Seseorang pernah berkata pada aku bahawa phd sama seperti cinta. Adakala gembira dan adakala juga sengsara. Cinta yang perlu di semai, dibaja dan dipupuk. Perit dan pedih cinta ini hanya yang melalui sahaja yang mengetahui dapat dapat memahami.
Bagiku, cinta ku ini penuh ranjau, onak dan duri. Ibarat sebuah cinta yang tidak pernah seronok. Ibarat juga satu pasangan yang tak pernah cocok dan tidak pernah sehaluan. Airmata, kesedihan dan kemurungan sudah sebati dalam diri. Apa mungkin cinta ini menemui noktah di penghujung jalan?
Ada sesetengah amat beruntung dalam cintanya. Cintanya indah, segar dan mekar hingga ke jinjang pelamin. Ada juga cinta tak kesampaian; terputus di tengah jalan. Mungkin juga takdirnya begitu.
Apapun, aku pasrah akan cinta ini. Moga aku masih diberikan kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi cinta ini. Moga masih ada sinar di penghujung jalan agar dapat ku kecap manisnya cinta yang ku semai ini. Amin.
No comments:
Post a Comment