Search This Blog

Saturday 25 June 2011

SUARA RINDU

Apabila Nafsu Menguasai Diri

Makan untuk hidup

Vs.

Hidup untuk makan



Antara dua statement di atas, apa pilihan anda? Ingat, tiada jawapan yang salah atau benar melainkan semua jawapan itu adalah ikhlas dari hati. Terpulanglah pada diri masing-masing. Bak kata pepatah melayu, "tepuk dada tanya selera".

Bagiku pula, selalunya aku makan untuk hidup tetapi ada ketikanya diwaktu 'angin kus kus' ku sampai (bukan di setiap waktu ya!) aku rasa aku hidup untuk makan! Hahhaa... Dah semestinya ini terjadi bila aku diselubungi kadar stress yang AMAT tinggi! Doktor pun tak boleh tolong bila akubdah tiba saat ini.... (minta maaf lah kawan kawan doktor ku sekalian!).

Bila tibanya saat hidup untuk makan, maka aku pun dengan rasa tidak bersalahnya akan makan yang memang sesungguhnya kurang khasiat! Hehhehe.... diantaranya ialah





dan acapkali aku suka sangat makan



Kadang kala, aku memang suka pula menghabiskan masa menikmati









Bukan itu sahaja, aku juga memang tak boleh mengawal diri jika aku terjumpa...








Apatah lagi yang ini






Atau yang ini








Tak pun yang ini







Apatah lagi yang ini










Tapi sekarang aku sudah berazam untuk mengurangkan semua di atas dan untuk itu aku sudah mula mengambil








Tak pun yang ini








Dan most of the time aku akan berusaha untuk memperbanyakkan mengambil








Dan yang ini







Harap-harap moga berjaya misi ku ini demi kesihatan diri! Fingers crossed!


Cheers!

Friday 24 June 2011

Medal

"Mommy mommy!" tiba-tiba anak dara aku yang kecil memanggil dari jauh. Langsung hilang lamunan ku sebentar tadi. Terpancr sinar kegembiraan di wajah anak kecil ku ini.
"Ada apa sayang?" balasku.
"mommy, do you know that today Mrs. Toher gave me a silver medal for my outstanding achievement in sports!" katanya dengan penuh gembira. "Oh! That's great! I am so happy for you!" balas ku sambil mengusap perlahan kepalanya dengan perasaan, berkongsi kegembiraan bersama-samanya.

Sebagai seorang ibu, sejujurnya aku cukup berbangga dengan anak-anak ku. Ibu mana yang tak bangga jika anak-anak menunjukkan prestasi yg baik dalam akademik dan sukan. Namun, jauh di sudut hatiku, aku tidak mengharapkan sesuatu yang luarbiasa daripada anak-anak aku. Aku hanya berharap agar mereka dapat buat apa yang terbaik yang dapat mereka lakukan dan menjadi seorang manusia yang baik (tahu apa itu salah dan benar) dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Apapun, buat anak-anak ku yang ku sayangi...

Mommy dan ayah bangga dengan kalian dan kami sayang kalian! Buat lah sehabis baik dalam apa sahaja yang kalian ceburi. Doa kami akan sentiasa mengiringi hidup kalian. Amin.





Thursday 23 June 2011

Shepperd's Pie

Ingredients:

A kilo of mince beef/lamb/chicken
1 onion
A bunch of Spring onion
1 Carrot
1 Cauliflower/broccoli
A pinch of Oregano/basil/coriander
A pinch of Salt n pepper
A packet of Grated cheese mixture
5 large potatoes - boiled

Method:

Boil potatoes until it is cooked. Mash them and put in some milk and butter while mashing. Keep aside.

Fry diced onion until it becomea brownish. Add mince beef/ lamb/ chicken. Add in some salt n pepper. Stir occasionally until it is cooked. When it is cooked, add in some spring onion, grated carrots, cauliflower(cut into small pieces) and some herbs above. Wait until everything is nicely mixed n cooked.

