Search This Blog

Friday 7 August 2009

GOOD BYE ANNETTE STREET PRIMARY

Bermula 18 August ni, Annette Street Primary akan jadi sejarah dalam hidup kami.... anak-anak aku akan berpindah sekolah... sebabnya kami pindah rumah..... sekolah baru nih harap-harap better lah dari sekolah lama......

Apapun, banyak kenangan manis sepanjang anak-anak aku bersekolah di Annette Street Primary... cikgu-cikgu baik-baik belaka..... pelajaran pun ok jugak...

Gambar atas, kakak dengan guru disiplin, Mrs. Daveran. garang tapi baik orangnya....

yang nih, guru kelas kakak.... Mrs. MacDowell. She is a very nice person and my daughter loves her very much. seorang yang penuh prihatin.


Inilah pintu depan sekolah Annette Street.... kecil bukan nak banding dengan sekolah kat Malaysia yang besar dan selesa... di sini, sekolah kecil kerana populasi sekolah juga kecil. |dalam satu-satu tempat tu.... ada banyak sekolah.... dekat Govanhill ni saja ada 5 sekolah. jadi setiap sekolah tu, murid-murid dia sikit sebab tu tu cikgu boleh beri sepenuh tumpuan..... dalam satu kelas cuma ada 20 orang murid sahaja..... best kan..... cikgu kat sini memang interactive dan semua cikgu kena buat sendiri termasuk ambil pupil masa berbaris tiap=tiap pagi di halaman sekolah. Pembelajaran lebih bersifat individualized. They cater to the needs of the children. Kalau pupil tu bermasalah, dia akan cuba selesaikan masalah tersebut. sebagai contoh, kalau ada masalah bahasa, personal tutorial akan diberikan untuk membantu.... selalunya cikgu kelas lah dan dibuat di sekolah dalam waktu sekolah. Sekolah mula jam 9.00 pagi dan habis 3.00 petang. sepanjang masa tu rehat cuma 2 kali... sekali jam 9.15 dan lunch 12.30 tengah hari. Ok lah.....tu... at least budak-budak ada play time jugak. Excursion tak payah kata... memang banyak... kerap... dan tak kena bayar walau sesen duit.... tu yang best. Breakfast pun percuma. Cuma lunch saja kena bayar sebanyak 1.15 pound atau kita bawa sendiri... lagi free... he he he... apa pun sistem sekolah kat sini memang best..... Homework.... memang tak macam Malaysia.... kat Malaysia... buku sekolah memang banyak.... kalau kita tengok beg anak-anak memang berat sampai kena beli beg troli.. kat sini, buku-buku percuma dna disimpan di sekolah. Semua kerja diselesaikan di sekolah... homework cuma sedikit je... itu pun seminggu sekali... konsep Annette di sini, 'tak nak membeban kanak-kanak dengan homework yang terlalu banyak kerana kanak-kanak sudah terlalu penat disekolah'.... they believe that children have worked hard in school and they deserve their own time at home or simply spend the time with family.....'

Kat Malaysia... cikgu-cikgu pun baik jugak cuma apabila kelas terlalu besar cikgu tak dapat nak beri tumpuan dan perhatian pada pelajar-pelajarnya.... lagi satu homework memang banyak giler... sampai aku yang kena buat homework untuk anak sampai pukul 11 malam. Belum aktiviti sekolah petang lagi. Masa dan jadual memang padat. Apapun ini cara kita....



This is Mrs. Blair...... guru kelas my youngest daughter.... she is a very hapy and loving person.... and my daughter loves her very much.....look at her smile.....

This the whole class.... Primary One.....



some friends.......


Chit chat with the teacher......




Some of the teachers at Annette street Primary........




This is the head teacher, Mrs. Sheila Taylor.... she is very very nice too.....



Apapun, pengalaman di Annette Street Primary memang best la... at least aku boleh tengok perbezaan antara sistem sekolah di sini dan sistem sekolah di Malaysia.... bukan nak memperlekeh mana-mana sistem, sekadar mengemukakan persamaan dan perbezaan... Persamaam dan perbezaan ini tentulah bersangkut paut dengan cara dan budaya. Ini tentu takkan sama.... tiada salahnya dengan cara Malaysia....

2 comments:

  1. ada jugak cikgu dia pakai tudung? :p

    owh..

    puan aida ke tuh.. hehehe..

    i agree with your views.. dah jadi cikgu ni, especially kat area pedalaman ni, kalau tak bg homework, haram budak2 tak paham apa pon kalau tanya esok! heheh.. style kita kan..

    nice reading your stories..

    ReplyDelete
  2. nice reading your post ..saya x-student annette st back in 1995...tak berubah pun...even Mrs Sheila taylor pun sama except dulu dia black hair ja..nice post!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...