mengambil masa dalam 30 minit dari rumah. Ladang tersebut terleatak di belakang airport. Sambil nak petik buah-buahan boleh jugaklah tengok kapal terbang turun naik.... mula lah terfikir bilalah nak naik Malaysian Airline System.

Back to the farm, masa mula-mula sampai, tempat ini kelihatan sunyi sepi... macam tiada orang tapi bila dah pergi dekat barulah nampak orang yang sayup kelihatan sedang membongkok-bongkok memetik sayur dan buah-buahan. Perasaan aku mula bercampur baur... best ke? tak kotor ke? macam macam lagi lah... aku pun menghampiri kaunter ladang tersebut dan bertanya tentang proses memetik buah-buahan. Kami diberikan empat bakul untuk mengisi segala jenis tuaian...

Maka bermulalah pengembaraan memetik buah dan sayur-sayuran....


Di bawah.... broccoli yang sempat kami tuai sebelum hujan lebat... dapat satu bakul je... tapi boleh lah daripada tiada.... fresh kan.... masak pun sedap... ranggup....




Si adik pulak sibuk berlari-lari di celah-celah pokok gandum... seronok sebab kawasan ni luas. Dia lah orang yang paling sibuk dan paling seronok sekali..... yang paling dia suka petik strawberry....
Ini lah dia farm yang kami pergi tu.... EAST YONDERTON FARM, PA4 9LP.....


Pintu masuk ke ladang tu... nampak kecil je kan... tapi sebenarnya luas......




Ni lah kaunter ladang tu di mana kita diberikan bakul dan kemudian segala tuaian kita di timbang dan bayar. Nak kata mahal tu tak lah mahal sangat....sebab yang paling berharga ialah pengalaman yang kita dapat masa menuai segala buah dan sayur-sayuran tu......




Ini lah sebahagian daripada tuaian adik.... strawberry..... cantikkan....




Selain daripada tu, sempat jugak menuai peas.... sedap nih kalau masak ayam masak merah bubuh pulak kacan peas.....






tengoklah senyuman yang melebar sebab dapat kutip strawberry. Sampai tak larat nak bawa....




Ni pulak sign board farm tu....jom la join....






Ni pulak budak mat saleh tuan punya ladang. Muda lagi tapi punyalah tinggi.....



Kalau nak tahu, bukan setakat strawberry je, ada macam-macam buah seperti blackcurrant, raspberry, blackberry, broccoli, peas, gooseberry, dan lain lain lagi.





Pokok strawberry kat sini kecil dan rendah je, tak macam yang kat cameron highland tu. Mungkin nak bagi mudah orang petik kot... kat Cameron kita boleh tengok tapi tak boleh petik... takut pokok mati....



Ni pulak tengah berposing dengan strawberry dan pokok....



more strawberries........



Apapun, memang menyeronokkan sebenarnya walau mula-mula macam tak seronok.... pengalam ni memang berharga... yelah mana nak dapat petik blackcurrant, gooseberry, raspberry kat tempat kita ye dak..... walaupun penat dapat jugaklah menghabiskan masa bersama-sama keluarga. It's a great family activity, you should try it!












1 comment:

  1. puan aida,
    you make me feel these:-
    1) nak kawen dan nak ada anak2 cepat2.. so that can have family activity like the above!!

    2) want to go and join you!

    3) i miss you sooooooooooooo much!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...