Once cooked, place the above in a baking pot. On top of it, add in the mashed potatoes. Make sure you spread them evenly. Finally, add in grated cheese to cover the top of the mashed potatoes. Bake for about 30 mins for 180 degree celcius.


When it is cool, it is ready to serve!



Yorkshire Pudding

Bahan-bahan:

Half a kilo mince chicken/ beef
Onion
A bunch of spring onion
Salt and pepper
Dried coriander/ basil/ oregano
A packet of baked Yorkshire pudding case

How to make:

Fry diced onion in a pan with some olive oil. When it is almost brown, put in the mince chicken. Put in some salt n pepper abd some herbs. Stir occasionally until the chicken is cooked. When it is almost cooked, put in some spring onion. Turn off the stove.

Take out a packet of yorkshire pudding case and place them on a baking tray. Insert each case with the ingredients that we have prepared above. Once finished, place the tray in the oven 180 degree celcius for 10-15 mins.

The food is ready to be served. You can add some mayonnaise and some ketchup on the top of the pudding.





Wednesday 22 June 2011

Cinta

Seseorang pernah berkata pada aku bahawa phd sama seperti cinta. Adakala gembira dan adakala juga sengsara. Cinta yang perlu di semai, dibaja dan dipupuk. Perit dan pedih cinta ini hanya yang melalui sahaja yang mengetahui dapat dapat memahami. 

Bagiku, cinta ku ini penuh ranjau, onak dan duri. Ibarat sebuah cinta yang tidak pernah seronok. Ibarat juga satu pasangan yang tak pernah cocok dan tidak pernah sehaluan. Airmata, kesedihan dan kemurungan sudah sebati dalam diri. Apa mungkin cinta ini menemui noktah di penghujung jalan? 

Ada sesetengah amat beruntung dalam cintanya. Cintanya indah, segar dan mekar hingga ke jinjang pelamin. Ada juga cinta tak kesampaian; terputus di tengah jalan. Mungkin juga takdirnya begitu. 

Apapun, aku pasrah akan cinta ini. Moga aku masih diberikan kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi cinta ini. Moga masih ada sinar di penghujung jalan agar dapat ku kecap manisnya cinta yang ku semai ini. Amin. 


Tuesday 21 June 2011

MURTABAK

  • 100g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

    1.  Mula-mula buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
    2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
    3. Dscf5170Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
    4. Dscf5173Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
    5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
    6. Dscf5176Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.


      CREDIT: OHRESEPI.COM


  •  

Sunday 19 June 2011

AKU MELAYU

Sanggar Kreatif: Aku Melayu
Oleh Shafiq Mazlan

2011/06/19

“AH, jelik rasanya ingin ku teruskan pembacaan ini!” bentak Zazuan. Dua orang rakan setianya sekadar tersenyum. Mereka bagaikan amat biasa dengan kondisi ini. Antologi Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 5 bermauduk ‘Dirgahayu Bahasaku’ yang dibacanya sebentar tadi, diketepikan. Raut wajahnya tidak menampakkan sedikit pun minat untuk mendalami teks KOMSAS tersebut. Koyakkan saja, bisik nafsu amarah bissuknya. Namun dia masih waras memikirkan bahawa antologi itu hak milik sekolahnya. 

“Perlukah puisi picisan sebegitu ditelaah? Prosa kuno mengarut sebegitu hanya memenatkan minda saja. Lebih molek aku santap karya JK Rowling berbanding mengenal hikayat mengarut. Lebih molek aku jamah karya penulisan Stephen Covey daripada menatap puisi yang membingungkan. Aku tidak mengerti mengapa bangsa Melayu ini terlalu obses kepada sesuatu yang kompleks,” luah Zazuan panjang lebar.
Rakan-rakannya sekadar membisu. Mereka sudah terlalu memahami mentaliti Zazuan yang menolak fahaman bangsa sendiri dan lebih cenderung merafak budaya bangsa Barat. Bagi Zazuan, cukuplah dia sebagai seorang Islam. Apa perlunya Melayu dalam kehidupan?
“Aku tidak nampak di mana kepentingan adat. Puisi pula bagiku hanyalah sekadar himpunan kata-kata karut yang memeningkan. Lantas, apa yang mereka agungkan sangat dengan budaya Melayu ini?” Zazuan meneruskan bebelannya. 

