Cuba baca title di atas? Apa agak-agaknya intipati entri kali ini?
Semua wanita ingin kelihatan cantik, menarik dan seksi. Mana ada perempuan yang tidak mahu kelihatan cantik? Tiada seorang perempuan di dunia ini yang berpuas hati dengan diri mereka sendiri! Jika makhluk yang bernama perempuan itu berdiri di hadapan cermin, instead of bersyukur dengan pemberian Allah, pasti ada saja rungutannya tentang wajahnya, kulitnya, susuk tubuhnya dan apa-apa saja. Di mata mereka pasti ada sahaja yang tidak kena dan saya juga tidak terkecuali. Apapun. Wahai kaum wanita, janganlah kita terlampau obses dengan kecantikan kerana setiap wanita yang dijadikan tuhan itu adalh makhluk Allah yang paling cantik! Cantik dengan erti kata yang tersendiri. Setiap inci tubuh wanita itu sangat mempesona di hadapan mata suami-suami masing-masing fan perlu diingat, selera suami masing-masing berbeda-beda. Ada sesetengah mengukur kecantikan melalui daya pemikiran, ada yang melihat cantik itu melalui budi pekerti dan hati yang luhur dan ada yang menilai cantik itu dari tingkah laku dan perbuatan. Maka kenapa perlu obses dengan kecantikan luaran yang tidak kekal? Cantik di luar tidak semetinya cantik di dalam... So mari kita fikir-fikirkan....
I want to share this advertisement (iklan Body Shop) with you yang mungkin boleh mengubah persepsi kita tentang kecantikan...
No comments:
Post a Comment