Search This Blog

Tuesday 18 August 2009

Sekolah baru - Cuthbertson Primary

Tanggal 17 August 2009, bermula episod baru dalam hidup anak-anak aku. Bersekolah disekolah baru - Cuthbertson Primary. Macam ibubapa lain, aku pun mula-mula cuak jugak, yelah bila fikir macam mana anak-anak aku nak sesuaikan diri kat sekolah baru, cikgu baru, kawan-kawan baru, suasana baru danmacam -macam lagilah. Tapi harap-harap semua ok lah. kalau tengok gaya dan keadaan sekolah ni, ok lah... besar dan luas. Tapi dari segi lain, aku belum tahu lagi. Harap-harap tak ada lah kes buli. Harap-harap anak aku yang kecik tu tak ada kena tumbuk lagi sampai pecah mulut.

Sekolah bermula jam 9.00 pagi. Masa pagi tu hujan pulak lebat. Jadi kami terpaksalah berteduh di bawah bumbung ini sambil menunggu masa untuk beratur. Tu lah anak-anak aku yang kesejukan dalam hujan... adik kata ' mak... abislah basah kasut Hush Puppies adik....'. Kasut baru la katakan... biasalah budak-budak... tiap kali nak mula semester baru semua nak baru. Baju baru, beg baru, kasut baru. Pendek kata semua baru. Kakak dapat sketches... lega lah.... AKu ingat lagi masa aku sekolah dulu, pakai kasut bodoh-bodoh je... mana ada kasut mahal-mahal. Tapi budak zaman sekarang nih dah pandai memilih... termasuklah anak-anak aku.



Adik and her lunch box...
Lunch box penting tu... klu tak tak makan la...
Ada jugak makanan kat sekolah tapi... nanti dulu... aku kena pastikan makanan tu betul-betul bersih dan halal...




Muka boring... apa taknya, lama sangat cuti 2 bulan.... nak mula sekolah balik mestilah tension. Macam kita kalau dah lama cuti, bila nak mula kerja mula lah liat...


Baru nak senyum.....



Ni la kawasan tempat mereka beratur sebelum masuk ke kelas masing masing.


Senyum lebar....



Nampak pintu hijau tu... itulah pintu masuk untuk budak-budak primary 1 dan 2 sahaja...


Adik and baju sekolah.... bergaya sebelum pergi sekolah. Adik ni memang suka ambil gambar... suka posing.



Walaupun baru sehari, adik dah dapat kawan baru.... anak mat saleh mata biru.... pandai gak anak aku ngorat anak mat saleh nih....

Hope anak-anak aku enjoy sekolah baru mereka and benefited from the new education system and experiences.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...