“Zazuan, sepuluh tahun di negeri orang bukan alasan munasabah untuk kau mempersoalkan apa itu Melayu dan mencela budayanya. Entah apa doktrin yang dipasak dalam mindamu hingga kau lupa daratan sebegini kritikal. Memalukan!” Tegas satu suara dari satu arah, lantang. 

Zazuan tersentak. Dia mencari-cari sang pemilik suara lantang itu. Panas hatinya apabila tikaman tajam sindiran itu menerjah gegendang telinganya. Matanya tertangkap sesusuk tubuh bersandar tenang di tepi jendela kelas 5 Cita. Dia melirik tajam, menyampaikan amaran barangkali. 

“Meskipun kau terdidik di benua yang lain, merah darahmu masih darah Melayu, bukan? Rasanya ibu bapamu Melayu tulen dan pada kad pengenalanmu sendiri tertinta kemas aksara M, E, L, A, Y dan U. Aku fikir jiwamu masih terpasung berhala hedonisme yang menjadi asbab primer kebencianmu pada Melayu, bangsa asalmu,” Shahrul menambah kata. 
Laksana kerang busuk, Zazuan hanya mampu tersengih. Bola matanya menzahirkan satu pandangan sinis seakan-akan mengejek. Tanpa sepatah pun kata, dia melangkah meninggalkan rakan-rakannya bersama Shahrul, terpinga-pinga. 

* * * 

USAI Isyak, Shahrul menyiapkan diri untuk turun ke gelanggang silat di hadapan rumahnya. Rutin bagi Shahrul pada setiap malam Selasa dan Jumaat untuk berlatih ilmu persilatan bersama ayahnya dan beberapa orang anak murid ayahnya. Kadang-kadang dia turut membantu ayahnya melatih anak-anak murid ayahnya. 

Malam itu, dia berseorangan membuka gelanggang lebih awal berbanding malam-malam sebelumnya. Usai berdoa memohon daripada Tuhan agar sesi latihannya selamat daripada gangguan, dia memulakan aktiviti regangan. Selepas itu, Shahrul mengulang kaji buah pukulan dan tangkisan yang telah dipelajarinya. 

Zazuan yang kebetulannya baru saja pulang dari rumah seorang rakannya ternampak Shahrul sedang bersilat ketika melalui perkarangan rumah Shahrul. Dia mencari tempat untuk berlindung dari dilihat oleh Shahrul. Dari bawah rimbun pohon rambutan, dia melihat segala pergerakan dan tari Shahrul. Terkadang dia ketawa terkekeh-kekeh. Melucukan, fikirnya. 

Shahrul yang menyedari dirinya diperhatikan menghentikan latihan seketika. Zazuan memunculkan dirinya dari sebalik pohon rambutan apabila melihat Shahrul bagaikan sudah menangkap kehadirannya. 

“Aneh benar perbuatanmu. Inikah silat yang diagungkan sebagai salah satu adat Melayu yang bernilai? Kudengar silat kini semakin mendapat perhatian sarwajagat. Tampaknya hanyalah gerak tari yang melucukan,” ejek Zazuan, disertai tawa yang panjang. 

Shahrul menulikan telinga. 

“Ayuh, persembahkan apa yang kau mampu lakukan,” cabar Zazuan sambil menghampiri Shahrul. 

“Rasakan ini!” Zazuan melepaskan satu tumbukan padu ke ulu hati Shahrul. Tangan kiri Shahrul pantas menangkis serangan Zazuan. Deras kaki kanan Shahrul menerjah pelipat lutut kanan Zazuan, menyebabkan Zazuan tersungkur. Tangan kanan Shahrul tergenggam kemas. Namun belum sempat dia membenamkan penumbuknya itu, kedengaran satu suara menempik. 

