Search This Blog

Friday, 10 June 2011

Sibuk?

Tiba-tiba telefon berdering, lantas aku bingkas bangun. "Hello", aku memulakan bicara. "Hi love, It's me", jawab si pemanggil. "Oh, hai, kau sihat ke?" aku meneruskan perbualan sambil terbau nada suara serak dihujung talian. Dia terus bicara, "Tak ada apa-apa, aku saja call kau. Kau sibuk ke?". "Taklah, ada apa-apa yang kau nak cerita pada aku?", kataku untuk mencungkil rahsia.
"Entahlah, susahlah kalau kita sibuk tapi awek tak faham", si pemanggil memulai bicara. "owh, itu ke masalah kau? cuba kau beritahu aku apa yang terjadi sebenarnya?", tambahku. Si pemanggil menyambung, "kau pun tahukan demand kerja aku bagaimana, memang aku sangat sibuk. Aku tak dapat nak luangkan masa untuk awek aku. Jadi dia marahlah. So, hubungan kami at stake la sekarang ni", jelasnya dengan suara sedih di hujung talian. 
"Pernah kau cuba beritahu dan jelaskan pada dia tentang kerja kau?" kataku.
"Alah, malas lah. Dia mesti tak faham punya sekalipun aku terangkan. Lagipun, aku tak ada masa nak bercerita panjang dengan dia", sambung si pemanggil. 
Aku menghidu sesuatu di sebalik kata-kata ini. Aku cuba memujuk, "Eh, janganlah begitu. Itu cuma anggapan kau sahaja. Kau belum cuba, mana kau tahu?". Aku menyambung, "Apa kata kau terangkan pada dia baik baik dan aku pasti jika dia akan paham. Dia sayangkan kau, pasti dia akan cuba memahami". 
"Entahlah" balasnya bersahaja. 
"Cuba kau beritahu aku, apa yang sibuk sangat sehinggakan kau tiada masa untuk dia?"
"Entahlah, aku pun tak tahu" jawabnya berbaur nada kesal.
"Maafkan aku, boleh aku bertanya sesuatu?" Aku meneruskan perbualan cuba menyingkap rahsia di sebalik hatinya.
"Apa dia? Tanyalah" jawabnya bersahaja.
"Apa kau betul-betul sayangkan dia?" aku memancing
"Kenapa kau tanya macam tu? Apa kau ingat aku main-main?" Jawabnya dengan nada yang sedikit keras. Aku mengandaikan dia sedikit terasa.
"Macam ni lah. Aku bukan nak masuk campur urusan kau berdua tetapi apabila kau dah buka cerita ni pada aku. Jadi sebagai sahabat, mungkin aku boleh beri sedikit pandangan peribadi. terpulanglah pada kau untuk menerima pandangan aku ni" jelasku mengharapkan dia memahami. "Bagi aku, dalam sesebuah perhubungan ini, perlu ada saling memahami, saling menghormati, saling mengambil berat dan yang paling penting komunikasi. Tanpa komunikasi, terutama komunikasi dua hala, mana-mana perhubungan pun takkan boleh pergi jauh. Bagi aku, sesibuk manapun seseorang itu, takkanlah tak boleh meluangkan sedikit masa walaupun seminit dua untuk bercakap dengan orang yang dia sayang. Dalam kes kau ni, tak perlu lama, jika kau tak boleh berjumpa dia cukup sekadar satu panggilan telefon seminit dua bertanya khabar dan rutin harian pun dah memadai. Itu menunjukkan kau mengambil berat tentang dia dan dia akan rasa bahagia dan disayangi. Kau pula, akan rasa lebih dekat dengan dia. Sekiranya komunikasi itu tiada, itu yang buat perhubungan kau berdua makin jauh dan renggang dan masalah akan mula timbul. Kau tak rasa ke apa yang dia rasa; rasa kasih, rindu, cinta. Setahu aku, orang kalau bercinta ni mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena kalau tak pandang dan tak dengar suara. Kau ni terbalik pula. Cuba kau letakkan diri kau ditempatnya. Apa yang kau akan rasa bila orang yang disayangi seolah-olah endah tak endah. Orang perempuan ni, perlukan kepastian dan perlu sentiasa diingatkan Bagi kau mungkin perkara tu kecil, remeh tapi bagi mereka tidak. Itu kau kena faham. Hati perempuan mudah terusik.. mudah sangat tersentuh. Jika kau benar sayangkan dia, kau akan berusaha menyenangkan hati dia dan kau akan tunjuk bahawa kau care pada dia" aku mula berasional dengannya. "Melainkan dia tidak wujud lagi dalam hati kau sebab itulah kau rasa terbeban atau kau mungkin rasa tidak perlu untuk menjaga perhubungan kau berdua" aku menambah. "Kau fikir-fikirkanlah kata-kata aku ni. Jika kau rasa ada logiknya kau ambil lah. Kalau kau rasa apa yang aku cakap ni tak betul, kau ignore je lah".
"hmmmm...." sayup kedengaran di hujung talian.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...