Search This Blog

Monday 10 August 2009

Harry Potter Series...

Aku sedang menganalisa karya terkenal zaman ini the Harry Potter series. Bermula dari novel yang mula Harry Potter and The Philosopher Stone sehinggalah Harry Potter and the Deathly Hallows.

Aku cuba mencari apakah yang membuatkan cerita ciptaan Rowling ini mempunyai daya tarikan yang begitu kuat sehingga begitu popular serata dunia. Tak kira dimana pun pasti semua mengenali Harry Potter... malah filem yang terbaru Harry Potter and the Half-Blood Prince turut menjadi kegilaan ramai. Malah di internet, terdapat pelbagai diskusi dan kumpulan yang menggelar diri mereka pengikut Harry Potter. Setiap aspek buku dan filem Harry Potter dibincang dengan penuh minat dan semangat. Tidak dinafikan, Rowling juga tidak dapat terlepas dari pelbagai kecaman hebat daripada masyarakat yang tidak senang dengan mesej dan penampilan yang dibawa oleh buku-buku tersebut terutama imej gothic yang memaparkan sihir, hantu dan sebagainya. Dikatakan bahawa buku-buku ini mengajar pembaca terutama kanak-kanak dan remaja tentang ilmu sihir dan seterusnya menyimpang daripada tuntutan agama dan budaya. Namun, kecaman-kecaman ini tidak sedikit pun meninggalkan kesan terhadap peminat-peminat Harry Potter. Malah, ramai yang membuat kenyataan bahawa buku-buku ini banyak memberikan manafaat kepada semua kerana ia menyemai semangat suka membaca dikalangan kanak-kanak dan remaja. Ini ternyata apabila penjualan buku-buku tersebut mencecah sehingga berbillion copies. Tidak dapat dinafikan juga bahawa watak-watak yang dipaparkan di dalam buku-buku tersebut sangat menarik dan mempunyai moral yang tersendiri. Penampilan, perlakuan, personaliti dan sifat yang dipaparkan oleh setiap watak di dalam buku-buku tersebut terutama Harry, Ron dan Hermione sangat menarik dan mampu menjadi model dan contoh kepada kanak-kanak dan remaja. Ketiga-tiga watak ini memaparkan kepada pembaca bahawa friendship, courage, loyalty dan kindness merupakan aspek penting dalam kehidupan. Pengembaraan yang mereka lalui hanyalah sekadar satu tool bagi Rowling untuk mempromosikan nilai-nilai murni yang tersirat.

Kehadiran the Harry Potter series telah menambahkan lagi satu genre dalam sastera kanak-kanak. Para pembaca perlu disajikan dengan pelbagai jenis bahan bacaan untuk membangunkan keupayaan berfikir dan sudah pasti dengan akal dan fikiran yang dianugerahkan tuhan, para pembaca pasti dapat menilai sendiri apa yang menarik and baik. Dapat membezakan mana yang buruk dan mana yang baik, membezakan realiti dan fantasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...