“Shah, hentikan!” 



Sesusuk tubuh berkain pelikat tanpa memakai baju tegak bercekak pinggang di pintu rumah Shahrul. Shahrul melonggarkan pijakannya. Dia segera mendatangi ayahnya yang sedari tadi menanti di hadapan pintu rumahnya itu. 

Zazuan bingkas bangun. Melihat carik pada seluarnya menimbulkan rasa sesal mencabar Shahrul. Dia malu. Kesesalan mengiringi langkah pulang ke rumahnya. 

* * * 

“MELAYU telah diakui oleh dunia sebagai bangsa yang hebat, sama ada cerita mengenai budaya dan adat mahupun sejarahnya. Sejarah mencatatkan bahawa bangsa Melayu dikenali Nusantara sebagai ‘perakam alam’.” 

Seisi kelas terdiam mendengar pembentangan kajian Shahrul tentang Melayu. Semua pelajar bagaikan terpukau dengan isi yang dikemukakan Shahrul. Cikgu Izatul Hanim sekadar tersenyum. 

“Apa yang dimaksudkan dengan ‘perakam alam’?” Seorang pelajar mencelah pembentangan Shahrul, ingin tahu. 

“Bangsa Melayu adalah bangsa yang menerapkan segala unsur mayapada ini ke dalam budayanya. Sebagai contoh, baju Melayu jenis cekak musang normalnya mempunyai lima butang sebagai simbolik kepada lima rukun Islam dan baju Melayu jenis teluk belanga hanya mempunyai satu butang yang melambangkan bahawa Allah Maha Esa. 

Bilangan anak tangga rumah tradisional kebiasaannya ganjil supaya kaki kanan dulu yang akan melangkah masuk ke dalam rumah,” terang Shahrul. 

“Adakah hantu dalam kepercayaan orang Melayu juga dipengaruhi oleh konsep ‘perakam alam’ ini?” Sampuk seorang pelajar, acuh tidak acuh. 

“Ya. Faktor geografi mewakili salah satu faktor wujudnya kepercayaan pontianak, langsuir dan hantu alam Melayu yang lain. Bangsa Melayu telah menyedari kondisi iklim kawasan khatulistiwa dan berhutan ini lebih sesuai dipadan dengan kepercayaan hantu terbang. Hal ini berbeza dengan masyarakat Arab Badwi yang tinggal di padang pasir. Mereka lebih cenderung mempercayai kewujudan gangguan jin, nasib malang dan sial lantaran iklim gurun yang tandus dan kosong. 

Bayangkan pontianak muncul di kawasan gurun. Aneh bukan? Jika ini berlaku, maka tidak akan terlahirlah sekalian ahli kaji bintang yang majoritinya adalah produk masyarakat Arab Badwi,” jawab Shahrul, jelas dan teratur. 

Zazuan hanya membisu di tempat duduknya. Sedikit demi sedikit rasa takjubnya pada warisan Melayu bercambah di ruang hatinya. 

* * * 



“BERNAS sungguh bicaramu. Input kajianmu tidak ubah seperti tesis mahasiswa. Dari manakah kau peroleh maklumat sebegitu?” soal seorang sahabat. 

Kelas Sejarah baru saja tamat. Hampir seisi kelas menyerbu ruang duduk Shahrul. 
Mereka ingin mendengar lebih banyak cerita daripada Shahrul. Persoalan demi persoalan daripada para teman mengasak pemikiran Shahrul. Dia menyambut segala soal dengan tenang dan cuba untuk menjawab semua persoalan agar tiada yang berkecil hati. 

“Memandangkan kau sendiri adalah seorang pesilat, bolehkah kauceritakan sedikit perihal ilmu persilatan?” Tanya salah seorang daripada pelajar 5 Cita. 

