Search This Blog

Sunday 19 June 2011

MEE KOW POW

Source: Majalah Rasa  2007
Bahan-bahan
250gm mi kuning
2 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
50gm isi ikan siakap 
50gm udang.
50gm sotong dibersih dan dihiris
50gm cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut
10gm kailan
1s/b kicap pekat
1s/b sos tiram
1s/b sos cili (nieza tambah)
250ml air
1 biji telur
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa
cili merah
bawang goreng

1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng mi sehingga garing, kemudian, toskan mi tadi dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan, kemudian masukkan air.
3. Selepas itu, masukkan isi ikan siakap, udang dan sotong.Kacau rata dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap dan masukkan kailan, cendawan dan telur.Perasakan garam.
5. Biarkan seketika dan apabila telah masak bolehlah diangkat dan tuangkan kuahnya ke atas mi tadi.
6. Sedia dinikmati sementara masih panas. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...