Search This Blog

Tuesday 11 August 2009

Petua Menghilangkan Batuk

Sejak duduk sini aku selalu sahaja batuk-batuk. Dah macam-macam ubat makan tapi tak jugak baik. Jadi aku pun berusaha untuk mencari petua-petua tradisional untuk di amalkan. cari punya cari jumpalah.... ni yang nak share dengan semua nih...



Petua Untuk Masalah Batuk


1. Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh
memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau
nipis dan secamca minyak kayu putih.
Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah
pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi
dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga
seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.

2. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina
( orang cina panggil bo ho ) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama
lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan.
Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.


3.Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-
kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan
makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

4. Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya
dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih bauk dicampur sedikit air tetapi
jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia
diminum setiap malam sebelum tidur. Insya- Allah, mujarab.

sumber:http://www.geocities.com/yus_7177my/petua_untuk_masalah_batuk.htm



Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.


Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.


Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.


Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.


Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.


Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang

sumber:http://hikmah.azhad.com/2008/02/petua-mengurangkan-batuk.html




Ada jugak orang berpesan, kalau batuk... ambil kicap sesudu campur sedikit dengan asam limau lepas minum.


Minum madu lebah campur sedikit perahan lemon.


untuk hilangkan gatal-gatal tekak - ambil limau nipis yang telah dibelah dua. Sapukan sedikit kapur sirih dan sapukan di tekak. Insyaallah akan hilanglah gatal-gatal tekak.


Apapun, cubalah yang mana paling sesuai buat kita. Tak cuba tak tahu...

4 comments:

  1. As'kum...
    Daku di sini ingin kongsikan sedikit info bagi tujuan membantu mereka yg masih tercari2 ubat bagi menghilangkan batuk berat dan berkahak:

    Petua menghilangkan batu berkahak dan lendir

    Semoga info ni sedikit sebanyak dpt membantu mengakhiri penderitaan yg di alami. TQ.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Angin Selat Melaka kerana sudi berkongsi maklumat. Semoga dapat memberi manafaat kepada semua.

    ReplyDelete
  3. thankz kak...
    membantu saye yang dah berbulan batuk...baik jap..batuk balik....huhuhu

    ReplyDelete
  4. anak saya batuk selsema ni..adoiii..risau betul dibuatnya..kesian nak tido tak dpt...mana sy nak dpt buah pala sama mnyak kayu putih..?beli kat mana?buah pala macam mana?yg jeruk tu ker..adoi..hellllppp

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...