“Budaya Melayu turut dipengaruhi dengan kemasukan unsur Islam apabila kalangan pedagang Arab yang beragama Islam mula bermukim di Tanah Melayu. Beberapa riwayat mencatatkan silat diajar oleh pedagang Arab dan mula berkembang di Tanah Melayu sejak zaman Parameswara lagi. Kebiasaannya pakaian silat berwarna hitam sebagai simbolik kepada bayang-bayang. Huraiannya, walaupun darjat, pangkat atau kedudukan mahupun fizikal berbeza, bayang yang sentiasa hitam menzahirkan persamaan sesama pesilat. Selain itu, warna tersebut sebagai langkah berjaga-jaga untuk tujuan penyamaran apabila gelanggang didatangi penjajah dulu kalanya. Pesilat akan memadamkan jamung dan menyembunyikan diri di sebalik kegelapan. Setiap buah pukulan dan tangkisan, seni dan bunga pergerakan mempunyai peranan masing-masing yang hanya difahami oleh pengamal ilmu persilatan saja,” cerita Shahrul. 

“Ah, apa perlunya silat …” celah Zazuan dari belakang Shahrul. 

“Silat membentuk disiplin dan mengajar .…” 

“Jika ditembak pistol, pasti mati menyapa jua. Jadi tiada gunanya mempelajari ilmu yang sia-sia ini.” 

Sepi menyelubungi atmosfera kelas 5 Cita seketika. Pelajar yang lain mula bercakap sesama sendiri, memperkatakan hujah Zazuan. Zazuan tersenyum puas, yakin Shahrul kehabisan madah. Aku menang, bisik hati kecilnya penuh bangga. 





“Itulah pemikiran dungu namanya,” bidas Shahrul, tajam. 

Zazuan terkejut. Penumbuknya dikepal kemas. Jika diturutkan kata hatinya, mahu saja dia membenamkan penumbuknya itu ke muka Shahrul. Namun bila dikenang 
kembali cerita lama, dia tidak berani. 

“Bukan semua orang boleh mempunyai pistol. Tambahan lagi, jika kau ditumbuk sekarang, mampukah kaumenembak sang empunya penumbuk itu?” Shahrul menambah. 

“Tapi, apa perlunya bangsa sedangkan yang terpenting itu ialah agama,” asak Zazuan, tidak berpuas hati. 

“Bersyukurlah kamu dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Kamu yakinkah jika kamu dilahirkan oleh ibu bapa daripada bangsa yang lain, kamu mampu mengenal Islam ketika ini? Apabila kamu dilahirkan sebagai seorang Melayu, terang lagi bersuluh agama yang bakal menjadi pegangan ialah Islam. Sedangkan Rasulullah SAW pun meletakkan orang yang mengutuk masyarakat Arab ibarat mengutuk Rasulullah sendiri, meskipun bangsa Arab Quraisy ini masih lagi degil dalam menerima kebenaran. Masih menganggap Melayu itu sesuatu yang menyusahkan?” 
Zazuan terdiam. 

* * * 

ZAZUAN mematikan derap langkahnya apabila matanya terpandang beberapa orang samseng terkenal di kampungnya menanti di laluan tanah merah, susur keluar ke simpang masuk kawasan rumahnya. Dia berkira-kira untuk menggunakan jalan lain untuk pulang ke rumahnya. Belum sempat dia berpaling, kedengaran keras satu bertempik. 

“Hoi, kamu yang berpakaian sekolah itu! Mari ke sini sebentar.” 

Pucat wajah Zazuan menzahirkan rasa cuaknya. Dia melangkah berat mendekati samseng-samseng itu. 

“Ya, boleh saya bantu?” Terketar-ketar Zazuan menyatakan soalannya. 

“Belikan aku rokok,” sahut ketua samseng, kasar. Bengis wajah ketua samseng menambahkan lagi rasa takut Zazuan pada mereka. 

Belum sempat dia menjawab, telinganya menangkap satu jeritan dari hujung laluan. 
“Jangan ganggu budak itu!” 

Shahrul yang masih berpakaian sekolah tampak sedang berdiri di hujung jalan. 
Baru pulang dari sekolah barangkali, getus hati kecil Zazuan. Shahrul melangkah mendekati mereka. Selamba wajahnya meningkatkan lagi pawaka kemarahan samseng itu. 

Shahrul mematikan langkahnya; lebih kurang semeter daripada kumpulan samseng berkenaan. Dia merendahkan kekudanya, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tanpa sebarang isyarat, beberapa orang samseng mula bertindak menyerang Shahrul. Shahrul masih lagi dalam keadaan bertenang, menanti. Seketika dia mula mengubah pola sikapnya. Serangan demi serangan berjaya dimatikan, pantas tak terlihat dek ketua samseng dan Zazuan. 

Pisau dari raga motosikal dicapai oleh ketua samseng itu. Zazuan ditolak ke tepi. Melihat anak buahnya sudah tidak berdaya, dia memulakan serangan. 
Terburu-buru dia merodok tajam pisau di genggaman tangan kanannya itu ke perut Shahrul. Shahrul bingkas mengelak ke tepi. Nah! Satu tendangan mampir di bawah ketiak kanannya. Serangan ketua samseng itu terhenti. Genggamannya mula longgar, memudahkan Shahrul merampas pisau di tangannya. Kini, senjata makan tuan. Shahrul mengacukan mata pisau pada leher ketua samseng. 

"Ampunkan aku ...," rayu ketua samseng itu. 

Shahrul membuang pisau ke tepi. Terkocoh-kocoh ketua samseng dan anak-anak buahnya membuka langkah pergi dari situ. Pandangan Shahrul beralih kepada Zazuan. zazuan yang diam sedari tadi, cuba untuk bangun. Masih terdiam. 
Tergesa-gesa dia juga melangkah pulang ke rumahnya, pantas. Menyesal barangkali, monolog Shahrul. 

* * * 

PINGGAN kosong yang sebentar tadi berisi nasi goreng itu diketepikan. Gelas berisi air anggur kordial itu dicapainya cermat. Seteguk demi seteguk dia menelan hingga hampir kosong gelas itu. Kejadian hari sebelumnya cuba dia luputkan dari kotak memorinya. Waktu rehat di sekolah dimanfaatkan sebaiknya. 
Matanya tertangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya menghampiri meja makan tempat dia menjamu selera. 

“Aku tertarik untuk menuntut ilmu persilatan,” luah Zazuan. 

Hampir tersedak Shahrul mendengar pengakuan Zazuan. Drastik sungguh perubahan dirinya. Apakah katalisnya? 

“Aku mohon untuk berguru dengan ayahmu. Aku juga rela bergurukanmu asalkan aku diberi peluang mengenal kembali budaya bangsaku,” Zazuan menyatakan pengharapannya. 

“Benarkah kau ingin belajar?” soal Shahrul, menduga. 

Zazuan diam. Wajahnya jelas menampakkan bahawa dia sedang berfikir. Barangkali dia masih kabur dengan pendiriannya, getus hati kecil Shahrul. 

“Benar, aku ingin belajar,” putus Zazuan, yakin. 

“Asbab?” 

“Kerana aku anak Melayu dan budaya Melayu itulah budayaku.” 



SOURCE:


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SanggarKreatif_AkuMelayu/Article



MEE HAILAM

600 gm mee kuning 
100 gm daging [hiris nipis] 
100 gm isi ayam [hiris nipis] 
100 gm udang 
250 gm sawi   [potong kecil] 
100 gm bunga kubis [hiris] 
100 gm kobis [hiiris] 
2 biji telur ayam 
1 biji cili merah [mayang] 
1 s/b lada hitam 
3 s/b kicap pekat 
3 s/b sos tomato 
3 sudu besar minyak 
1 cawan air 
4 ulas bawang putih [ketuk]


bahan hias 
3 batang daun sup ] 
3 batang daun bawang ] potong pendek 
garam [jika perlu] 

Cara: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. 
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut. 
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata. 
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata. 
5. Masukkan bahan sayuran lain dan sawi dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan. 
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang. 



MEE KOW POW

Source: Majalah Rasa  2007
Bahan-bahan
250gm mi kuning
2 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
50gm isi ikan siakap 
50gm udang.
50gm sotong dibersih dan dihiris
50gm cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut
10gm kailan
1s/b kicap pekat
1s/b sos tiram
1s/b sos cili (nieza tambah)
250ml air
1 biji telur
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa
cili merah
bawang goreng

1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng mi sehingga garing, kemudian, toskan mi tadi dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan, kemudian masukkan air.
3. Selepas itu, masukkan isi ikan siakap, udang dan sotong.Kacau rata dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap dan masukkan kailan, cendawan dan telur.Perasakan garam.
5. Biarkan seketika dan apabila telah masak bolehlah diangkat dan tuangkan kuahnya ke atas mi tadi.
6. Sedia dinikmati sementara masih panas. 


TAUHU KUKUS BERSOS TIRAM

bahan-bahan :
  • 1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu kecil madu - optional
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 kiub ayam atau kiub ikan bilis
  • sedikit minyak bijan atau minyak masak
  • 1 sudu makan kacang tanah kisar
  • sedikit daun bawang
  • sedikit air

  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.

  • Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.

  • Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan kacang tanah dan daun bawang. Hidangkan.





  • CREDIT: KONGSI RECIPE.COM


  • KARI IKAN (MAMAK STYLE)

    3 ekor ikan kerisi (ATAU APA APA SAJA IKAN YG SESUAI) (dipotong dua) 
    13 batang kacang bendi
    3 biji tomato di belah empat





    TUMIS:
    2 tangkai daun kari
    3 ulas bawang putih ditumbuk
    1 ulas bawang besar dihiris bulat
    1 keping asam gelugur (ikut suka)
    1 biji bunga lawang
    1 biji buah pelaga
    3 biji bunga cengkih
    1 batang kayu manis
    3 sudu besar serbuk kari ikan adabi (i paket kecil serbuk kari ikan)
    5 cawan air (ikut suka)
    garam secukup rasa



    -Panaskan kuali masukkan 5 sudu minyak (ikut suka)
    -setelah minyak dah panas masukkan rempah buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.
    -Dah wangi masukkan pulak bawang putih yang telah ditumbuk lumat.Tumis hingga kekuningan.
    -Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air.
    -Kacau-kacau..kemudian masukkan bawang besar yang dihiris...kacau-kacau lagi sehingga air kering.
    -Masukkan pula 5 cawan air biarkan mendidih masukkan asam gelugur,kacang bendi dan tomato...lebih kurang 3 minit masukkan pula ikan...
    -Tutup kuali dengan tudung kuali atau tudung periuk. 



    (ALTERNATIVELY, BOLEH GUNA TOMATO PASTE/CHUNK FOR THE KUAH). 

    Daging Masak Halia

    350gm daging di hiris nipis 
    3 tbs kicap lemak manis
    2-3 inci halia - di hiris nipis ( i suka banyak)
    1 ulas bawang putih di potong dadu halus
    1 table spoon Worcestershire sauce
    sedikit garam
    1 cawan air
    2 pokok daun bawang
    minyak untuk menggoreng

    HOW TO MAKE:

    Panaskan kuali then tumis bawang putih dan halia hingga wangi
    then masukkan daging  dan air
    biarkan daging di atas api dan kacau sehingga kering airnya  (kalau daging masih keras, tambah air and tutup kuali tu dengan tuding periuk) biar hingga daging empuk
    bila daging dah empuk masukkan kicap dan worcestershire sauce dan sedikit garam
    akhir sekali masukkan daun bawang


    siap dan sedia untuk di hidang

    CHOCOLATE CAKE (WITHOUT BUTTER)

    • 2 biji telur
    • 1 cawan minyak masak
    • 1 cawan gula pasir
    • 1 cawan gula perang
    • Bahan A
    • 1 sudu kecil vanila
    • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
    • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
    • Bahan B
    • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1/2 cawan serbuk koko
    • 2 cawan tepung gandum


    • Topping:
    • 1/2 cawan koko van hauten
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 1 sudu besar minyak masak


    1. Pukul telur hingga kembang
    2. Masukkan gula dan pukul lagi
    3. Kemudian masukkan minyak masak
    4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
    5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
    6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

    CREDIT: mY RESEPI.COM

    KUNG PAO CHICKEN

    KUNG PAO CHICKEN 
    sumber : Cik Wan Taipei
    sumber : K.Nor@SecubitGaram

    Perapkan bersama 15minit:
    sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil 3/4 ekor ayam
    2 sudu besar sos tiram 4 sudu besar 
    1 sudu kecil tepong jagung
    Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

    Bahan Sos disatukan:
    1/4 cawan air pati ayam 1/4 cawan air + 1/2 kiub pati ayam
    1 sudu besar kicap manis 2 sb
    2 sudu besar sos cili bawang putih 3 sb sos cili
    1 sudu besar gula
    1 sudu kecil garam
    1/2 sudu kecil tepong jagung.

    Bahan Tumis:
    1 sudu besar minyak bijan + 1 sudu besar minyak biasa 2sb
    8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes letak dua2 (1sb serbuk cili kasar)
    2 biji bawang putih*
    Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
    1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang. 
    capsicum merah dan hijau ~ 

    PAJERI NANAS

    BAHAN-BAHAN :

    1 biji nenas -sederhana besar
    5 cawan santan pekat
    1 genggam udang kering
    4 biji bawang merah
    1 ulas bawang putih
    2 cm halia
    3 cm kayu manis
    3 biji bunga lawang
    2 biji bunga cengkih
    4 biji buah pelaga
    1 peket serbuk kari daging
    4 camca besar kerisik
    3 camca besar gula
    Garam secukup rasa


    Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai .Basuh udang kering.

    Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dwngan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

    Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap dan masukkan gula , kerisik dan buah nenas . Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau pajeri ini . Biarkan sampai nenas empuk , itu tanda pajeri sudah masak dan boleh la ditutup api . Dah pun masak....

    HAPPY FATHER'S DAY

    It has been 10 years since my father passed away I could still remember the day he was admitted to an ICU ward in Hospital Selayang. I could still remember the final days of his life and it was the most sad thing in my life. I saw what he went through and I could feel his pain although he was most of the time unconscious. I could not stand to see all the wires covering all over his body. In fact, I could also still remember how they were trying to save you, on the day where you almost left us. Everything is still fresh on my mind 

    Dear Ayah, do you know that I still spend most of the times laying down on your bed. Trying to search for your presence and warmth. I still keep your last shirt and kain pelikat until today. Trying to keep your memory intact.  

    Dear ayah, although you are no longer with us, your love, presence and warmth still lingers on. You had always been there for us; to provide us, to cherish us and to love us. You taught us about many things. You nursed us when we were sick. You lifted me up when I fall and you had been very protective. You gave us courage to face the hardships of our lives and you never tired of our tantrums. These are things that we will never forget. You will live forever in our hearts and soul. Thank you Ayah for everything and thank you Allah for giving my Ayah. 

    Dear Ayah, do yo still remember my eldest girl, Afiqah? She has grown into a young lady now. She is a bright young girl just like you. I still remember that she often sits on your lap and you tell her stories from your past. She will end up giggling. It was so sweet. Thank you Ayah for taking care of her and for giving her all your love. I am sorry that you never had the chance to meet my youngest girl, Najihah. She was born a year after you past away. She is a very nice girl just like you. Although she has never known you all her life, I told her so much about you. I showed her your pictures, our pictures so that she will always remember you.

    Dear Ayah, I am sorry if I was not a good daughter to you but one thing I do know is that I LOVE YOU SO MUCH. 

    Happy Father's Day Ayah. 
    May you rest in peace and may Allah bless your soul always. 





    To my beloved husband,

    HAPPY FATHER'S DAY 



    Thank you for being such a good father to our children
    Thank you for providing us,
    Thank you for your love and support
    Thank you for everything.

    WE LOVE YOU!














    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...